1 Mei, suri dapur pun nak cuti!

Esok cuti Hari Pekerja. So, maknanya semua orang yang bekerja akan cuti esok. Tapi orang yang bekerja macam mana ek? Sudah pasti mereka yang bekerja di ofis lah kan... 

Mereka yang bekerja di kedai, kilang, airport, dan beberapa sektor lain macam polis, doktor, bomba dan askar sudah pasti tak bercuti. Kalau semua cuti, teruk juga kan? Ini maknanya, walaupun esok cuti, tak semua yang bergelar pekerja boleh bercuti. Inilah pengorbanan mereka untuk berkhidmat untuk negara dan masyarakat. Terima kasih banyak-banyak... 

Untuk yang bercuti esok, selamat bercuti. Semoga rehat yang diperolehi itu, walaupun sehari dimanfaatkan dengan baik dan bila kembali bekerja semula, mereka akan berkhidmat dengan lebih produktif dan cemerlang. 

Okey, saya sebagai suri dapur pun nak bercuti juga esok. Haha...ada misi yang belum selesai di Pesta Buku PWTC. Suri dapur pun boleh juga cuti kan? Thanks hubby sebab beri keizinan ;D  

p/s sesiapa nak follow silakan. kita jumpa di sana...sana..
kita sapu bersih sumber ilmu (buku) yang ada!!

Bersih 4.0: Jom berhimpun di Book Fair 2012, PWTC

Ya, Book Fair datang lagi!

Jika semalam tertunda niat-niat disebabkan demostrasi jalanan, hari ini dengan keadaan yang aman damai dan suasana harmoni ramai kaki novel, ulat buku dan peminat hobi membaca membanjiri pwtc untuk sapu bersih semua buku, majalah dan novel yang dijual oleh pelbagai pengedar buku dengan harga diskaun.

Selain jualan buku, setiap galeri dan booth menjadi tumpuan dengan kehadiran selebriti, artis, kartunis, novelis, penulis buku, ustaz, dll. Pastinya, hari ini antara yang menjadi tumpuan ialah jutawan bola sepak negara, Safee Sali. Selain itu, calon angkasawan negara Mejar Dr. Faiz Khaleed juga hadir untuk menyertai aktiviti yang dijalankan di galeri Karangkraf. Khabarnya, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Hasrizal juga hadir, tetapi tidak pula bertemu mereka.

Langit #5

Terkini tentang perhimpunan Bersih 3.0

Sebahagian daripada penyokong Bersih yang berkumpul di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka.
Foto Sinar Harian oleh Farrah Farush Khan
Penyokong Bersih berkumpul di kawasan persimpangan ke Dataran Merdeka. - Foto ihsan trinnaleong
Foto trinnaleong
 Ribuan banjiri kawasan dekat Dataran
Penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka di sini terus mengalami peningkatan, secara berperingkat-peringkat  sejak awal pagi tadi.
Penyokong mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza.

Setakat jam 10.15 pagi ini, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja dianggarkan telah mencecah 8,000 orang.
Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada di kawasan tersebut. [Laporan oleh: Farah Farush Khan]
Baca berita sejanjutnya di Sinar Harian. Kronologi berita yang dilaporkan juga lengkap bergambar sejak malam tadi sehingga jam 11 pagi ini. Hopefully, gerakan secara aman ini akan dikekalkan tanpa sebarang masalah. Semua pihak, penyokong demonstrasi dan pihak berkuasa melaksanakan peranan masing-masing dengan baik. 

Moga acara cepat tamat dan peserta bersurai. Kesian mereka yang bawa anak-anak kecil....Bukan hanya di dalam bandar raya, di KLCC juga ada perhimpunan di mana perserta telah berarak ke Jalan Ampang menuju Kedutaan Australia. Ini berikutan bantahan terhadap Lynas.

SMS prihatin, perlu perhatian seluruh Malaysia!

From: Celcom
A young boy Nayati shamelin Moodliar was kidnapped in a black Gen2@Jln Kiara,near MontKiara Intl School. If u hv info, pls call police 999/0321159999. TQ Malaysia.

Dua kali sms di atas masuk di inbox saya. Naper tak hantar dalam bentuk mms kan lebih mudah nak cam. Yelah deme tu tak tau phone saya ni jenis bulih terima mms kot. Hahaha...bunyi cam eksen pulak. Tak de maknenye sebab nowadays ramai orang berkemampuan memiliki phone jenis yang sama pada harga murah.

Okeh, sori melalut.

Menurut laporan Kosmo Online, Nayati yang berusia 12 tahun itu melemparkan kertas bagi menarik perhatian orang awam setelah dirinya ditarik ke dalam kereta jenis Gen2 yang dipercayai menggunakan plat palsu. Kejadian itu berlaku awal pagi dalam 7.30 iaitu sewaktu Nayati mahu ke sekolah. Beliau berjalan kaki ke sekolah yang terletak berhampiran dengan rumahnya.
gambar kosmo online
Rakaman cctv telah diberikan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Walaupun keluarga Nayati dilaporkan (sehingga berita ditulis) belum menerima sebarang berita dan panggilan dari penculik untuk meminta tebusan atau sebagainya, sama-sama kita berdoa agar Nayati selamat pulang ke sisi keluarganya. [berita penuh]
berita di muka depan kosmo
Gambar besar sket...haaaaa scan masuk otak aokmeh seme...




Teka teki, teka tekuk

Dilarang masuk, jangan degil!!

gambar mstar online

 Mahkamah Halang Penganjur, Orang Awam Memasuki Dataran Merdeka 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai daripada memasuki Dataran Merdeka pada hari Sabtu. 
Majistret Zaki Asyraf Zubir telah membuat perintah itu pada kira-kira pukul 8.30 malam, Khamis, berikutan permohonan oleh pihak polis. 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner, Datuk Mohamad Salleh berkata pihak polis mendapatkan perintah tersebut bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.
Perintah mahkamah yang dikeluarkan itu melarang penganjur dan orang awam daripada berhimpun di Dataran Merdeka bermula tengah malam Jumaat hingga 1 Mei, katanya pada sidang media di sini, Jumaat. 
"Sesiapa yang ingkar perintah mahkamah akan ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 188 Kanun Jenayah yang mebawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua jika disabit kesalahan," katanya kepada pemberita. 
Selain daripada Dataran Merdeka, kawasan lain yang termasuk dalam perintah mahkamah tersebut ialah Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja and Jalan Kelab. Ini kerana jalan-jalan tersebut menghala ke Dataran Merdeka. 
"Tidak semua jalan yang menghala ke Datarab Merdeka akan ditutup sepenuhnya pada Sabtu, melainkan keadaan memaksa kami berbuat demikian," katanya


DBKL bertegas Dataran Merdeka tidak boleh jadi lokasi perhimpunan haram 
KUALA LUMPUR 27 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak berganjak dengan pendirian tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 esok. 
Datuk Bandar DBKL, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, keputusan tersebut adalah sejajar dengan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan 1992 yang memperuntukkan bahawa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti menunjuk perasaan atau melakukan bantahan. 
“Kita konsisten dengan apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang atas dasar Dataran Merdeka mempunyai nilai sejarah kepada negara. 
“Sebelum ini, penganjur seni silat, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan penyokong aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengemukakan permohonan seumpamanya turut ditolak. 
“Begitu juga dengan perhimpunan Bersih 3.0 tidak dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka," katanya pada sidang akhbar di Menara DBKL di sini hari ini. - UTUSAN


p/s

Esok tak boleh merendek ke KL. Adik-adikku yang nak jalan-jalan ke Jalan TAR, Masjid India dan kawasan yang berdekatan dengannya terpaksa tangguh dulu hasrat mereka. Alolo...PWTC yang sedang menjalankan pameran dan pesta buku pun, bermula hari ini sehingga 6 Mei. So, ada banyak masa lagi nak pergi dan 1 Mei nanti kan cuti. Jom, gegarkan pwtc hari tersebut.

Kalau ada yang keluar juga, hati-hati di jalan ye. Kalau jatuh bangun sendiri :)



Dah berusia diri ini...

Alhamdulillah dari hari ke hari usia kita makin dewasa. Makin lama makin bertambah matang dan dewasa. Wahhaha...bahasa paling cantik dan berlapik untuk menyatakan diri kita makin berusia dan bukan semakin tua. OOOpPPpsss jangan terasa babe!

Di kesempatan yang biasa-biasa ini akak nak mengucapkan selamat hari lahir buat cik misi yang gebu in the house of Pak Cik Dollah. Again, wahhahaha...

Semoga makin dewasa semakin indah sopan santun dan budibahasamu,
Semakin tinggi dirimu, semakin tinggi imanmu....eh umur 21 boleh tinggi lagi ke?? (haha redha jelah key)

Semasa hari bertunang. Nerd je muka adik-adik. Sekarang dah jadi anak dara, cun melecun belaka:)

Semasa Luqman baby. Macam muka sapa ek....

p/s
Sebenarnya, semakin dewasa adik-adikku...
rupanya semakin berusia kakakmu ini...
Happy birthday 20yo!

Berpisah tempat tidur dengan anak

girl sleeping in bed with parents
link
Saya ditanya oleh seorang kawan tentang berkongsi bilik tidur dengan anak-anak.

"Kau buat macam mana ye?" 

Beritahunya lagi, suaminya ada komplen tentang hal tersebut.

Saya puas juga berfikir untuk memberikan pendapat. Ini kerana, saya memang tidak bawa anak-anak tidur sekali di bilik. Bahkan saya yang pergi tidur di bilik mereka. Bila anak-anak dah tidur, pandai-pandailah kita cari 'jalan pulang'. 

Anak-anak kekadang merasa tidak selamat bila berjauhan dengan ibu bapa, terutamanya si ibu. Bagi anak-anak berusia 1-3 tahun (bahkan mungkin lebih) selalu berada di bawah ketiak emak dan bila sampai masa hendak berpisah pastilah akan terasa kehilangan dan juga takut.

Bagi saya, di permulaan diri sendiri juga akan terasa janggal. Anak juga bijak, bila mana tengah tidur malam ia boleh terasa ruang sebelah kosong. Dia akan menangis dan mencari-cari ibu. Aduhai, suami kenalah beralah sekali sekala dan membiarkan isteri tidur bersama anak. Insha Allah, lama kelamaan mereka akan terbiasa tidur sendiri. Dalam hal ini, suami isteri harus bekerja sama untuk menggalakkan anak tidur sendiri di bilik mereka. Jangan hanya pandai komplen dan kritik pasangan. Luahkan pujian dan kata-kata semangat kepada anak-anak.

Lebih mudah lagi jika ada anak yang besar untuk menjaga adik yang kecil. Untuk memudahkan proses ini dilaksanakan, saya memang menghalang anak-anak menonton filem hantu kerana ini akan menyebabkan mereka lagi ketakutan bila berjauhan dari ibu bapa.

Soal pemisahan tempat tidur bukan sahaja di kalangan ibubapa dengan anak-anak, bahkan kalangan anak-anak berlainan jantina. Ada setengah ibu bapa berpendapat tidak kisah atau tidak mengapa bila mana mereka berkongsi bilik dengan anak dan juga anak-anak lelaki dan perempuan berkongsi bilik bersama. Mungkin juga keadaan rumah yang kecil dan sempit mennyebabkan mereka menerima sahaja keadaan itu.

Saya pernah mendengar cerita di mana ibu bapa disoal anak kecil tentang 'sesuatu' yang mereka lihat tetapi mereka tidak faham kenapa dan bagaimana ia terjadi. Ibu bapa menjadi tergamam dan tersentak namun benda dah jadi barulah nak terngadah. Berhati-hatilah sebelum terjadi. Kalau rumah sempit pun pandai-pandailah adjust ruang agar pemikiran anak-anak kecil yang bersih dan suci itu tidak dinodai dengan pemandangan yang tidak sepatutnya mereka lihat.

Perkahwinan anjing

Dunia..dunia...

Lain padang lain belalang. Lain negara, lain rencah pemikiran dan sosio budaya.

Begitulah yang terjadi di Palm Spring, California di mana sepasang anjing telah di'kahwin'kan oleh tuan mereka. Menurut berita, majlis yang memakan belanja $5,000 tersebut dibuat bertujuan untuk mencari dana bagi Orphan Pet Oasis Humane Society.

Two families united this weekend in Palm Springs, Calif., at a beautiful wedding - for their dogs. The bride, Scruffy Rubin, wore a lovely custom dress, veil and leash. The groom, Snickers Carter, wore a white tuxedo. The $5,000 affair included a live band, cake, open bar, reception and "priest" to perform the vows. The Twitter users quoted above are outraged over the price tag, but one thing to consider before you join in: The dog parents, Ernie Rubin and Ann Carter, used the event to raise money for the Orphan Pet Oasis Humane Society of the Desert in North Palm Springs.



Girl: Birth -12yrs-old In under 3 minutes

p/s
Sangat rajin si ayah ni....
Ada sesiapa yang serajin Frans?


Birth To 12-Years-Old In Under 3 Minutes
Dutch filmmaker Frans Hofmeester films his daughter once a week for the first twelve years of her life. Check out the incredible time-lapse he put together!
Date: 4/24/12
Views: 40020
Video by:  Jokeroo

Kunci tertinggal di dalam rumah, macam mana nak masuk???

google image
Alkisah kecuaian akibat terlupa tadi......

Disebabkan nak cepat, terus meluru keluar rumah untuk menjemput anak balik dari sekolah tadika. Bila nak  masuk rumah, alamak terkunci!

Memandangkan keluar rumah sehelai sepinggang, tak de duit dan phone juga tertinggal di dalam rumah, makanya kepala ligat berfikir sendiri untuk cari jalan macam mana nak masuk ke rumah tanpa guna kunci.

Oklah, ini bukan tutorial nak mengajar anda bagaimana nak pecah rumah ye...sebab kalau rumah di kampung ada macam-macam cara boleh difikirkan. Jiran sebelah pun dekat nak meminta tolong. Memandangkan rumah kami ni flat, tegak semacam je dan tiada pula pintu belakang atau tingkap kiri kanan untuk dikopakkan. Hehe...Jiran sebelah pun bekerja. Mmmm fikir..fikir..fikir.

Kad phone.


Masa zaman duduk hostel dahulu, ada seorang sahabat yang sangat pandai membuka pintu guna kad phone. Kalau ada masalah kunci tertinggal di dalam bilik, pasti akan panggil dia tolong bukakan. Zaman dulu, femeslah kad phone ni untuk bergayut di public phone. Zaman sekarang mana ada dah. Kalau ada pun kad bank dan kad member mana-mana pasar raya atau insurans.

Caranya ialah selitkan kad tersebut di celah pintu betul-betul dekat kekunci. Mmm cara ni pun kena orang yang pakar. Silap-silap, kad kemek tapi pintu tak terbuka.

So, menyambung ceritanya, sebarang kad pun takde di tangan sebab wallet pun ada di dalam rumah. Maka, fikir..fikir...fikir lagi cara lain!

Tendang

Waduhh!! Kalau sesiapa tahu kung fu dan karate memang senang lah. Sekali tendang aje pintu dah terbuka (KOT). Kalau tak pun, habis kopak pintu tu....alahai, kalau ade bajet lebih, suka hati koranglah kalau nak try. Kalau tidak, jangan buat!

Ibubapa dinasihatkan menyimpan gambar terkini anak-anak

Memandangkan kebelakangan ini banyak kes-kes kehilangan anak sama ada yang masih bayi, kanak-kanak atau remaja, para ibubapa dinasihatkan supaya menyimpan gambar terkini anak masing-masing. Ini berikutan, kemungkinan kelak pihak polis memerlukan gambar untuk menjejak kehilangan mereka. 

Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Ketua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyampaikan nasihat tersebut di Bentong, Pahang.
BENTONG 20 April - Ibu bapa diingatkan supaya menyimpan gambar terbaru anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah bagi mengelak sebarang kesulitan sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini antaranya kes culik. 
Gambar terbaru itu perlu bagi memudahkan kanak-kanak terbabit dikesan pihak berkuasa dan orang ramai jika berlaku jenayah atau kes-kes kehilangan. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kes melibatkan kanak-kanak banyak menimbulkan kesukaran kepada polis apabila ibu bapa mangsa sendiri tidak menyimpan gambar terbaru anak mereka. 
Katanya, gambar anak mereka yang diberikan kepada polis kebanyakannya tidak berkualiti tinggi atau gambar lama sehingga sukar untuk dicam oleh orang ramai. 
"Justeru, polis menggalakkan ibu bapa sentiasa menyimpan gambar terbaru anak mereka untuk memudahkan urusan apabila terjadinya perkara tidak diingini," katanya kepada pemberita di Janda Baik ketika menyertai program Kembara Polis Diraja Malaysia 2012, di sini hari ini. 
Pada program itu, polis turut mempromosikan kempen NurAlert dengan kerjasama RHB Bank bagi mencetak seberapa banyak gambar kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk dijadikan simpanan ibu bapa mereka. 
"Gambar ini akan diletakkan dalam satu kad khas yang mengandungi pelbagai maklumat kanak-kanak itu termasuklah tanda lahir di badan. 
"Kita akan berusaha mengambil seberapa banyak gambar kanak-kanak khususnya di kawasan pendalaman dan menggalakkan pihak sekolah untuk turut menyimpan gambar murid masing-masing," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohd. Bakri memberitahu, kes kehilangan remaja dan kanak-kanak dikesan meningkat saban tahun. 
"Jika dilihat secara menyeluruh, kes sebegini amat membimbangkan, namun kebanyakan kehilangan terjadi dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 18 tahun," katanya.

Bila berkaitan gambar untuk pengecaman, rasanya yang ibubapa atau kelompok remaja 'purba' pun elok rasanya ada gambar terkini masing-masing. Contohnya beberapa hari lepas ada seorang ibu tunggal yang merajuk dan lari dari rumah hanya disebabkan anak-anak membantah dia untuk berkahwin baru. 

Bukan itu sahaja, ada juga kes kehilangan anak-anak istimewa atau warga emas yang mengidap alzheimer. Sebaik-baiknya, jika melihat ahli keluarga yang berkecenderungan untuk hilang secara tiba-tiba eloklah ambil langkah berjaga-jaga. Bukan meminta terjadi hal yang buruk tetapi sekadar 'menyediakan payung sebelum hujan'.

Finally triplets!

Seronoknye dapat anak kembar. Apatah lagi sekali keluar 3 orang. Itulah rezeki namanya...Tahniah untuk pasangan suami isteri tersebut yang mendapatkan anak melalui kaedah IVF selepas 7 tahun berusaha secara normal.

Anak yang dilahirkan secara pembedahan itu terdiri 2 lelaki dan seorang perempuan. Semoga semua cepat sehat dan boleh keluar hospital yaa... :)
IPOH, April 24 (Bernama) -- Triplets conceived through the in-vitro fertilization (IVF) were safely born by a caesarean section at Raja Permaisuri Bainun Hospital last week. 
The hospital''s Obstetrics and Gynaecology and Fertility specialist, Dr Tham Seong Wai, said the first baby boy, weighing 2.1kg, was born at 8.46am, followed by a girl, weighing 2.1kg at 8.47am and another boy, weighing just 1.7kg, a minute later. 
"This is the best achievement of IVF treatment here so far because we only expect one baby per delivery," he told reporters at the hospital here today. He said although the babies were born premature at 34 weeks, they were all in healthy condition and would probably be discharged from the hospital next week. 
Dr Tham said the IVF treatment was proven safe and was recommended to couples who failed to conceive even after being married for several years.

BABY-IVF 2 (LAST) IPOH
Since the introduction of the treatment at the hospital in 2008, a total of 343 couples had undergone the treatment so far, with 30 to 35 per cent of them succeeded in getting a baby, he said. 
Dr Tham said the cost of IVF treatment was between RM6,000 and RM6,500. "The cost is for the payment of certain services provided by the hospital, but all medications are given free to the couple involved," he said.
At present, he said the insemination process was being carried out at the Kuala Lumpur Hospital and Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre as they had special laboratories for the treatment. 
Meanwhile, the triplets'' mother, Lee Foong Theng, 30, said she decided to try the IVF treatment after being married for seven years and was not able to conceive normally. 
"The first time we tried was in May last year, but it didn''t work out. We tried again last September and succeeded. My husband and I never thought that we were going to have triplets, because when we scanned it, we thought we were having twins," she said.
-- BERNAMA [more...]
p/s

Ramai orang suka anak kembar. Ramai berhajat dan tak kurang berangan nak dapat kembar. Hakikatnya bukan senang nak mengandung kembar...maksud saya, penat wooo ibu nak mengandungkan baby yang lebih 1 dalam perot. Nak bawa 1 pun sangat se'eh, inikan 2-3-4..huih...bila dah keluar, mana lagi nak jaga anak-anak, ibu nak jaga kesihatan diri, dll. Dapat suami dan ahli keluarga boleh tolong bantu oklah.  Jangan nak harap bibik ajer.....huhu

Basuh kasut dalam mesin basuh????

Sekadar gambar hiasan...

Gambar di atas tidak berkenaan dengan tajuk. Hihi..Akak membasuh manually guna tangan, dan berus sabut. Bukan guna sabut kelapa tu tetapi berus coklat yang orang duk sebut-sebut namanya berus sabut. Ke ia memang diperbuat dari real sabut kelapa? Huhu jujur akak tak tahu asal usulnya....tapi, kalau siapa-siapa yang tak kenal berus sabut itu tandanya memang dia tak pernah basuh baju guna berus sabut atau dia guna berus jenis lain atau dia basuh kasut guna mesin basuh kasut. Haha ade ke?? Kalau ade, meh mintak sebijik, boleh?

Tuesday Green: Apa ini?




Siapa pandai teka apakah namanya mende kat atas tu....?

Haaaa, kalau orang kampung pure tak kenal, tak tau la nak kata ape. Hatta pure kampung 
macam Kak Aina pun puas jugak nak meneka namanya terutama mende dalam pic #1 tu.. nak kata terung manggar pun bukan. Kekadang lain tempat dan negri, deme sebut lain.

So, dapat teka tak?

Nak tau jawapan skrol ke bawah yer...

Video latihan bola sepak (bawah 12 tahun)


p/s
testing...1st time upload video kat youtube :)
Sangat slow loading...jangan tunggu!! Tekan 'play' dan sementara menanti video loading full
buatlah keja demeh yang lain dulu key...

Langit petang #4





Langit petang #3


Subhanallah,
Maha Suci Allah Yang Maha Esa.

Ya, sungguh cantikkk. Tiada yang lebih unggul melainkan apa yang diciptakan oleh Allah Taala.

Kebelakangan ini, Kak Aina suka mengambil gambar pemandangan di langit. Tatkala menemani anak-anak berlatih bola  di padang, sambil itulah tangan ini akan mengetik tiap sudut yang menarik perhatian.


Kata orang, bila melihat ke langit, jangan lupakan rumput di bumi. Perumpamaan yang menyuruh manusia agar tidak lupa akan asal usul dan harus melihat kekurangan orang lain supaya sentiasa bersyukur dengan kurniaan-Nya...

A022

Aiskrim susu kambing Mado

Wow...Aiskrim susu kambing. Jom try!

Terasa nak pergi Bukit Bintang cari aiskrim ni. Emmm yummy :) Berbanding aiskrim biasa, aiskrim susu kambing dikatakan berkualiti tinggi kerana lebih tahan panas dan tak mudah cair.

Makan laksa , berulam biskut marie

Gigit biskut

Suap laksa dengan tangan jer..


p/s 
Laparnye anak ibu.....padahal dah makan nasi sebelum ke sekolah petang tadi :D

Sarap paling best di donia

SajiMee Kari Special

Resepinya sangat ringkas dan mudah.

Mula-mula rebus air dan masukkan ayam. Campak serai dan bawang kisar.
Agak-agak dah menggelegak, masukkan perencah mee segera brand Saji Mee, 
mee dan sayur kobis.


p/s 
Boleh ubah suai ikut selesa masing-masing. TAPI, 
try lah SajiMee, produk Felda yang sangat ummmph!!
Lebih sedap dari mee sedap. Komfem. Hehe..

Diet, diet jugak, TAPI kalau sarap kene 
mabeles....hihikkk :D

Operator pergi mana tak angkat phone?

 
Telefon berbunyi ring ,   ring , ring tut..tu..tut
 Ku dial tak dengar suara
Telefon berbunyi tut..tut..tut
Kenapa tak ade suara....
 [sila nyanyi ikut lagu telefon berbunyi ring3]

Huhu sakit betul hati. Kenapa agaknya telefon di hospital ABC*kerajaan* tu susah nak diangkat??
Nak kata salah dial, betul dah itu nombornya pada kad temujanji. Dah check kat website pun sama jugak..Itulah nombornya.
Alkisahnya, nak call untuk tukar waktu temujanji aje. Banyak kali call di masa berbeza masih tak ada siapa jawab panggilan.
Ini bukan kali pertama, sebelum ini pun macam tu juga.
Adoi, wahai operator tolonglah angkat walaupun sekejap.
Kesianlah pada hamba Allah yang serba memerlukan ini....iskkk:D

Wordless wednesday: Addin&LOMO


Wordless wednesday: Takut abang besar

Siapa dia Pandelela Rinong, olahragawati negara tahun 2011?


Tahniah buat kedua mereka.

Datuk Lee Chong Wei memang sudah tidak asig di kalangan kita. Sedangkan, Pandelela kurang dikenali pada golongan yang tidak mengikuti perkembangan sukan tanah air macam Kak Aina. Mmm ini fakta. Sedangkan namanya sudah lama mengharumkan nama Malaysia.

pin credit to utusan online


google image

Pandalela atau nama sebenarnya Pandelela Rinong anak Pamg merupakan anak jati Bau, Sarawak. Gadis berketurunan bidayuh ini lahir pada 2 Mac 1993, merupakan atlit di dalam sukan terjun papan anjal.

Antara kejayaan terbaik beliau ialah memenangi pingat perak dalam acara 10 meter platform pada Kejohanan Terjun Dunia FINA siri 1di Moscow dan pingat gangsa dalam kejohanan yang sama siri 2 di Beijing. Pada Sukan SEA di Indonesia yang lalu beliau turut menyumbang pingat emas untuk negara.

Wordless wednesday: Langit petang #2



Bila hari hujan, tanya sama pokok....




p/s: Salah 1 masa yang elok untuk berdoa ialah ketika hujan turun...
(sumber ustaz zahazan thru fesbuk beliau. Sila buat rujukan untuk bukti yang lebih sahih)

Sesi latihan Junior AU2

Nama kelab: Akademi Bola sepak AU2
Vanue: Padang Bola sepak AU2
Waktu: 3.00pm - 6.00pm
Hari: Sabtu & Ahad







p/s : Pasukan jersey biru (Ahad) ialah untuk pelatih bawah 12 tahun.

Berminat untuk sertai kelab ni??? [maklumat lanjut..]