DiGi iPhone 4 Play

617330958
Sangat bergaya kan kaler pink ini untuk seorang wanita. Once this iPhone be mine, huh tak de sorang pun dari my heroes yang akan dibenarkan menyentuh sesuka hati. Akan ku tatang bagai minyak yang penuh, laksana my baby girl....oooooo so sweet! (errr saya belum ada anak perempuan lagi lah).

Yang menariknya dengan telefon pintar ini macam-macam ada...(aci ye pinjam tagline astro jap). Dengan aplikasi iTunes, pelbagai aplikasi sama ada percuma atau berbayar boleh digunakan....iTunes??
iTunes adalah aplikasi percuma untuk Mac atau PC anda. Ini mengatur dan memainkan muzik digital dan video di komputer anda. Seumpama sebuah store di komputer, iPod, iPhone, iPad, dan Apple TV, ia mengandungi segala yang diperlukan dan boleh diguna di mana sahaja pada bila-bila masa....
“DiGi iPhone 4 Play”
Sebab saya ni seorang wanita aka perempuan, jadi perkara-perkara yang selalu dikaitkan dengan golongan kami ialah suka shopping dan ingin sentiasa cantik (walaupun bukan semua perempuan macam itu tau). Sebab saya juga seorang ibu dan isteri, maka memasak itu wajib. Tambahan lagi, saya seorang suri sepenuh masa, duniaku kebanyakkannya ialah berada di dalam rumah. Tidak perlu keluar jauh untuk bersosial atau menghadap pc 24 jam sehingga mengabaikan urusan rumahtangga jika hendak bersosial atau berhibur. iTunes store memudahkan urusan dan menunaikan keinginan dalam waktu yang terhad. Tak percaya???
Hanya buat pilihan dihujung jari anda...Sambil memasak, menyusukan anak, sambil baring dan duduk di bilik termenung (huih tak pernah buat ler..), sentuh sahaja skrin dan semuanya ada!


Dalam banyak-banyak aplikasi ni, paling saya tertarik ialah aplikasi untuk wanita dan hanya jantinanya wanita sahaja;

1) iPeriod Ultimate - Ia menunjukkan kalendar bagi kitaran period(haid) dan menganggar waktu ovulusi dan masa subur. Ini membolehkan setiap perempuan menjaga kesihatan mereka dengan baik.


2) Womans Calendar - Membantu wanita yang ingin mengandung, mengelakkan kehamilan, membuat jadual kitaran kesuburan dll. Ini membolehkan mereka mengesan tempoh menstruasi dan memantau kesihatan fizikal dan aktiviti mereka secara teratur. Lebih kurang macam aplikasi iPeriod Ultimate, so, wanita boleh buat pilihan terbaik dan yang mana lebih digemari.

3)The pill - Saya memang jenis yang selalu missed makan ubat. Semasa mengandung, kekadang pil obimin yang mesti dimakan waktu pagi diambil belah petang atau malam. Dengan aplikasi ini, ia dikatakan dapat membantu. Bagus kan...hope so.

4) Pregnancy tracker - memantau perkembangan kehamilan setiap bulan sehingga bersalin.

5) Baby monitor and alarm - Tak tahulah sejauh mana praktikalnya, tapi inilah aplikasi paling best lah saya rasa! 2 thums up! Ibubapa tidak perlu risau meninggalkan anak sendirian dibilik, kerana aplikasi ini bertindak macam 'bibik' pun ye juga. Rakam sahaja suara kita mendodoikan bayi, setkan masa untuk dimainkan kepadanya dan jika kedengaran suara tangisan, telefon akan berdering. Sangat membantu bukan. Jadi, saya tak perlu lah risau untuk berada di dapur memasak, menidurkan diri sebentar dan macam-macam lagi lah...
Bertuah sungguh jika dapat memiliki iPhone 4...Senang dan mudah dihujung jari, bergaya dan hebat walaupun berada di rumah:) Let's play!

DiGi iPhone 4 Me

Cleaning
Ini lebih kurang macam sayalah. Suri rumah sepenuh masa yang sentiasa sibuk dengan macam-macam kerja rumah. Saya ada 4 orang hero(setakat inilah). Bila sebut pasal phone, my heroes ni semuanya lebih handal dan bijak dari saya. Terutama bab main games. Ibu? Fesbuk terer lah..

My 1yr old son, Alfatih paling suka main phone. Sudah berkali-kali saya punya phone kena campak ke lantai. Dulu pakai phone mahal, hari ini hanya pakai phone murah je...Nak buat macam mana, my phone just like his toys jugak lah. Marah anak kejap je, later bagi jugak diorang buat mainan...
Lately, my phone dah meragam. Terasa nak campak je kat dalam tong sampah dan beli yang baru. Tapi...nak beli jenis apa ye???? Apabila Nuffnang buat contest di mana hadiahnya ialah sebuah iPhone 4, wah terasa macam bagus je kan kalau saya pakai iPhone pulak! Tapi layak ke saya??? Ahhh ada sape-sape kesah ke??? Saya pun nak iPhone 4 dari Digi.

Persoalannya, kenapa iPhone 4 dari Digi ni? Bagus sangat ke??? Kalau baca maklumat yang ditulis kat sini, gud gud banyak bagus maa...






Tersangatlah menepati sasaran! As gud as our requirements!Haha...tapi, kalau saya ni eksekutif ke, pengurus bank ke, lawyer ke, lecturer ke bergaya jugak lah kalau bercakap tu pakai iPhone 4...Let's imagine;
Gantikan buku resepi tu dengan iPhone 4...konon-konon tengah check recipes kat Internet lah kan..kan..padahal tengah facebooking...bace emel...dan bla bla bla hiiiii.. hiiii ok ok cantek cantek. Setuju lah cam tu...
Kalau nak bagi 2, 3 dan lebih free pun lagik baik. So, everyone in the house will get one. Superb!!! For those yang nak juga tapi kena belilah ye...Check kat bawah ni
Sangat berbaloi kan. Apa tunggu lagi, shopping le sekarang! GO>>> Saya nak tunggu iPhone 4 dari Digi punya:D. Kalau sapa-sapa banyak soal, sila baca sini. Terima kasih yaaaa....

owwhhh sangat cool..ada gaya..pastinya hebat! Digi lah!

Orang asli yang asli


Terkesima kejap bila tengok masyarakat orang asli di Pos Balar Gua Musang Kelantan ini. Orang asli di kampung saya rupanya dah macam Melayu kita juga.

Pernah seorang dari adik ipar saya bercinta dengan anak gadis keturunan orang asli berasal dari Rompin Pahang. Terkejut apabila diperkenalkan, kerana minah tu memang cun dan sebijik muka Melayu. Kalau tak diberitahu asal usulnya memang kami takkan tahu sampai sudah. Tetapi melihat wajah-wajah di dalam gambar ini betul-betul menampakkan keasliannya. Maksud saya tiada kacukan.

Mungkin bagi orang lain ini perkara biasa sahaja, tetapi ia sangat menerujakan hati walaupun sekadar melihat menerusi fesbuk adik saya yang bekerja dengan JHEOA..Tengoklah sendiri beberapa keping gambar yang sempat saya share dari fb dia....
























Nikmat kentut

Jangan marah ek pasal aku tulis tajuk ni. Sebenarnya bukan nak cerita panjang, pendek je...betul pendek je...teruskan membaca.

Time raya, memang macam-macam juadah tersedia depan mata. Walaupun perut dah rasa kenyang, tapi nafsu lapar bila melihatkan makanan yang dihidang tuan rumah jarang-jarang kita jumpa kecuali di hari raya atau keraian aje. Namanya je sama iaitu lemang, rendang, kuah kacang dan ketupat. Tapi, kalau 3 buah rumah pergi (tak termasuk rumah sendiri) mesti semua nampak lain. Lain rasa dan lain rupanya. Almaklumlah air tangan pembuatnya juga berbeza. Ciri-ciri kelainan itulah yang selalunya menggamit hati nak cuba try je, nak jamah je, nak makan sikit je, tapi makan...dan makan...dan terus menambah...Adik aku suka menempelak, itu bukan makan namanya, tetapi melantak! Huhu pedas..tapi ada benarnya. Diam. Tak mau gaduh pasal baru bermaafan pagi raya...

Lepas makan macam-macam yang kesiannya ialah sang perut. Tiba malam je, mesti

Asap kepul-kepul...oooo sate

Tak pernah-pernah apartmen aku duduk ni keluar asap kepul-kepul berbau orang bakar daging. Atau lebih tepat lagi bakar S.A.T.E...anak-anak aku pun boleh teka bau tu bau sate. Tapi nak jadi ceritanya, dari pagi tadi dalam pukul 10/11am sampai lah malam ni masih ada bau sate. Aku duk tingkat 10, so asap kepul-kepul tu naik atas sampai mencucuk hidung. Macam asap orang bakar sampah tapi tak de pula bau hangit semacam. Makin lama makin sedap baunya....rumah sapelah agaknya??? Tak mengajak kita pun.....

Tak pelah, lagipun bulan puasa aritu dah makan sate pun....(ayat nak menyedapkan hati). Satu malam tu Luqman ikut hubby nak berterawih kat masjid, tapi habis solat Isya' dia dah nak balik. Dan dan hala balik request kat abahnya nak sate. Sebelum keluar rumah tu, dia sempat request nanti pada hari jadinya nak abah belikan sate. Tak sempat nak tunggu hari jadi, malam itu juga dia minya abah dah belikan sate.....Sebab dia puasa, abah tunaikanlah permintaan dia.

inforesep-sate ayam banyumas
Bestkan sate ni...Gambar ni saya amik kat sini. Paling best makan sate dengan nasi impit dan kuah kacang..adoooiii lapar lak jadiknyer ...huhu.

Insya Allah minggu depan nak buat nasi impit sebab Luqman dah request untuk bawa ke majlis sambutan hari raya bagi sekolah agamanya.


Ada sate, kuah kacang dan nasi impit, tapi jangan lupakan juga...., kena ada timunnya, bawangnya barulah complete pakej...hehe
kredit: resipidiana.blogspot.com

Tapi kan..kan....Cemana ek kalau asap kepul-kepul tu bukan orang bakar sate???? kemain lagi aku berangan dan membayangkan ianya asap orang bakar sate..hihi imaginasi kene positif kan?

Nuffnang, satu pilihan

Sementelah entry sebelum ini tentang hutang, so saya nak letak satu artikel tulisan Rosmalina Abdul Kadir, wartawan suratkhabar Kosmo. Tajuk artikel tersebut "Pendapatan Lumayan Dengan Nuffnang".

Sebut sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.

Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.

"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.

Menjana pendapatan

Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu www.redmummy.com.

Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.

"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu www.proudduck.com.

Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu sayesayangiz.blogspot.com. Bagaimanpun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.

"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh.

"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.

rosmalina.kadir@kosmo.com.my

Dah abis baca?? Apa kata anda tolong saya klik iklan nuffnang kat laman ni. Kat atas, kat bawah, kat tepi....Hihi saya pun nak bayar hutang gak. Kalau ada rezeki apa salahnya kan. Selamat mencuba!

PTPTN: caj 1%

Dalam tahun ni aje, 2 kali saya terima surat supaya menjelaskan bayaran tunggakan pinjaman. Masa surat pertama sampai, rasa pelik juga kenapa sampai surat sedangkan saya membayar bulanan RM100-200 walaupun tidak bekerja. Tanpa surat permohonan penangguhan bayaran dan memberitahu status 'TIDAK BEKERJA' saya sekadar menghubungi pegawai di perbadanan berhubung hal ini. Menurut beliau, saya tidak konsisten dalam soal bayaran. Selepas menyemak penyata secara online, terdapat 2 bulan yg pernah saya skip bayar. Itu pun bukan secara berturutan, mungkin ketika itu hubby terlepas pandang membuat bayaran kerana banyak bayaran dia lakukan secara online dalam satu masa.

Baru-baru ini sampai surat kedua di mana tajuknya masih sama, cuma jumlah tunggakan sudah meningkat dari 6k ke 8k ++....emmm setelah menyemak penyata dan memahami masalah sebenar timbul kerana :

1 - saya lambat 3 tahun membuat bayaran semula pinjaman kerana pada masa itu bekerja tidak tetap. Sehinggalah tahun 2005 baru saya mula bayar. Walaupun kita tidak bayar, caj perkhidmatan 3% itu tetap dikenakan setiap bulan...(kira-kira 50hengget mesia)
2 - tak ikut jadual pembayaran yang sebenar. Main bayar ikut suka. (Kalau ade rezeki lebih, bayar lebih, kalau bulan tu banyak tanggungan En. Sopie akan bayar ikut kemampuan dialah. (terima kasih banyak- banyak hubby walaupun awalnya u tak nak terlibat subahat)

Jadinya, kepada adik-adik yang baru grad dan merancang nak bayar lambat tu, eloklah batalkan niat anda kerana nanti jadi macam akak ni yang start bayar hutang 19k tu dengan jumlah 21k++...jenuh laki akak nak tolong dik...

Satu perkara lagi, pihak perbadanan membuat penjadualan skedul bayaran untuk tempoh 10 tahun. Ini bermakna akak ada 2 tahun lebih lagi nak tamat tempoh. Setelah membuat kiraan, akak perlu bayar 600++ sebulan. Adussss marah laki akak!!!!!! akhirnya akak membuat surat permohonan untuk melanjutkan tempoh kepada 5 tahun lagi. Barulah dapat kadar bayaran minima yang mampu untuk dibayar. Huhuhu akibatnya, elaun bulan akak kena potong lah dik oiii...

Pengajarannya, kalau anda TIDAK BEKERJA, jangan tunggu lama-lama untuk menganggur atau memilih pekerjaan. Carilah apa juga pekerjaan asalkan dapat income bulanan untuk bayar pinjaman anda. Walaupun ptptn bukan ah long, kita sendiri mau ingatlah, hutang memang wajib dibayar!! dan paling penting, kalau anda tidak bekerja sekalipun jangan pikir, ptptn baik hati tak minta hutang kat kita kerana dalam diam, caj perkhidmatan dikenakan!!!

Dengan 'baik hati' jugalah caj 3% tu dah dikurangkan jadi 1%. Beberapa hari lepas baru je tanya seorang pegawai perbadanan tentang hal ini....ini saya quote emel beliau:

" Selamat Sejahtera,

Tuan

Buat masa ini kos pentadbiran masih dikira 3%.Pihak PTPTN telah melaksanakan Perjanjian Ujrah 1% tersebut tetapi dilaksanakan untuk peminjam yang menandatangani perjanjian pada tahun 2008 terlebih dahulu. Bagi peminjam yang sebelumnya akan dilaksanakan secara berperingkat. Apabila peminjam menandatangani perjanjian tersebut pihak PTPTN akan melaras semula(backdated) kos pentadbiran bermula pada tahun Jun 2008. Jika pembayaran penuh dibuat lebihan bayaran akan dipulangkan kepada pihak tuan. Segala maklumat terkini akan dimaklumkan melalui laman web kami di www.ptptn.gov.my.

Maaf diatas kesulitan,terima kasih."


Semalam pula menteri pengajian tinggi mengumumkan:

SINTOK: Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.

"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah
salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.

"Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang
pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

Malah kata Mohamed Khaled, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke
atas peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah
sedia ada.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan menetapkan gaji minima bagi membolehkan pemotongan dibuat.

Baru-baru ini PTPTN dilapor akan melaksanakan pemotongan gaji secara
wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat
demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said dilapor berkata semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui LHDN.

Sementara itu, mengenai rungutan sesetengah peminjam bahawa mereka masih
menanggung kos pentadbiran sebanyak tiga peratus walaupun PTPTN mengurangkannya kepada satu peratus, Mohamed Khaled berkata langkah penyeragaman tersebut akan mengambil masa.

Ini kerana katanya, PTPTN terpaksa menyemak satu persatu dokumen lebih 1.5
juta peminjam.

"Setiap peminjam buat bayaran tak sama, ada yang lebih ada yang kurang, jadi
kita kena kira satu-satu sebab tu ambil masa sikit nak tukar dari tiga peratus
kepada satu peratus.

"Yang penting jangan risau sebab caj satu peratus itu memang dilaksanakan," katanya.

Mohamed Khaled sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum
persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia dan University of Nottingham,
Malaysia Campus. - Bernama


Kalau nak buat skedul bayaran balik pinjaman sila ke sini ok. Selamat berkhidmat untuk negara dan selamat melunaskan hutang piutang! :D

Raya 2010


Walaupun agak lambat, nak jugak buat entry raya untuk tahun ini. Firstly saya nak ucap Selamat hari raya dan maaf banyak-banyak-banyak jika ada salah silap sepanjang perkenalan dan blogging. Moga kita semua dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang, Insya Allah.

Tahun ini saya banyak beraya di rumah sahaja kerana Encik Sopie aka my hubby kena demam teruk. Kesian dia..., nasib baik anak-anak tetap enjoy beraya di rumah sebab walaupun camtu still dapat duit raya dan bermain dengan sepupu sepapat yang ramai dan menghabiskan masa mengadap komputer, tengok tv dan juga aktiviti luar rumah termasuk memanjat pokok rambutan. Kebetulan tahun ini mentua dapat lagi 2 orang cucu lelaki(no.10 dan 11), jadi pada hari raya ke 5 kami mengadakan kenduri akikah di Jengka14. Alhamdulillah, habis kenduri malam itu juga kami balik ke KL dengan selamat.

Syawal ke 6 Luqman sudah memulakan persekolahan. Begitu juga hubby dah mula bekerja. Tinggallah aku di rumah berdua dengan Alfatih....Sementelah cuti sekolah masih berlangsung bagi sesetengah sekolah yang mengambil cuti tambahan (tidak termasuk yang memontengkan diri mereka). Oleh itu, Almustofa dan Salahuddin masih berada di kampung. Luqman pula ke sekolah dengan bersemangat tetapi malangnya hanya dia seorang murid di kelas 1K. Akibatnya dia bergabung dengan pelajar di kelas 1S untuk belajar bersama-sama pelajar di kelas 1M....Inilah beberapa keping gambar raya tahun ini yang aku amik dari FB adik dan sumbangan my SIL, kak Amah. Mekasih ye semua....





























Dulu-dulu

Kad raya

Setiap kali tiba Ramadhan, mesti sibuk tunggu kad raya dari pak cik posmen. Lepas tu mesti mengira, siapa punya kad yang paling banyak. Sedikit keciwa....huhu selalu dapat paling sedikit (2-3 keping jer). Berangan nak dapat banyak tetapi malas nak hantar kat orang lain dulu. Berharap konon-kononnya ada kengkawan yang akan mengingat diri nan seorang ni tapi diri sendiri pun setakat ingat tapi malas nak tulis kad raya...Hehe

Masa belajar, kekadang bajet ciput tak cukup nak beli kad (alasan). Padahal sebab sebenarnya, malas nak pergi kedai beli kad raya. Lepas tu suka kirim pada kawan dan pesan macam-macam pulak tu. Tak nak yang bunga-bunga, nak yang kartun, nak yang untuk ibu bapa dan macam-macam lagi pesanan. Akhirnya beli yang 1 paket tu je. Nasib lah kalau di dalamnya ada kad yang khas untuk guru, untuk kekanda dan sesiapa yang aku tak tahu nak bagi siapa...Yang pastinya, design kad tu entah tahun bila punya kad pon tak tahulah..Kesudahannya sampai habis Ramadhan kad tak dihantar...

Paling aku ingat, masa belajar kat kolej, juara penerima kad raya terbayak ialah sahabat baik 1 negeri aku iaitu, Nopai. Dia terima punya banyak le kad siap gantung kat dinding. Errmm semua orang panas je hati...hahaha. Kalau kat rumah pulak, pastinya adinda aku Aini akan menerima kad raya terbanyak. Dia memang peramah dan baik hati dengan kawan-kawan. Jadi walaupun tak hantar kad pada sesiapa, pasti saban tahun ada je kad yang tiba di rumah.

Zaman berlalu, sekarang ni ramai yang suka menghantar kad virtual (maya) /elektronik je kot melalui emel...kalau di fesbuk, buat jelah sekeping kad, dan tag kawan-kawan. Tak sampai seminit semua dah sampai pada penerima. Tak perlu ke kedai, tak perlu sampul dan setem. JIMAT sesangat...Di rumah aku sekarang ada 2 keping kad raya. Itu pun hubby punya diterima daripada ejen insurans dia. Kali terakhir aku pula terima kad raya ..ermmm entah, mungkin masa 5 tahun lepas daripada anak murid semasa menjadi guru sandaran kat SKTP..

Mercun / Bunga Api

Saban tahun mesti dengar macam-macam kes kecederaan akibat terkena letupan mercun. Tahun ini sahaja dah banyak kes dan paling menyayat hati kes anak mati akibat stor mercun bapanya meletup. Kemudian, satu kes lagi budak perempuan yang hampir buta akibat mercun roket yang meletup di sisinya. Semua ini akibat kelalaian dan sikap mementingkan diri pihak lain yang telah menyebabkan pihak yang lain pula menjadi mangsa dan teraniaya. Perkataan menyesal semestinya menjadi igauan sepanjang hidup. Apapun segala yang terjadi sudah tidak dapat diundur semula. Semoga Allah memberikan hidayah dan pengampunan bagi yang bertaubat dan menjadi pengajaran kepada yang lain supaya tidak bertindak atas kepentingan diri semata tetapi memikirkan keselamatan orang sekeliling. Tumpang sedih dan marah, betapa berat mata kita memandang keluarga yang terlibat, berat lagi beban yang bakal ditanggung oleh mangsa yang teraniya itu.

Teringat kalau masa kecil dahulu, bermain bunga api selepas berbuka puasa atau balik solat terawih seolah satu kemestian dan ia satu trend setiap kali musim puasa dan hari raya. Bunga api yang ketika itu mudah sahaja didapati di kedai dan murah pula harganya. Arwah aki lah paling suka melayan cucu-cucunya. Kalau bukan dia yang membeli, dia akan bagi duit untuk kami berbelanja. Selepas itu dia akan melihat kami bermain dengan seronok sekali.

Kini, mercun sudah diharamkan penjualannya secara terbuka. Kalau ada yang degil tu, biasalah sebab ada permintaan dan pembeli, maka adalah penawarannya. Masa aku kerja dahulu, ada kawan sekerja yang siap bawa katalog mercun untuk dibuat tempahan. Harga puluhan ringgit tetapi ramia yang berminat (salah seorangnya aku ler..tp tak belipun). Daripada membeli mercun lebih baik beli kuih raya kan...:)

2 hari lepas mencari barang atas almari, terjumpa bunga api pemberian adik aku tahun lepas. Entah kan masih elok atau tidak. Dia bagi supaya dapat aku main dengan anak-anak. Rumah flat macam ini susah sikit nak main bunga api. Kena cari kawasan lapang untuk asap-asap tu nanti berterbangan. Silap haribulan, siren kecemasan berbunyi....Pada aku, nak bagi anak main mercun sebaiknya tak payah lah. Kekadang ibubapa yang lebih teruja dari anak-anak. Kalau bagi main bunga api yang tak merbahaya sekalipun(ada ke) pastikan mereka di bawah pengawasan ibu bapa. Kekadang percikan api yang keluar boleh mencederakan anak itu sendiri atau orang lain. Kalau rasa malas melayan anak-anak, lebih baik tak payah beli!

Nasihat- Jika terlebih nasihat bunyinya bertukar menjadi bebelan pula kan. Anak-anak ni, lagi kita larang makin bertambah suka mereka nak melakukannya dan hendak mencuba sendiri. Hari-hari aku duk pesan dengan anak-anak supaya jangan bercampur dekat dengan kanak-kanak atau kawan-kawan yang bermain mercun. Risau juga kalau terkena dia, ibu yang meraung teruk nanti.. Bukan nak kata mak bapak ni tak jaga anak, tetapi ramai sangat yang bermain mercun ketika menanti van/bas sekolah tiba. Kedai tu pun satu, masa ini lah nak cari untung lebih. Apa salahnya sebulan sekali dalam setahun buat amal kebajikan dengan mementingkan kepentingan sosial berbanding keuntungan kedai..(huh pandai sangat aku bercakap!!)

Dugaan Ramadhan....

Salam Ramadhan..semoga anda dah banyak collect pahala puasa dan berat timbangan amal solehnya. Insya Allah..Lama benar tak bersua di blogspot ni...

Kali ini banyak dan besar betul dugaan yang datang. Mungkin tak besar tapi lepas satu, satu pula yang datang. Betul-betul menguji kesabaran. Kadang-kadang tersasar juga bila dibedung oleh kemarahan dan kesedihan. Tapi di akhirnya, baru tersedar ada hikmah yang cukup besar Allah berikan tanpa disedari...Moga semua beroleh pahala yang banyak dengan dugaan dan ujian ini....

Di kesempatan ini juga saya memperkenalkan blogger cilik, hehe sudah tentulah anak teruna kesayangan saya Muhammad Luqman. Dia dah mula belajar menulis blog..wah wah percaya lah tetapi hasil penulisannya tidaklah secantik mana. Masih perlukan ibu untuk mengedit sebelum di'publish'kan...kalau tak sempat dia dah publish dulu lah..Ini hanya salah satu cara untuk menarik minat dia menulis dan membaiki tatabahasa dan pengukuhan ayat Bahasa Melayu dia...Kalau kelapangan, silalah masuk ke http://luqmansaufi.blogspot.com/. Terima kasih:) Dia pun sudah berminggu tak update blog. Mula-mula dulu teruja sesangat. Insya Allah nanti suurh dia menulis semula...Setakat ini masih berpuasa penuh. Manakala Almustofa cuma baru berpuasa 2 hari. Hehe Alhamdulillah pertama kali belajar puasa, lama-lama nanti oklah tu....