Projek 'Malaysia My Second Home'

Kalau korang lah kan, kalau berkemampuan, agak-agak negara manakah nak dijadikan sebagai rumah kedua selain Malaysia tercinta ini? Huhu...fikir, fikir...

Tahu tak projek 'Malaysia My Second Home' ? Projek ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan mendapat restu kerajaan. Dalam projek ini, warganegara asing di'jemput' untuk menetap di Malaysia. Oleh itu, mereka boleh membeli dan memiliki sendiri rumah mereka di sini. Mereka yang diterima dalam projek ini juga dibenarkan tinggal di Malaysia seberapa lama yang diinginkan menggunakan pas lawatan sosial (multiple-entry). Dalam hal ini, tempoh 10 tahun bagi pas tersebut boleh sentiasa diperbaharui.

Dalam projek Malaysia sebagai rumah kedua ini juga, para peserta program dibenarkan membawa ahli keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak yang belum berkahwin (usia bawah 21tahun) sebagai tanggungan. Semua warga asing daripada negara yang diiktiraf Malaysia tidak kira bangsa dan agama boleh memohon. Untuk maklumat lanjut sila layari laman http://www.mm2h.gov.my/.

Hemmm bila dah ramai warga asing menetap di Malaysia, kemungkinan harga hartanah semakin melambung tinggi besar tak?? entahlah kan. Alangkan masa kini pun sudah semakin naik, naik, naik terusss.Tiap sesuatu tu ada baik dan buruknya. Harap misi kerajaan untuk mengembangkan Bahasa Melayu dan memperkenalkan budaya dan tempat-tempat menarik di negara kita akan tercapai.

Sebagai warga Malaysia seharusnya kita berbangga bila orang luar menghargai Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Di samping, keadaan geografi dan mukabumi kita yang terhindar dari pelbagai ancaman bencana alam. 

Alhamdulillah. I love Malaysia. Semoga ALLAH kekalkan nikmat yang kita kecapi hari ini...
PETALING JAYA: Orang Jepun telah mendahului rakyat Iran dalam menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka dengan membeli hartanah di Lembah Klang dan beberapa kawasan bandar yang lain.
Menurut Malaysia My Second Home Centre (MM2H), negara Jepun telah berada di tangga teratas sejak tahun lalu, ketika negara matahari terbit itu dilanda bencana tsunami dan krisis kebocoran nuklear di Fukushima.
Kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadikannya sebagai pilihan utama kepada masyarakat Jepun.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh MM2H menunjukkan jumlah orang Jepun yang menyertai program yang dijalankan oleh mereka meningkat dua kali ganda daripada 195 pada 2010 kepada 423 pada 2011. Sejumlah 787 permohonan daripada orang Jepun telah diluluskan sejak 2009 hingga tahun lepas.
Orang China pula menghuni tangga kedua pada tahun lalu, dengan mencatatkan sebanyak 405 permohonan yang telah diluluskan.
Rakyat Iran yang sebelum ini berada ditangga teratas daripada tahun 2008 hingga 2010 , namun mereka jatuh ditangga ke ditangga ke tiga pada 2011 dan kini berada di tempat keempat selepas rakyat Bangladesh.
Sehingga Mac, seramai 18,090 rakyat asing telah memohon untuk menyertai program yang dijalankan oleh MM2H.
Permohonan yang mendadak diterima oleh rakyat Jepun bertitik tolak daripada pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang mengalu-alukan kedatangan warga emas Jepun untuk menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka.
Beliau berkata jumlah rakyat Jepun yang berusia 65 tahun dan ke atas telah meningkat dan mereka lebih suka tinggal di Malaysia kerana lokasinya yang strategik, maju dalam bidang perubatan serta kos sara hidup yang lebih murah.
Presiden Persatuan Pembangunan Rumah dan Hartanah, Datuk Seri Michael Yam berkata sebahagian daripada polisi Pandang Ke Timur yang diamalkan oleh Malaysia sejak beberapa dekad lalu telah menjadikan orang Jepun selesa dan suka untuk tinggal di sini.
Bukan itu sahaja, penubuhan Sekolah Jepun di Kuala Lumpur pada 1966 turut menjadi salah satu faktor penarik.
Sekolah ini merupakan antara lima sekolah tertua Jepun yang terdapat di luar negara dan ia dibina di satu kawasan yang luas dengan dilengkapi tadika, sekolah rendah dan menengah.
Menurut Yam, inisiatif tersebut secara tidak langsung dapat membina hubungan yang lebih akrab antara dua negara disamping terdapat ramai pelabur asing Jepun di Malaysia pada hari ini.
“Mereka ini pernah bekerja di Malaysia, apabila mereka pulanh, mereka mungkin berfikir bahawa Malaysia boleh dijadikan rumah kedua bagi mereka lebih-lebih lagi ia merupakan salah satu tempat yang paling murah untuk didiami,” kata Yam.
Beliau berkata kondominium yang terdapat di Malaysia kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan gelanggang tennis.
“Anda pasti mendapat destinasi yang mempunyai nilai kewangan yang baik, dan sudah pasti anda tidak akan memperolehinya di negara lain,” katanya.
Jelasnya, Mont Kiara merupakan kawasan yang sangat popular bagi golongan ekspatriat merupakan salah satu daripada enklaf rakyat Jepun yang terbesar di negara ini.
Menurut Kedutaan Jepun, kesan daripada gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu menjadi faktor penolak yang menyebabkan rakyatnya memilih untuk tinggal di Malaysia.
Duta Jepun, Shigeru Nakamura berkata terdapat kira-kira 1,000 pasangan yang menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka. [sumber]

0 comments: