Mak Mah dan suami - Gembira di hujung usia

Salam,

Pada mula membaca tajuk utama berita 'Dari seorang pelakon, Ruminah Sidek kini seorang penoreh getah' - mengambarkan kehidupan susah yang terpaksa dilalui oleh beliau. Namun sebaliknya, Mak Mah bercerita kehidupannya masa kini sangat membahagiakan dan dia gembira dapat melakukan pekerjaan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Mula-mula memang tidak tahu bagaimana cara nak menoreh getah, jadi saya belajar dengan suami sehingga saya menangis kenapa saya tidak pandai-pandai.

"Saya berdoa Allah permudahkankan saya untuk pandai melakukannya kerana saya benar-benar mahu menemani suami setiap pagi ke kebun getah. Sekarang suami pula kagum dengan kebolehan saya.
 Alhamdulillah, tabik dengan Mak Mah. Bukan semua orang dapat melakukan perkara demikian. Perkara susah yang kita bayangkan, rupanya tidak menyusahkan empunya  diripun. Malah ia menjadi asbab kebahagiaan rumahtangga seseorang. Yang penting kehidupan kita sentiasa bersandar pada Tuhan Yang Satu dan setiap pasangan tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Tambah Mak Mah lagi:

Katanya, sejak berkahwin dia tidak pernah berasa susah hati terutamanya dalam hal menguruskan kehidupan.

"Hati saya senang sahaja, tidak fikir masalah dan tidak fikir duit cukup atau tidak kerana semua suami yang uruskan.

"Sampai baju atau keperluan harian lain dia yang uruskan, setiap kali saya mahu keluarkan duit, dia tidak benarkan," ujarnya.

Tambah Ruminah, perkara-perkara berkenaan juga membuatkan berat badannya kini meningkat sehingga 70 kilogram.

"Orang kampung kata saya sudah berisi sekarang, bila timbang memang sudah 70 kilogram daripada sebelum ini hanya 64 kilogram.

"Saya ingat sudah tidak boleh gemuk, rupa-rupanya bila hati senang dan gembira badan kita boleh naik juga," ujarnya.

Ruminah berkata, dia bersyukur kehidupannya kini dianggap sebagai hadiah Allah dalam menghabiskan sisa hidupnya.

Dia juga tidak pernah membayangkan dapat menjalani kehidupan sebegini indah pada akhir-akhir usianya.

 Berita penuh di: Mstar Online

Semoga rumahtangga Mak Mah dan suami sentiada dirahmati Allah dan aman bahgia di dunia sampai akhirat sana. Amiin.

0 comments: