Sarah dan Shuib (Sepahtu) - Moga bahagia selamanya


Lirik lagu : Sandarkan Pada Kenangan

Kenangan manis kau dan aku
Takkan terhapus
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu

Ohhhh…
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasihmu sayang
Siapalah aku

Sayang menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan
Ohhh…. oh…

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakan
Mengapa masih ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan

Apa yang harus kita lakukan
Kita sandarkan pada kenangan
Mengapa masih ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Akak merasa tengok live Siti Sarah Raisuddin berduet dengan Jamal Abdillah menyanyi lagu ni di Konsert Jamal Abdillah tidak lama dulu di Istana Budaya. Memang sedap suara mereka. Masa tu Sarah masih bujang trang tang tang lagi. Kemudian dia berkahwin dengan Shuib (Sepahtu).

Bersandarkan pada kenangan mula mereka berkahwin dahulu, Sarah bercerita:
... dia terkenangkan bagaimana Shuib pernah menitiskan air mata ketika mereka mula-mula berpindah ke rumah sewa selepas berkahwin.

Kata Sarah, Shuib terkilan tidak dapat menyediakan keperluan lengkap untuk dirinya memandangkan ketika itu karier seninya baharu sahaja bermula.

"Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu.

"Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya," ujarnya.

Sementara itu, Sarah berkata, Shuib seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab selain sentiasa memastikan keperluan keluarganya didahulukan berbanding diri dia sendiri.

Begitulah wanita jika ikhlas menyintai pasangan mereka. Yang penting mereka ada untuk satu sama lain ketika susah dan ketika senang. 

Nah, hari ini dalam sejarah hidup Sarah! Baca sini.

Dikhabarkan dalam Mstar Online, bahawa Sarah dapat kejutan dari suaminya Shuib. Alhamdulillah rezeki anak-anak dan rezeki bulan Ramadhan buat keluarga itu. 


Bestnya dapat rumah! Biarpun bukan banglo bertingkat-tingkat tetapi ianya lebih dari cukup dan teramat indah dengan kehadiran insan-insan tersayang. 

Tahniah Sarah, akak doakan pasangan ini berbahagia selamanya sampai ke syurga!

0 comments: