Salam,
Semalam, ketika saya sibuk memasak untuk berbuka puasa, mesej di WhatsApp berdesup masuk. Lepas satu, satu bunyi mesej kedengaran. Rupa-rupanya ada kes budak hilang. Seorang murid lelaki dari sekolah kebangsaan anak saya tak sampai ke rumah sebaik tamat waktu persekolahan sekolah agama sesi petang.
Beberapa ahli grup sama-sama memviralkan kejadian itu. Habis 3 grup ksib, 3 grup kelab duk update benda yang sama! Ada sejam jugalah berlarutan sehingga waktu melangkau jam 7 petang. Saya sambil memasak, sambil membaca perkembangan semasa dari telefon. Berdebar jugalah menanti berita terkini.
Syukur, Alhamdulillah. Sebelum waktu berbuka masuk, admin grup memberitahu murid yang hilang sudah pulang ke rumah. Diceritakan, ia dihantar pulang oleh seorang lelaki yang menjumpainya di stesen minyak tidak jauh dari sekolah agama. Dekat pun, dalam 10-15 minit juga jarak berjalan kaki ke tempat ia ditemui dan mungkin lebih bagi seorang kanak-kanak berusia 7 tahun.
Selepas itu, macam-macam versi dan anggapan timbul ekoran kejadian tersebut. Termasuk gossip kononnya murid ini telah dilarikan tetapi penculik tersebut takut apabila berita kehilangannya telah diketahui ramai. Maka, dia memutuskan menghantar pulang ke rumah.
Fakta sebaliknya. Murid itu keluar sekolah bersama-sama kawan-kawan tanpa menunggu ibunya datang menjemput di sekolah. Dalam perjalanan mereka berpisah. Sambil merayau-rayau, dia melintas jalan besar tanpa mempedulikan keselamatannya sehingga kelibatnya dilihat oleh lelaki yang menghantar pulang ke rumah.
Hari ini, seorang murid perempuan juga dari darjah 1 'hilang' selepas tamat sesi persekolahan pagi. Selepas viral di grup WhatsApp, dia dijumpai selamat di dalam kawasan sekolah. Rupa-rupanya salah faham berlaku apabila tiada di tempat yang sepatutnya dia bertemu ibunya yang menjemput. Macam dalam drama tv, agaknya dia ke kanan ibu ke kiri, Cikgu cari kat depan, dia dah ke belakang. Akhirnya mereka bertembung jua.
Klimaknya camne cite tu? Bila ibunya jumpa dia. Dia peluk2 nangis kerrr atau buat muka selamba?
Tu mesej salah seorang bapa dalam grup. Macam-macam...
Tak habis di situ, sesi petang ada lagi kes murid missing in action. Alkisahnya, bila parents datang lambat, ada kawan pelawa naik van sekolah. Van tu pulak pusing-pusing hantar orang lain dahulu. Bila sampai di rumahnya, dah nak pukul 7 petang. Mana tak gelisah ibu bapanya sehingga meminta pertolongan di grup WhatsApp.
Tak habis di situ, sesi petang ada lagi kes murid missing in action. Alkisahnya, bila parents datang lambat, ada kawan pelawa naik van sekolah. Van tu pulak pusing-pusing hantar orang lain dahulu. Bila sampai di rumahnya, dah nak pukul 7 petang. Mana tak gelisah ibu bapanya sehingga meminta pertolongan di grup WhatsApp.
Kejadian hilang yang berturut-turut dalam masa 24 jam ini menjadikan setengah dari ibu bapa trauma. Ada yang mengambil cuti sehari bagi menghantar sendiri anak mereka, sambil hendak mengingatkan anak-anak supaya berhati-hati dan menunggu di dalam kawasan sekolah sahaja jika mereka terlambat.
Ada juga menjadikan faktor bulan puasa sebagai punca kejadian-kejadian ini. Anak-anak penat dan fikiran jadi sedikit kacau untuk berfikir dengan jelas. Konfius - komen beberapa orang di kalangan ibu bapa.
Saya sendiri pernah juga mengalami kejadi seperti ini. Anak ketinggalan van dan ada orang menelefon memberitahu anak berada di stesen bas dan meminta datang menjemputnya pulang. Syukur, jika anak-anak bertemu orang baik-baik. Namun, malang tidak berbau. Keselamatan paling utama!!!
1.
Semestinya bila kejadian sebegini terjadi, pihak sekolah dan cikgu akan menasihati anak-anak murid. Di pihak ibu bapa sendiri mereka perlu juga mengambil tanggungjawab untuk mengingatkan anak-anak supaya hanya duduk di dalam sekolah jika mereka terlambat tiba.
2.
Pastikan anak-anak menghafal nombor telefon ibu bapa atau menulisnya di dalam buku nota atau catat di mana-mana bahagian pada beg sekolah anak. Mudah untuk dihubungi jika sesuatu tidak diingini terjadi. Ia pasti mengambil masa jika guru kelas nak semak dalam fail peribadi murid kan? Jalan paling cepat ialah mesej di grup WhatsApp!
Biarpun false alarm mengundang kecoh dan ketakutan pada sesetengah orang apabila ia menjadi viral, namun dari sudut positifnya, ia mengingatkan kita kembali supaya memerhati keselamatan anak-anak dan mengutamakan mereka.
3.
Jangan lambat menjemput anak sekolah, dan beritahu sekali lagi dan lagi jika kita terlambat supaya anak-anak menanti di dalam kawasan sekolah. Begitu juga jika tertinggal van sekolah, kembali ke dalam sekolah, lalu hubungi cikgu atau pakcik/makcik pengawal keselamatan di pagar sekolah.
4.
Peringatan juga, agar jangan mengikut sebarang orang dikenali/tidak dikenali tanpa memaklumkan kepada ibu bapa atau guru sekolah tentang pemergian mereka. Hal ini cepat sahaja mengundang panik ibu bapa.
5.
Pesan juga kepada pemandu van. Jangan tinggalkan anak-anak kerana kita membayar tambang van setiap bulan. Mereka perlu bertanggungjawab memastikan keberadaan anak-anak di dalam van sebelum bergerak.
6.
Minta tolong pada rakan anak-anak memastikan mereka sentiasa bersama. Nasihati anak-anak supaya buat perkara yyang sama terhadap rakan mereka. Sentiasa saling menjaga satu sama lain dan jaga perangai.
5.
Pesan juga kepada pemandu van. Jangan tinggalkan anak-anak kerana kita membayar tambang van setiap bulan. Mereka perlu bertanggungjawab memastikan keberadaan anak-anak di dalam van sebelum bergerak.
6.
Minta tolong pada rakan anak-anak memastikan mereka sentiasa bersama. Nasihati anak-anak supaya buat perkara yyang sama terhadap rakan mereka. Sentiasa saling menjaga satu sama lain dan jaga perangai.
Nak tanya, term mana lebih tepat - Hilang anak atau anak hilang ye :)
0 comments:
Post a Comment