Titanic kembali belayar


"Titanic kembali belayar" , menjadi tajuk muka depan akhbar sisipan Utusan Malaysia hari ini...
Biarpun sudah 15 tahun berlalu, ramai yang terus memperkatakan tentang Titanic yang kini berada dalam kelompok filem-filem berstatus klasik seperti Gone With The Wind (1939) danCasablanca (1942). 
Cukup menyedari Titanic sebuah naskhah agung James Cameron dan pencinta sinema dunia, maka itu, dia dan sahabatnya yang juga penerbit filem tersebut, Jon Landau kembali melayarkan Titanic ke pawagam. 
Lebih mengagumkan apabila karya itu diterbitkan semula dalam versi tiga dimensi (3D) yang kini menjadi satu budaya popular dalam pembikinan filem di dunia.
Mungkinkah filem ini kembali mewujudkan fenomena seperti 15 tahun lalu? Sampai ada penonton yang lebih 10 kali menontonnya tanpa jemu dan setiap kali itulah mereka menangis......

Hakikat bagi diri Kak Aina, 4 kali menonton, 4 kali itu jugalah 'pengsan' di tengan jalan... haha sangat mengantuk untuk menunggu cd terakhir. Sebab nak menonton kesudahannya maka jadi 4 kali menonton. Itupun menerusi cd cetak rompak milik kawan semasa zaman kolej dahulu....

Pelik juga, kenapa ada yang mampu feeling jiwa-jiwa menonton filem ni. Mungkinkah membayangkan diri mereka adalah Rose kot...hoho

"you jump, i jump!"

KAK AINA: No way!!

1 comments:

Terbang Bersamaku said...

sy dah tgok filem nie..mmg best..tapi effect 3D nya tue mcm tak berapa nak nampak sangat..agak kecewa..mungkin expectation sy tinggi sangat kot...

tp sambutan filem nie mmg meriah..