SMS prihatin, perlu perhatian seluruh Malaysia!

From: Celcom
A young boy Nayati shamelin Moodliar was kidnapped in a black Gen2@Jln Kiara,near MontKiara Intl School. If u hv info, pls call police 999/0321159999. TQ Malaysia.

Dua kali sms di atas masuk di inbox saya. Naper tak hantar dalam bentuk mms kan lebih mudah nak cam. Yelah deme tu tak tau phone saya ni jenis bulih terima mms kot. Hahaha...bunyi cam eksen pulak. Tak de maknenye sebab nowadays ramai orang berkemampuan memiliki phone jenis yang sama pada harga murah.

Okeh, sori melalut.

Menurut laporan Kosmo Online, Nayati yang berusia 12 tahun itu melemparkan kertas bagi menarik perhatian orang awam setelah dirinya ditarik ke dalam kereta jenis Gen2 yang dipercayai menggunakan plat palsu. Kejadian itu berlaku awal pagi dalam 7.30 iaitu sewaktu Nayati mahu ke sekolah. Beliau berjalan kaki ke sekolah yang terletak berhampiran dengan rumahnya.
gambar kosmo online
Rakaman cctv telah diberikan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Walaupun keluarga Nayati dilaporkan (sehingga berita ditulis) belum menerima sebarang berita dan panggilan dari penculik untuk meminta tebusan atau sebagainya, sama-sama kita berdoa agar Nayati selamat pulang ke sisi keluarganya. [berita penuh]
berita di muka depan kosmo
Gambar besar sket...haaaaa scan masuk otak aokmeh seme...




0 comments: