Terkini tentang perhimpunan Bersih 3.0

Sebahagian daripada penyokong Bersih yang berkumpul di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka.
Foto Sinar Harian oleh Farrah Farush Khan
Penyokong Bersih berkumpul di kawasan persimpangan ke Dataran Merdeka. - Foto ihsan trinnaleong
Foto trinnaleong
 Ribuan banjiri kawasan dekat Dataran
Penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka di sini terus mengalami peningkatan, secara berperingkat-peringkat  sejak awal pagi tadi.
Penyokong mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza.

Setakat jam 10.15 pagi ini, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja dianggarkan telah mencecah 8,000 orang.
Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada di kawasan tersebut. [Laporan oleh: Farah Farush Khan]
Baca berita sejanjutnya di Sinar Harian. Kronologi berita yang dilaporkan juga lengkap bergambar sejak malam tadi sehingga jam 11 pagi ini. Hopefully, gerakan secara aman ini akan dikekalkan tanpa sebarang masalah. Semua pihak, penyokong demonstrasi dan pihak berkuasa melaksanakan peranan masing-masing dengan baik. 

Moga acara cepat tamat dan peserta bersurai. Kesian mereka yang bawa anak-anak kecil....Bukan hanya di dalam bandar raya, di KLCC juga ada perhimpunan di mana perserta telah berarak ke Jalan Ampang menuju Kedutaan Australia. Ini berikutan bantahan terhadap Lynas.

2 comments:

Terbang Bersamaku said...

sayangnya perhimpunann yg katanya mana ini bertukar jadi huru hara..sungguh sedih melihat bumi malaysia yg bergini...

Aina said...

satu lagi bukti ummah yg berpecah belah..sangat sedeh kan:(