Zaibo dan isteri - bertukar peranan

Salam,

Suka sangat membaca kisah-kisah rumahtangga bahagia. Moga ia menjadi inspirasi kepada kita yang sedang menjalani alam perkahwinan atau yang mahu mendirikan masjid kelak.


Jika Mak Mah menjadi penoreh, pelakon dan pelawak Zaibo pula menjadi 'suri rumah' menggantikan isterinya yang bertugas ke luar sebagai sukarelawan. Alhamdulillah pasangan bahagia ini hidup aman damai biarpun ada suara-suara negatif berlegar di sekeliling mereka. Abaikan. Inilah faktor kerukunan rumahtangga uncle Zaibo dan isterinya, Siti Hawa. Yang penting mereka saling memahami peranan sebenar mereka dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Zaibo kini menetap di Rengit, Batu Pahat, Johor selepas berkahwin dengan ibu tunggal beranak sembilan iaitu Siti Hawa Shawal, 51, pada 3 Disember 2010.


Sementara itu, Zaibo berkata, dia tidak berasa malu digelar suri rumah, malah menghargai setiap detik membesarkan lima orang anaknya itu.


"Saya tahu mungkin akan ada rakan artis yang pandang serong kepada saya, tapi saya tidak peduli janji saya bahagia dengan apa yang saya lakukan sekarang.


"Saya bersyukur dan menganggap ia merupakan peluang yang Allah bagi untuk merasai tanggungjawab sebagai bapa kepada lima orang anak dan saya melakukannya dengan cara saya sendiri," ujarnya.

Berita penuh di Mstar Online. Semoga perkahwinan ini berkekalan bahagia sampai syurga. Amiin.

1 comments:

Unknown said...

Adakah anda fikir untuk mendapatkan pinjaman? Adakah anda serius yang memerlukan pinjaman segera untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda, kami memberi pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman kepada syarikat-syarikat dan semua jenis pinjaman dengan faedah 2% untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel (fedrickpowerloanfirm926@gmail.com)