Raya: Perlu ke balang kuih baru?

Salam,

Pada pagi hari raya, perkara pertama yang mesti emak akan suruh buat sebelum pergi Solat Aidilfitri ialah isi kuih raya ke dalam bekas. Maklumlah raya puasa ni disunatkan kepada kita makan terlebih dahulu sebelum ke masjid. Kalau raya korban, sebaliknya pula. Kita digalakkan makan selepas balik dari masjid. Dan lagi, bila balik je dari masjid, mesti berduyun dah tetamu datang. Kalau sudah berhidang awal, senang kerja nanti.

Bila tengah duk keluarkan balang kuih dari kabinet, baru perasan ada balang yang macam retak sikit, ada bekas plastik yang terkoyak atau penutup yang dah missing in action. Ni mesti kes pecah masa raya tahun lepas tapi tak ingat. Jadi, mestilah tak cukup nak isi kuih yang kita dah plan cukup-cukup untuk jumlah balang kuih yang ada. 
Hasil carian imej untuk balang kuih raya corelle
Korang ada plan nak beli balang kuih raya tak? Memanglah jika sebagai isteri, kerja membeli belah keperluan hari raya terserah kepada kita. Tapi jika para suami dan anak-anak bujang nak beli untuk emak mereka boleh jugakan. Jadi di sini ada beberapa tips yang boleh digunakan ketika membeli balang kuih.

1. Tidak mudah pecah


Mengapa kita perlu memastikan balang kuih raya tidak mudah pecah? Perkara ini sangat penting kerana tetamu kita terdiri daripada pelbagai golongan iaitu orang dewasa dan kanak-kanak. Dalam kesibukan kita melayan tetamu adakalanya hal-hal yang tidak terduga seperti balang kuih raya terjatuh dan sebagainya. Oleh itu, dari ciri-ciri keselamatan pilihlah material yang baik dan tidak mudah pecah.


2. Bertutup rapat


Bekas ataupun balang kuih raya yang baik ialah yang dapat ditutup dengan kemas, rapat dan tidak longgar. Keadaan balang kuih raya yang tidak bertutup rapat memudahkan serangga seperti semut akan mudah mengerumuni biskut-biskut anda.


3. Kaca telus pandang


Sebaik-baiknya pilihlah bekas kuih raya yang mudah kelihatan isi dalamnya. Ini memudahkan tetamu untuk membuat pilihan biskut raya yang diingini tanpa perlu membuka kesemua bekas kuih raya yang ada.


4. Kedap udara


Jika anda perhatikan, anda sesetengah balang kuih raya yang tidak memiliki getah untuk menjadikan permukaan balang lebih kedap udara.Oleh itu, pilih balang kuih raya yang mempunyai getah ataupun dirasakan air tight (kedap udara) yang lazimnya akan ditulis pada bekas/kotak balang  ini kerana ia akan membuatkan biskut anda lebih tahan lama dan tidak menjadi lemau (masuk angin)



5. Rekaan Cantik


Bekas kuih raya yang cantik dan menarik merupakan suatu 'attraction' kepada tetamu yang berkunjung. Nampak lebih berselera dan salah satu cetusan dekorasi.


6. Mudah dibuka dan ditutup


Sesetengah rekaan balang kuih raya ada yang agak ketat dibuka, perlu dipusing-pusing dan apabila bekas diangkat atau dipegang, ia mudah jatuh kerana permukaan licin. Sebagai persediaan rapi, perhatikan teknik buka dan tutup balang kuih raya tersebut dan cari bekas yang mempunyai tekstur agar tidak mudah terlepas dari tangan.



7. Mudah dibasuh


Kalau anda perasan, terdapat banyak aksesori seperti balang kuih raya yang menggunakan reben, manik, labuci dan sebagainya ia memang nampak menarik dan salah satu effort menceriakan suasana raya. Apa-apa pun pastikan ia mudah dibasuh, dibilas dan digunakan.

Tips di atas kredit kepada SUMBER ini.


Moga dengan tips ini dapat membantu anda memilih yang terbaik. Mesti emak dan isteri anda terkesima kejap bila melihat balang kuih yang cantik pemberian anak atau dibeli suami menepati citarasa dirinya. Senyum puas-puas.


1 comments:

haizobee said...

Casino - Mapyro
Find 화성 출장마사지 the 대전광역 출장안마 best Casino in Las 충청북도 출장마사지 Vegas, Nevada. The area includes a casino and a hotel, dining 구미 출장마사지 options and entertainment center located near the entrance to  Rating: 2.1 · 대구광역 출장샵 ‎7 reviews