Salam sejahtera...
Alhamdulillah selesai terawih dan moreh semua ya. Jangan lupa baca doa tidur dan surah 3 Qul sebelum tidur. Moga dipermudahkan Allah bangun sahur awal. Kena yakin, sebab tips ini mujarab bila akak amalkannya. Insha Allah... ada atau tiada alarm clock pun kita mudah je celik mata :)
Bagun awal untuk bertahajjud - solat dua rakaat dan bertadarus barang satu atau dua muka surat. Niat kena ada. Jadi atau tak, kena bermohon banyak-banyak kepada Allah agar rasa malas tu dihilangkan dari kita.
Bangun pukul 4 atau 5 pagi pun ok dah. Solat dan mengaji kejap aje, kan? Selepas tu, Insha Allah sempatnya makan sahur. Lagipun melambat-lambatkan sahur itu sunat. Melainkan jika nak kejut anak-anak kecil bangun sahur mungkin makan masa sedikit. Teringat zaman akak kecik dahulu. Payahnya nak mengejut anak sendiri, begitu jugalah emak dahulu mengejutkan diri ini. Tersentak sekejap bila terkenang zaman silam. Insaf. Besarnya kasih sayang emak...
Selamat malam, selamat beradu.
0 comments:
Post a Comment