Kenapa hari Rabu?

*Salam sejahtera*

Hari ini hari Rabu, yakni hari wordless sedunia..tapi saya nak mulakan dengan berkata-kata terlebih dahulu.. 

Tiada kata seindah bahasa. Bahasa yang indah tidak perlu kita berlagak bagaikan sasterawan atau pujangga. Bibirnya yang sentiasa basah dengan puisi dan madah pujangga mengasyikkan telinga. Bahasa yang merdu tidak perlu dialun  bersama irama untuk menarik mata memandang. Bahasa yang cantik juga tidak memerlukan wajah yang cantik sahaja menuturkannnya. Bahasa jiwa bangsa. Selagi kita berkata untuk kebaikan, berpesan demi kebaikan, bercakap dengan niat baik dan  ikhlas, selagi itulah kita akan dipandang elok, dihormati dan disukai orang. 

Pendiam tidak semestinya pula dibenci. Diam itu lebih baik berbanding berkata yang menyakitkan hati. Diam itu lebih baik dari bercakap perkara melalaikan. Diam itu lebih baik jika kata-kata yang akan terpacul hanya menambah dosa dan fitnah berleluasa. Diam bukan sekadar diam. Diamlah dan berikan senyuman, tak perlu kata apa-apa. Ini, cukup mengambarkan perasaan tulus seseorang dan menjangkitkan suasana ceria dalam persekitaran.

Hari ini hari Rabu. Okehlah nak buat Wordless Wednesday punya entri. Tapi, kenapa hanya hari Rabu aja ye?


Lama tak cerita pasal my baby ni. Dah seminggu tak jumpa dia. Rindu sangat-sangat. Sangat rindu. Rindu serindu rindunya...

  
 Ekspressi wajah nakal yang dirindui...

2 comments:

Anonymous said...

tina suka buat sesuka hati je hari apa tanpa kata2 tu

nurul said...

aik....si kecik alfatih kemana? kn dh kate, die pasti diculik jua...kihkihkih..jgn mare aa