Datuk Hang Tuah menang AJL

Tahniah buat Datuk Hang Tuah (aka Datuk M. Nasir) di atas kejayaan Awan Nano sebagai juara lagu ke 26. Itu tandanya karya beliau masih relevan di era ini. Mana taknya beliau dikelilingi oleh ramai komposer muda-muda dan kala muzik Malaysia terarah lain dari ciptaan beliau sebelum ini. Itulah cabaran beliau tatkala mencipta 'Awan Nano' untuk Hafiz. 

Ada sesiapa yang tak puas hati ke?

Tribute untuk Sudirman juga sangat best! Gabungan Hazama, Black dan Azlan memang berjaya dan di saat lagu Salam Terakhir tu rasa ....(*sob*sob*)

KAK AINA: Pasal apa Datuk Hang Tuah? sebab M.Nasir jadi Hang Tuah dalam iklan Kit Kat kan. Awan Nano tu ialah awan berselerakkan di langit .... Budi Hekayat, penulis lirik Awan Nano cakap, mak dia bagi tahu.."tu lihat, awan nano di langit petang..."itu antara memori dalam lagu tulisannya. Tahu tak sebenarnya Budi Hekayat ialah Ketua Cabang PKR Parit Sulong? Nama sebenarnya Hasmi Hashim. Baca tentang beliau kat sini.

gambar blue carpet ajl26
Eceh....Mia pun datang AJL jugak:D
(pic kredit BN)

4 comments:

Tina Othman said...

tahniah pada pemenang, nyaris Hafiz yg menang, klu dibuatnya si pemenang tahun lepas tu menang lg, pengsan

Aina said...

haha..tina x suke si dia tu ye...

Terbang Bersamaku said...

lagu awan nano tue memnag best..tajuk dia pun unik..suara hafiz pun best, walupun baju dia sangatlah simple..

Aina said...

Paling sempoi kan?