*Salam Sejehtera*
Syukur masih panjang usia untuk menyambung urusan dunia kita...Thanks to Allah Tuhan Semesta Alam.
Biasa Isnin mesti blues ajekan? Since cuti persekolahan sudah bermula, akak pun sedikit merasa nikmat 'kemerdekaan' walaupun sebenarnya tugas sebagai ibu, isteri dan suri rumah itu tiada cutinya. Hari sekolah ataupun cuti sekolah sama juga! Kalau ibu bekerja, lagilah sibukkan? Balik rumah, harus 'bersilat' di dalam rumah pula....kecuali mereka yang ada pembantu rumah lah kot?
So, ada yang blues? emm janganlah weh. Hari ini kita kena semangat. Malam nanti 'harimau muda' kita nak gempur Stadium Bung Karno untuk lawan 'garuda'. Huih, cuak je rasanya...boleh ke garuda ditumpaskan. Tumpas sekali lagi! Lagi sekali!
Pertembungan jam 8.30 malam ini ialah bagi merebut pingat emas bola sepak Sukan SEA XXVI. Dianggap, juara bukan sahaja mendapat medal dan title, tetapi paling utama maruah tercalar dek kekalahan sebelum ini menjadikan Indonesia benar-benar terdesak untuk memenangi perlawanan. Sikap fanatik penyokong tuan rumah rumah harus dibenamkan di bumi mereka sendiri supaya tidak egois dan angkuh bila isu -isu semasa melibatkan Malaysia-Indonesia dipalit bersama dalam kancah sukan. Huh sangat tak sehat pemikiran itu! Apa jua masalah luar padang, harap pemain bermain penuh kesukanan dan profesionalisme.
Kepada yang tidak minat bola sepak, marilah bersama mendoakan supaya pasukan Harimau Muda kita dapat mempertahankan kejuaraan sebelum ini. Insha Allah.
Haihhh....memang tak sabar tunggu malam ni. Wajib settle segala urusan sebelum wisel mula berbunyi! Hehe semangat..semangat okmeh weh