Anda pendengar yang baik ATAU terpaksa mendengar



Dalam sesebuah hubungan sama ada di antara sahabat, adik beradik, ibu-anak, suami isteri dan sebagainya, kita akan sering meluahkan perasaan kita dan begitu juga sebaliknya orang lain akan berkongsi perasaan mereka kepada kita. Sebagai pendengar yang baik, kita bukan sahaja akan mendengar setiap luahan perasaan mereka, malah turut sama merasakan kesedihan/kegembiraan dari apa yang mereka luahkan.

Bukan setakat mendengar dan memahami, pendengar yang baik juga akan berkongsi pendapat mereka  pula, menghulurkan bantuan atau memberi nasihat untuk menyelesaikan masalah.

"Awak ni memang baiklah"

"Kata-kata awak ni macam kaunselor bertauliahlah"

"Nasihat awak berikan ni macam orang yang ada banyak pengalaman"

....dan macam-macam lagi ucapan penghargaan yang diterima apabila yang meluahkan perasaan berasa tenang dan gembira setelah ada orang yang sudi mendengar dan berkongsi kesedihan dengannya.

Namun, adakalanya pendengar yang baik juga boleh jadi terpaksa mendengar. Kenapa? Keikhlasan yang diharapkan tetapi lakonan semata. Rupa-rupanya, kita sekadar bercakap dengan tin kosong atau tunggu kayu.

Jangan salahkan pendengar.
Sekiranya melihat pendengar kita seolah-olah mengantuk, kurang memberikan respons seperti biasa atau menunjukkan ciri-ciri tidak berminat, maka sendiri faham-fahamlah supaya memendekkan ucapan atau cerita yang hendak disampaikan. 

Sebelum menyalahkan pihak pendengar kerana tidak sudi mendengar masalah anda, sila rujuk point-point berikut. Manalah tahu anda salah seorang daripadanya....:

1 - Masalah yang diluahkan sudah banyak kali ditimbulkan. Sahabat atau siapa sahaja yang mendengar cerita anda tersebut mungkin sudah muak mendengarnya. Di tambah pula, anda seorang yang tidak mahu menurut nasihat yang diberikan bagi menyelesaikan masalah.

2 - Anda bercerita masalah yang diluar bidang pengetahuan pendengar. Contohnya bercerita masalah kerja. Agak-agaklah nak bercerita pun kerana jika pendengar dan diri anda berlainan kerjaya atau darjat. Bayangkan anda nak bercerita tentang kerugian dalam pelaburan emas dengan bibik di rumah. Pasti, akhirnya anda sendiri yang sakit hati. Kecuali, jika anda memang berniat melepaskan geram pada seseorang. Hal ini elok dielakkan!

3 - Bila bercerita, mesti nak menjatuhkan orang lain atau membesarkan diri. Selain itu, orang lain sahaja yang salah dan diri andalah yang paling betul atau menjadi orang teraniaya. Ini samalah juga dengan mengumpat.

4 - Membuka pekung di dada sendiri. Bercerita masalah boleh tetapi jangan sampai cerita dalam kain dan rumahtangga sendiri diceritakan juga. Akhirnya, diri sendiri malu. Tidak semua orang suka bergossip perihal orang lain seperti anda!

5 - Setiap kali adalah hanya anda! Berilah peluang untuk orang lain meluahkan perasaan mereka, bercerita tentang kerja, tentang baju baru, tentang anak kucing mereka dll. Orang selalu cakap yang 'sharing is caring'. Sekali sekala, mintalah pendengar kita untuk meluahkan apa yang terbuku di hati mereka dan kita pula menjadi pendengar yang baik buat mereka. Jangan terkejut, mungkin si dia akan mengkritik sikap kita. Berfikiran terbukalah nanti!

OK, mungkin ada banyak lagi point-point yang lain. Sebagai pendengar yang baik, kita tidak hanya mengangguk faham dan berkongsi emosi satu sama lain. Walaupun tidak mengharapkan trofi/anugerah sebagai pendengar terbaik, sewajarnya penghargaan diberi dengan mengucapkan terima kasih.

Jika ada berlainan pendapat jangan sampai menjejaskan hubungan. Jika rasa diri sendiri sahaja yang betul dan susah menerima pandangan orang lain, sila dapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor bertauliah dan mereka sentiasa ada masa dan ruang untuk mendengar selagi dibayar.

Di samping itu, di sisi kaunselor bertauliah kita juga tidak perlu khuatir bahawa apa yang kita luahkan dan cerita akan dijaja kepada orang lain. Jangan pula kerana sudah bosan mendengar dan terpaksa mendengar maka kita jaja kisah sahabat tersebut merata alam....

KAK AINA: Hati-hati pilih kawan untuk berkongsi cerita walaupun ia bukan rahsia. Paling tak suka mendengar luahan hati orang yang tak mahu terima nasihat. Akhirnya, mengelakkan diri bersemuka dengannya dan buat-buat sibuk. Huhu...:(


p/s All picas credited to Google Image

2 comments:

Anonymous said...

boleh jadi kedua-duanya, tapi selalunya tina mmg akan jadi pendengar yg baik, sebba selalu letak diri sendiri kat tempat org yg meluahkan

Aina said...

@Tina,
Betul jugak tu. Tengok keadaan. Kalau org tu ok, kita oklah.Kalau org tu melalut..hmmmmm next time mmg mengelak bertembung dengannya:(