Bersih 4.0: Jom berhimpun di Book Fair 2012, PWTC

Ya, Book Fair datang lagi!

Jika semalam tertunda niat-niat disebabkan demostrasi jalanan, hari ini dengan keadaan yang aman damai dan suasana harmoni ramai kaki novel, ulat buku dan peminat hobi membaca membanjiri pwtc untuk sapu bersih semua buku, majalah dan novel yang dijual oleh pelbagai pengedar buku dengan harga diskaun.

Selain jualan buku, setiap galeri dan booth menjadi tumpuan dengan kehadiran selebriti, artis, kartunis, novelis, penulis buku, ustaz, dll. Pastinya, hari ini antara yang menjadi tumpuan ialah jutawan bola sepak negara, Safee Sali. Selain itu, calon angkasawan negara Mejar Dr. Faiz Khaleed juga hadir untuk menyertai aktiviti yang dijalankan di galeri Karangkraf. Khabarnya, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Hasrizal juga hadir, tetapi tidak pula bertemu mereka.


berpusu-pusu peminat buku di Galeri Ilmu
Haaa...cuba teka siapa di sana...sana...???kemain ramai kerumun macam semut
Akhirnya, selepas berpusu di celahan ketiak orang, dapat juga ke line depan bergambar dengan jutawan bola ;P
2 artis bersedia untuk melukis karikatur wajah anda. Jemput datang ke booth Galeri Ilmu






Jangan risau, jangan bimbang kerana jika anda belum berkesempatan untuk hadir pada hari ini dan hari sebelumnya, buku-buku masih banyak, malah ada juga tawaran hadiah lumayan untuk pembeli dan pengujung bertuah. Jika diizinkan Tuhan, pasti kita juga dapat bertentang mata dengan novelis, selebriti dan mereka yang terkenal kan?

Oh ya, Book Fair ini akan tamat pada 6 Mei...jom sapu bersih-bersih buku yang dijual. PWTC bersih, ilmu kita dapat dan semua pihak sama-sama beruntung. Insha Allah.

2 comments:

Terbang Bersamaku said...

untungnya dpaat pegi book fair...Teringin nak pegi book fair...tak buat kat jaybee ke...?

comel anak kak aina...sampaikn salam sy pada adik comel tue..=)

Aina said...

Marilah turun kl.lambat lg habis tau...

Insha Allah nnt sampaikan salam awk pada salahuddin :)