Zaman sekarang duit bukan penghalang lagi bagi ibu bapa untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak. Selagi ada daya, ibu bapa sanggup berusaha. Lebih-lebih lagi kehidupan di kota besar, bukan sahaja kos sara hidup tinggi, bahkan persaingan antara anak-anak di sekolah juga sangat sengit.
Akak mengambil contoh di sekolah Luqman dan Almustofa, ada 12 kelas semuanya. 5 kelas teratas memang terdiri murid-murid yang majoriti score A setiap subjek. Memang terkedu juga bila lihat keputusan peperiksaan anak yang sangat baik tetapi mendapat kedudukan yang bawah.
Mungkin bukan semua, tetapi ada ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas tuisyen sebaik masuk darjah 1. Isu ni jadi perdebatan antara kami suami isteri. Kalau ikut akak, mau juga hantar anak-anak ke tuisyen supaya lebih pandai. Sedangkan bagi suami, hal ini membebankan anak-anak yang sudah sedia penuh jadualnya.
Kebanyakan sekolah di KL ada dua sesi. Bagi yang bersekolah kebangsaan sesi petang, paginya akan menghadiri kelas KAFA sama ada di SRA atau KAFA persendirian. Begitulah sebaliknya. Malam pula, diadakan kelas tuisyen atau mengikut aktiviti lain seperti mengaji, taekwando, silat dll. Wow sangat padat bukan? Lepas tu nak kena study dan siapkan homework cikgu bagi pulak kan. Hujung minggu pun jadual padat.
Kalau anak-anak enjoy dan rela hati untuk melakukan semua aktiviti dan mengikut kelas yang dihantar oleh ibubapa oklah. Jangan sampai anak-anak stress dan merasa terbeban dengan kerja, latihan dan harapan ibubapa yang menggunung padahal baru berusia 6 tahun.
2 comments:
tulahnya, tina pun nak yg terbaik, tapi kesian lah pulak kalau hantar tuisyen malam, letihnya lah dia nanti
Tina,
anak ain kan, sekolah petang mesti mengantuk dlm kelas.belum lg hantar tuisyen tu..:(
Post a Comment