Home / Archive for 2014
wordless wednesday: Jom baca
Saving untuk anak-anak bermula sekarang!
Dear blog,
Alhamdulillah, aku dah start warm-up menulis semula. Harap kau tak sepi lagi ...
Semalam aku sempat ke Tabung Haji. Biasalah bank, orang ramai sangat. Walaupun dapat nombor giliran tak lah jauh sangat dengan orang yang di depan, tetapi seorang tu je punya urusan lebih setengah jam.
Ada seorang Cik Kak tu, lawa orangnya. Aku nengok je dari jauh apa di buat kat kaunter. Macam update buku akaun. Staf TH pulak sibuk kira duit dengan mesin. Wow, banyak juga duit singgit-singgit (RM1) dan lepas satu-satu buku dikemaskini di mesin.
Akhirnya aku dapat giliran untuk berurusan di sebelah kaunter Cik Kak tu. Aku agak dia tengah bank-in duit raya anak-anak kot. Selalunya duit singgit banyak kita dapat dari sampul duit raya sahaja. Kemudian beberapa buku akaun di kaunter, mesti bukan dia seorang sahaja yang punya, kan? Itulah konklusi dari pemerhatian aku - mungkin betul, mungkin silap.
Di dalam entri ini, 'Bayarlah hutang di dunia' aku ada bagitau yang kita sebagai ibu bapa mesti buat saving untuk anak-anak dari sekarang. Mungkin ada yang bagi alasan tak cukup duit nak masuk dalam akaun anak-anak. Bagi saya itu semua alasan sahaja. Yang penting, buka akaun untuk anak setiap sorang 1 buku bank. Ikut sukalah nak bank yang mana satu pun.
Susah ke nak pergi bank atau tak tahu macam mana nak buat buku a.k.a buka akaun bank? Ikut langkah berikut:
- Pilih bank anda suka
- Pergi ke bank bersama mykad dan mykid/surat beranak. Tak perlu bawa anak sekali masuk bank.
- Bertanyalah kepada staf bank di situ
- Ikut je procedure/arahan yang diberitahu kepada anda.
Kalau langkah di atas pun susah nak ikut, isilah borang nak buka akaun bank yang pihak sekolah beri. Mungkin tak semua sekolah ada kempen '1murid 1akaun'. Nilai permulaan serendah rm10 sahaja. Pasti ibu bapa mampu!
Mana nak gagau duit? Duit gaji mak/ayah cukup-cukup makan aje!
Jujurnya, aku dan hubby pun tak masukkan duit ke akaun anak setiap bulan. Tapi, duit raya, duit pemberian orang, duit bantuan kerajaan rm100 seorang semua dimasukkan ke dalam akaun. Senang bukan? Paling tidak setahun sekali takkan tak boleh.
Galakkan anak-menabung. Buat aje tabung sendiri menggunakan tin atau botol plastik minuman. Zaman aku kecik-kecik buat tabung guna botol bedak. Kalau keluarkan syiling mesti wangi baunya. Heeeee.... Lepas tabung dah penuh, bawa buku bank dan tabung tu ke bank. Biarkan pihak bank kira. Tak payah susah-susah kira sebab di bank ada mesin yang mengira bagi pihak staf. Tak payah syak wasangka yang mereka akan menipu kita.
Ada seorang my fren baru melahirkan anak. Cute dan semangat betul baby dia. Untungnya, baby tu dah didaftarkan untuk menunaikan haji. Haaa, mak cik pun belum daftar haji nak oi...
FYI, nak daftar haji mudah sangat. Syaratnya ialah, ada buku dengan TH dan pastikan akaun terkini berjumlah minima RM1300. Sebab tu aku cakap baby tu murah rezeki. Kata maknya, duit pemberian orang dia bawa ke TH dan buat buku akaun. Lepas tu, dia terus daftarkan haji untuk baby comel itu. Bukan baby tu sahaja dapat manfaat, orang yang bersedekah itu juga dapat pahala sebab dek duit sedekah mereka, baby tu dapat daftar haji. Kalau kelak baby dah besar dan berjaya menunaikan haji, dabel pahala lah dapat ke orang yang bersedekah tu. Masyuk dapat saham akhirat!
Kalau nak kira susah, memang susah. Tapi, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Alhamdulillah selepas selesai urusan aku, terus aku daftarkan haji untuk anak-anak dan hubby. Insha ALLAH tahun 2072 giliran menurut sistem komputer. Itu kata komputer, kita boleh buat rayuan untuk cepatkan tarikh sekiranya dah sampai seru.
Sebar-sebarkan apa yang baik dan boleh memanfaatkan orang lain.
Salam sayang,
Kak Aina.
Bayarlah hutang di dunia
Dear blog,
Dulu aku punya beberapa orang kawan suka berhutang. Sampai hari ni, hutang pada aku masih belum dibayar...Aku dah halalkan pun. Cuma nak cerita sebagai iktibar.
Kami sama-sama student masa tu. Sama-sama menjadi peminjam PTPTN. Cuma, dek keperluan dan kehendak msing-masing berbeda, duit PTPTN yang dapat sama banyak mungkin tidak mencukupi bagi sesetengah orang.
Tak cukup? Nonsense!
Ada orang topup duit pinjaman untuk abangnya nak kawin. Adik yang baik.
Ada orang sampai guna duit PTPTN untuk bantu famili dekat kampung. Kalau dia duk hostel makan sedap tapi, famili makan ala kadar kat rumah mesti dia sedih. Jadi duit ada lebih sikit, dipinjamkan kat mak untuk beli lauk dan barang dapur.
Alasan diterima.
Yang aku tak boleh terima....
Beli telefon dan show off bergayut dengan sape tah, cakap kuat-kuat dan gelak-gelak. Macam dia sorang ada hefon! Duit beli henfon ada ye kak? Duit nak bayar hutang ado?
Ok, zaman aku belajar, henfon mahal giler! Nokia Butterfly zaman tu 1k memang terbeliak mata kita melihatnya. Macam nengok alien! aku tak rasa dia pakai henfon rm1k, cuma hutang aku rm80 je, bukan 800 atau 8000... sikit tapi tak mampu bayar.
Zaman aku jugak, student beratur dekat public phone sampai nak bergaduh kalau ada orang potong queue. Sebabnya, kita dah menunggu lama sangat. Yelah, kalau telefon pakwe takkan 5 minit je kan. Kecuali telefon sebab mintak duit kat mak bapak ye sekejap. Masuk duit 2 kupang, terus jerit kat adik yang angkat henfon suruh pesan kat ayah supaya masuk duit kat akaun. Huhu, sampai macam tu sekali sebab duit syiling dah habis.
Masa meminjam kemain manis beranji nak bayar. Bukan pinjam duit jer, pinjam baju, kain tudung dll pun ader. Masa nak, berbatu jauh datang hostel kita nak pinjam. Masa nak pulangkan, jaraknya macam nak mendaki Everest. Liat!
Ada seorang my fren yang cerdik dan sedikit berkemampuan. Duit PTPTN dia tak gunakan sampai kering kontang. Dia asingkan dan simpan sebagai simpanan untuk dibayar balik kepada PTPTN. Jadi masa kami mula bekerja, masa kita tengah sakit perut saat mendapat surat kena bayar balik pinjaman PTPTN dia gigih beratur di kaunter pejabat pos untuk bayar pinjaman dia. Kemudian, mendaki Jabatan Sumber Manusia untuk buat potongan gaji. Aku pandang je dia... Untungnya dia... Dia pandang aku jugak. Dia tanya aku tak mau bayar jugak kah??? Aku tak kata apa-apa...
Masa dapat surat amaran dari PTPTN dan kena skedul semula bayaran balik, aku dah kena bayar lebih RM300 sebulan. Masa tu baru terbit rasa sesal sebab tak bayar awal. Masa zaman 'batu' service caj aje pun dah mahal. Nak bayar rm50 sebulan? Takde susut nilai hutang . Alhamdulillah dengan sistem ujrah sekarang, boleh tarik nafas sikitlah...tu pun, malas lagi ke nak bayar hutang dik dik semua???
Tapi aku taklah menyesal sangat pun sebab melambatkan bayaran balik pinjaman sebab duit gaji masa tu aku guna untuk balas jasa mak abah. Senang sikitlah abah masa tu, cuma ia taklah berpanjangan sebab tak lama kemudian anaknya menukar profesyen sebagai suri rumahtangga. Bertahun abah sedih sebelum akhirnya dia menerima hakikat.
Dear blog,
Aku happy nak bagi tahu...Baru-baru ni aku check baki hutang dah tinggal 2k lebih sikit. Ada orang cakap, yelah aku untung sebab hubby boleh tolong bayarkan. Ya, Alhamdulillah.
Rezeki setiap orang berbeza-beza. Jangan beralasan untuk taknak bayar hutang.
Jangan mengelak untuk membayar hutang. Jika ade perkara lain yang lebih memerlukan duit, pastikan ia adalah keperluan. Bukan kehendak! Kalau iya pun nak kawin, pastikan jangan membazir. Buat majlis grand, tapi hutang PTPTN tak mampu bayar. Maaf, ada kawan marah hakikat ini. Jumpalah konsultan PTPTN, berbincangah...pasti ada caranya.
Aku bersyukur, doa aku kepada Allah supaya bebas dari hutang akan tercapai beberapa bulan lagi.. Solat tu jangan hanya doa minta murah rezeki, cepat dapat jodoh dan naik gaji sahaja. Jangan lupa doa minta supaya ALLAH bebaskan kita dari berhutang...
Kalau dah ada anak, start dari sekarang buat saving untuk mereka. Bila diorang dah besar, moga simpanan kita itu dapat mengelak mereka berhutang macam kita...Jangan cakap tak cukup nak buat saving. Ada banyak caranya. Yang penting usaha ke arah itu ada. Selebihnya alasan dan cakap kosong akan menyebabkan kita mewariskan anak-anak pengalaman berhutang yang sama.

Salam sayang,
Kak Aina.
Rindunya ...
Bila hati merindu, ianya seumpama sekuntum bunga yang hendak mekar dan mengharumi seluruh taman. Ia tak sabar untuk menjadi suntingan dan penyeri halaman. Alam maya berkongsi kegembiraannya. Lalu mereka bersama-sama mensyukuri nikmat dari Yang Maha Esa.
Indah bukan?
Adakah hatimu rindukan seseorang?
Aku rindukan blog sepiku ini...
Salam sayang,
Kak Aina.
Yey, saya nak makan coklat Cadbury!
Salam sejahtera,
Isu coklat Cadbury ada DNA babi masih belum selesai.
Bila Kementerian Kesihatan kata ada porcine dalam sampel coklat yang diuji, ramai yang buang stok coklat Cadbury. Bila JAKIM umumkan keputusan ujian mereka pula negatif, maka kita sebagai pengguna masih ragu-ragu dan was-was. Kata kawan baik saya, "kalau was-was baik jangan makan...". Klise bukan? Tapi, ia memang betul.
Insha Allah saya percayakan JAKIM. Kalau saya tak percayakan JAKIM, maka segala kicap, sos cili, tepung, meehun, susu anak, biskut kegemaran suami, dan bermacam lagi saya tak boleh beli, makan dan pakai.
Namun, persoalan yang masih terawang-awang wajiblah dileraikan dan dijelaskan kepada pengguna yang masih tidak berpuas hati. Yang penting, jangan biarkan isu yang sama berlaku lagi. Bukan pada Cadbury sahaja bahkan pada produk lain.
Jemput baca pandangan ini:
Rakyat wajar terima, percaya keputusan JakimDR MASZLEE MALIK3 Jun 2014BERHUBUNG isu coklat Cadbury, saya berpendapat:1) Rakyat Malaysia beragama Islam wajar meletakkan kepercayaan kepada bahagian Halal Jakim yang merupakan autoriti di dalam hal seumpamanya di Malaysia.Saya yakin SOP mereka dan juga tahap profesionalisme mereka di dalam isu pelabelan halal boleh diyakini. Sebarang penyalahgunaan label mereka adalah di luar kawalan makmal mereka. Keputusan Jakim yang mengesahkan bahawa dua jenis coklat Cadbury yang dikatakan mengandungi DNA babi (porcine) adalah tidak benar dan status kehalalannya kekal adalah wajar dipercayai dan diiktiraf oleh rakyat Malaysia beragama Islam.2) Keputusan Jabatan Kimia menguatkan lagi dan mengesahkan lagi kredebiliti pengesahan Jakim.Jabatan Kimia merupakan pihak yang tiada kepentingan di dalam isu ini dan pihak yang lebih lama mempunyai reputasi dan kredebiliti di dalam hal ini. Hasil kajian mereka sewajarnya diterima dan dijadikan kata pemutus berhubung penemuan DNA babi di dalam dua jenis coklat Cadbury. Kedua-dua Jakim dan Jabatan Kimia adalah 'ahl dhikr' (pihak yang mempunyai autoriti di dalam bidang mereka) yang wajar dijadikan rujukan oleh rakyat Malaysia beragama Islam di dalam isu halal dan haram.3) Pihak KKM wajib bertanggungjawab untuk bersikap telus demi menjaga kredebiliti mereka.Sumber coklat yang mereka uji, pihak yang telah menyerahkan sampel tersebut dan juga pihak yang telah membocorkan maklumat hasil kajian mereka kepada media sosial yang sepatutnya dirujuk kepada Jakim sebagai pihak yang berautoriti perlulah didedahkan dan mengambil tanggungjawab. Hal ini amat perlu berteraskan konsep transparency (ketelusan) dan akauntabiliti. Tindakan ini juga perlu memandangkan apa yang berlaku dan ditumbilkan oleh pihak KKM telah menyebabkan suasana tidak tenteram dan kegelisahan melampau di kalangan rakyat Malaysia beragama Islam.4) Pihak Cadbury sebagai sebuah syarikat pengeluar coklat bertaraf antarabangsa wajar diakui ketinggian integriti mereka, terutamanya di dalam proses pengeluaran dan persijilan.Kekeliruan yang timbul tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menjatuhkan langsung nama dan juga reputasi syarikat berkenaan yang telah bersikap profesional dan tidak gopoh di dalam mendepani isu tersebut. Bagaimanapun, demi memperbaiki kerosakan imej mereka yang kritikal di kala ini, sama ada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, mereka perlulah menubuhkan badan penasihat Syariah atau Halal advisory council untuk memantau proses pembuatan mereka dan memberikan keyakinan kepada para pelanggan Muslim samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Penubuhan Syariah advisory council di pihak Cadbury juga akan meningkatkan kredebiliti Cadbury untuk jangkamasa yang panjang.5) Bagi pihak konsumer Muslim di Malaysia pula, sikap kepekaan dan sensitiviti berhubung halal haram berhubung isu Cadbury amatlah dihargai.Hal ini menunjukkan bahawa penjagaan Syariat, walaupun dalam isu terpilih, masih mengalir di dalam pengamalan rakyat Muslim terbanyak. Bagaimanapun, sikap reaksi melampau sesetengah pihak yang merupakan kesan normal di kalangan rakyat Melayu Muslim di dalam berhadapan isu yang berkaitan sentimen perlulah diperbaiki di masa-masa hadapan. Konsep bertenang dan tidak mudah melatah, sikap profesional di dalam menerima sebarang maklumat di media-media sosial dengan bersikap kritikal dan memastikan kesasihan sumber perlu dipertingkatkan. Islam amat menitil beratkan sikap profesional dan sikap berhati-hati di dalan menerima maklumat, bertindak di atas maklumat yang tersebar mahupun di dalam membuat apa-apa hukuman ke atas pihak yand dituduh aehinggalah bukti dan juga penghukuman telah dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti.6) Di samping itu, umat Islam juga perlu mengelakkan menghukum sebelum sesuatu isu itu diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab perlu diamalkan.Sikap kegopohan dan tidak cermat di dalam membuat kenyataan seperti ingin membakar kilang Cadbury, ingin menyaman, memaksa Cadbury menanggung proses penyucian darah dan juga menyebarkan teori konspirasi bahawa pihak musuh Islam ingin merosakkan umat Islam melalui coklat Cadbury ataupun lebih malang menuduh bahawa Jakim atau kerajaan BN mempunyai kepentingan di dalam syarikat Cadbury adalah terlalu emosional, tidak berjejak di atas fakta dan terlalu prejudis serta tidak Islamik. Sikap tidak Islamik seperti ini tidak akan membantu umat Islam mahupun agama Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, dengan bersikap profesional, ia tidak bermaksud umat Islam tidak perlu peka dan tidak sensitif di dalam isu-isu pengguna. Umat Islam wajib pro-aktif di dalam memperjuangkan isu-isu kepenggunaan dan isu halal-haram berdasarkan tuntutan prinsip 'Islah' yang sentiasa lestari di dalam Syariat Islam.7) Berdasarkan sikap pro-aktif di dalam isu halal haram, umat Islam di Malaysia juga wajib meluaskan momentum mereka di dalam memerangi riba, rasuah, penyalahgunaan wang awam dan juga ketirisan di dalam penggunaan dana negara. Keharaman riba, rasuah dan salahguna wang rakyat di pihak mana sekalipun adalah lebih besar dari isu coklat Cadbury.8) Golongan intelektual Muslim perlulah menjadi kumpulan yang memberikan pencerahan, bimbingan dan panduan ketika rakyat dilanda kegelisahan kolektif kerana dilanda isu sensasi yang berkait dengan sentimen. Mereka tidak seharusnya bersikap gopoh, melatah dan terlalu populis dengan mengikuti arus yang timbul tanpa berpihak di atas fakta, metod yang sahih dan juga tahap profesionalisme yang tinggi.Dr Maszlee MalikPensyarah kananJabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh,Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Sambal Hitam memang sedap, tapi...
Salam sejahtera...
![]() |
Dari Pahang ke Kajang...ke seluruh Malaysia....cepat order... |
Sebelum ini Kak Aina ada post tentang Sambal Hitam Pahang. Siapa nak order boleh Whatsapp ke nombor 01111260278. Sambal Hitam ini dibikin oleh Kak Ma (Nurul) yang tinggal di Taman Kantan Permai, Kajang. Bagi yang tinggal di area berdekatan boleh order dan ambil sendiri di rumah beliau atau discuss lah nak penghantaran yang macam mana.
Sambal Hitam memang best. Tak lama lagi bulan Ramadhan nak tiba, boleh order untuk bekal masa bersahur atau masa berbuka. Bak kata kawan Kak Aina, "kalau aku makan sambal hitam dengan nasi panas, memang tak payah lauk lain dah!"
Kalau korang nak Sambal Hitam yang kurang pedas, lebih pedas, lebih garing atau basah boleh request masa order dibuat dan bincang elok-elok dengan Kak Ma(Nurul). Namun, Sambal Hitam yang basah tidak boleh disimpan terlalu lama dan dikhuatiri berkulat atau cepat rosak.
Adik Kak Aina pernah makan sambal hitam yang masih elok walaupun telah 2 minggu tersimpan. Ini kerana mak Kak Aina memasak agak garing. Jadi, kalau sesiapa yang membuat pesanan Sambal Hitam yang agak lembab atau basah, kalau boleh jangan disimpan berhari-hari. Kalau nak buat stok, pastikan simpan dalam peti dan panaskan sebelum makan. Ini bagi menjamin kualiti sambal masih elok.
Untuk pengetahuan semua, untuk memasak Sambal Hitam yang sedap ia mengambil masa yang lama. Setiap ikan bilis akan ditumbuk manually di dalam lesung batu bagi menjaga kualiti rasanya. Jika ikan bilis dan bawang dikisar menggunakan pengisar ia menghasilkan rasa yang berlainan. Jika korang memang expert, mesti boleh detect perbezaan keduanya.
TAKZIAH blogger Mak Dara a.k.a Adza Irdawati
Salam Sejahtera,
Pagi ini terkejut membaca berita di Sinar Harian, bahawa Martias Ali meninggal dunia. Beliau adalah suami kepada Blogger Mak Dara.
Di sini saya merakam ucapan takziah kepada Adza dan anak-anak serta seluruh keluarga mereka. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dijanjikan syurga.
Ameen...
Rupanya arwah sudah beberapa minggu dirawat di Hospital Ampang. Hanya saya tak tahu sebab sudah lama tak follow blog. Moga Adza yang lebih mesra dengan panggilan Mak Dara ini akan sentiasa tabah dan sabar bersama anak-anak dalam menghadapi ujian ALLAH ini.
Berita Sinar Harian Online:
Pagi ini terkejut membaca berita di Sinar Harian, bahawa Martias Ali meninggal dunia. Beliau adalah suami kepada Blogger Mak Dara.
Di sini saya merakam ucapan takziah kepada Adza dan anak-anak serta seluruh keluarga mereka. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dijanjikan syurga.
Ameen...
Rupanya arwah sudah beberapa minggu dirawat di Hospital Ampang. Hanya saya tak tahu sebab sudah lama tak follow blog. Moga Adza yang lebih mesra dengan panggilan Mak Dara ini akan sentiasa tabah dan sabar bersama anak-anak dalam menghadapi ujian ALLAH ini.
Berita Sinar Harian Online:
PENULIS skrip, Martias Mohd Ali, 46, meninggal dunia akibat kanser darah, malam tadi.
Berita itu disampaikan Persatuan Seniman melalui lamn sosial Facebook kira-kira jam 12.30 malam.
"Martias Mohd Ali, penulis skrip dan juga Bendahari Persatuan Creative Content Industry Guild (CCIG) meninggal dunia sebentar tadi akibat kanser darah.
"Kita doakan semoga rohnya tergolong dalam orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," tulis Persatuan Seniman.
Antara skripnya dramanya yang popular ialah Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan, Zaharul VS Zarina, Drama bersiri Idris Beca, Sitkom Suasana, Air Mata Papa, Aidilfitri Dibulan Syaban, Manaf Astro, Nek Nak, Fobia, Merdeka Ajit Merdeka Ajis, Merahnya Biru, Buku Lama Diari Baru dan banyak lagi.
Dramanya yang berjudul Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan berjaya memenangi Anugerah Drama Terbaik Anugerah Seri Angkasa dan juga calon finalis Anugerah Skrin TV3.
Al-fatihah.
Wordless Wednesday: Original Copy letter of Victor Lopez and Hishamuddin Tun Hussien
Kucing pun selsema?
Salam...
Meh, meh, nak cerita sikit...
Tadi adik saya whatsapp tanya petua apa nak bagi kat kucing dia yang tengah batuk dan selsema. Mulanya saya gelak juga membayangkan macam manalah rupanya kucing tengah selsema. Batuk pernahlah tengok. Itupun jenis yang batuk-batuk manja sebab makan gelojoh sangat. Atau,kes tercekik tulang ikan...Serius, seumur hidup tak pernah tengok.
Lepas ttu adik saya beriya minta petua macam mana nak tolong kucingnya yang sedang sakit tu. Apa lagi terus aja Google yang jumpa posting Namee Roslan tahun lepas punya pasal kucing dia yang juga kena selsema. Alhamdulillah memang terbaik punya tips dari Namee.
Antara tips dari Namee yang menarik hati saya ialah dengan cara menstimkkan kucing tersebut. Macam mana kita steam muka baby supaya hingusnya meleleh keluar, begitu juga boleh diaplikasikan kepada kucing. Cuma caranya berbeza sikit sebab dia kucing.
Nak tahu lebih lanjut masuk blog Namee kat sini.
Paling penting, kalau tak tahu nak buat macam mana, bawalah kucing jumpa pakar veterinar :)
Surat Victor Lopez dari Paris untuk H2O
Telah diterjemahkan:
"Ke hadapan Encik Hishammuddin Hussein, saya berumur 15 tahun dan saya amat mengagumi Malaysia. Saya menulis surat kepada anda untuk menzahirkan kekaguman saya terhadap personaliti anda dan tindakan anda.
"Saya pasti berasa amat gembira sekiranya anda sudi menurunkan tandatangan anda pada kad kecil yang saya hantar kepada anda. Saya ucapkan terima kasih,
Yang ikhlas,
Victor Lopez."
"Ke hadapan Victor,
saya harap ini akan sampai kepada anda dengan selamat. Terima kasih kerana menulis kepada saya dari Paris. Ingatan dan kata-kata semangat daripada individu seperti anda memberikan kekuatan kepada saya untuk terus menerajui usaha mencari MH370.
"Terima kasih sekali lagi kepada anda dan diharapkan anda dapat melawat Malaysia 'Truly Asia' sekiranya ada peluang. Belajar rajin-rajin!," demikian isi kandungan surat itu.
Tidak cukup dengan kata-kata yang bertaip rapi di dalam surat rasmi itu, Hishammuddin turut menitipkan kata-kata dengan tulisan tangannya iaitu: "Surat anda benar-benar menyentuh hati saya. Akan paparkan dalam Twitter, @HishammuddinH20."
"Terima kasih sekali lagi kepada anda dan diharapkan anda dapat melawat Malaysia 'Truly Asia' sekiranya ada peluang. Belajar rajin-rajin!," demikian isi kandungan surat itu.
Tidak cukup dengan kata-kata yang bertaip rapi di dalam surat rasmi itu, Hishammuddin turut menitipkan kata-kata dengan tulisan tangannya iaitu: "Surat anda benar-benar menyentuh hati saya. Akan paparkan dalam Twitter, @HishammuddinH20."
![]() |
Sumber |
Ya ALLAH, bantulah kami. Kurniakan kami hati yang tabah dan berani untuk menghadapi ujian-MU ini...
Dengan nama ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Alhamdulillah dah siap makan. Air milo campur dengan oat. Sambil-sambil tu mengadap laptop di meja. Berita-berita semasa tentang MH370 saya baca satu persatu.
Saya sayu melihat gambar ini. Airmata bergenang dan terasa sebak dalam hati. Saya terfikir...
"Makankah mereka bila hati sedang menanggung kesedihan?"
.jpg)
"Makankah mereka bila dunia sedang mengejar mereka?"

"Makankah mereka, bila beban di bahu amat berat dirasakan?"
Saya mendoakan mereka baik-baik sahaja.
Saya mendoakan agar mereka tabah, sabar dan berani.
Saya mendoakan mereka sehat dan kuat semangat.
Kala dunia sedang memerhati kita, mereka sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua soalan dan tohmahan.
Kala keluarga mangsa bersedih, mereka juga berkongsi kesedihan...
Kala airmata mereka mengalir, kita sama merasai pedih yang sama. Walaupun kita tiada ikatan saudara, kisah sedih ini mengikat kita di dalam emosi yang sama.
Kepada H2O, AJ dan DA...
Rakyat Malaysia bersama anda!
Insha ALLAH, MH370 akan ditemui. Teruskan berdoa. Teruskan bersolat hajat. Teruskan bersatu hati!
Ameen...
Petunjuk baru ditemui. MH370 kah itu??
Hujan rahmat sudah membasahi bumi. Jerebu sudah mulai bersidang dan air mulai memenuhi empang-empang yang kekeringan sebelum ini. Moga dengan rahmat ALLAH berikan ini, akan disertai dengan berita gembira mengenai MH370..
Apapun juga, yang terjadi, sama-sama kita berdoa. Berat mata memandang, berat lagi hati-hati keluarga yang menanggung beban rindu di hati... Moga terus tabah dan cekal.
Berdebar menunggu sidang media petang ini...Sekarang semua channel tv tengah cover laporan khas sambil menanti keputusan imej sebenar objek tersebut.
[UPDATED]
Pasukan SAR Malaysia, Australia dan negara lain sedang menuju ke lokasi dilaporkan objek tersebut berada...Pihak Australia sendiri pun belum melihat lagi apakah objek berkenaan. Ia hanya berdasarkan imej yang dicerap oleh satelit di Lautan Hindi.
Sama-sama kita nantikan. Elakkan spekulasi selagi tiada penemuan dan tiada pengesahan dari pihak berkenaan.
"Robbi Yassir wala tua'ssir, Robbi Tammim bilkhoir"
[UPDATED]
Pasukan SAR Malaysia, Australia dan negara lain sedang menuju ke lokasi dilaporkan objek tersebut berada...Pihak Australia sendiri pun belum melihat lagi apakah objek berkenaan. Ia hanya berdasarkan imej yang dicerap oleh satelit di Lautan Hindi.
Sama-sama kita nantikan. Elakkan spekulasi selagi tiada penemuan dan tiada pengesahan dari pihak berkenaan.
"Robbi Yassir wala tua'ssir, Robbi Tammim bilkhoir"
[POST MELEKAT] Order Sambal Hitam Pahang
Salam sejahtera,
Dengan rasa gembira, Kak Aina nak memberi peluang kepada sesiapa yang belum pernah merasa Sambal Hitam Pahang yang glemer tu, boleh berbuat demikian dengan membayar hanya RM7 untuk setiap 100 gram.
Sambal Hitam Pahang mengandungi ikan bilis, bawang merah, cili api dan bahan utamanya iaitu belimbing buluh. Belimbing buluh yang direbus sampai hitam boleh disimpan setahun lamanya sama ada di luar atau di dalam peti ais. Ini kerana ia mengambil masa yang sangat lama untuk direbus sampai hitam bagi menjamin kualiti tahap terbaik. Disebabkan belimbing inilah, maka sambal Pahang ini dinamakan Sambal Hitam.
Jangan salah faham ye, tiada kicap dicampurkan di dalam sambal bilis ini!
Sambal Hitam sedia untuk diedarkan
Kalau tanya penggemar sambal, rasanya memang sedap dan terangkat!
[SEGMEN] Tak Kenal Maka Tak Blogwalking

Salam sejahtera,
Mak Dara anjurkan segmen 'Tak Kenal Maka Tak Blogwalking' hari ni. Terasa nak join pula. Macam best je. Boleh cari kenalan dan saling berkenalan sesama blogger.
Nama asal blog Kak Aina ialah 'Laman CahayaMata' tapi dah tukar ke 'Dunia Merah Jambu Saya'. Saja penjenamaan semula kata orang selepas beberapa tahun. Kak Aina hanya suri rumah biasa dan mempunyai 4 orang hero. Termasuk Encik suami 5 hero di rumah kecilku ini.. 'Dunia Merah Jambu Saya' ruangan Kak Aina melepaskan ketengangan ...
Selamat berkenalan kepada anda semua! untuk join,klik link dekat gambar di atas. Cepat, cepat! Sebelum 10 malam ini.
Terasa muda kembali bila...berjumpa dengan kawan-kawan di bangku sekolah :)
SPA Ikan
Salam sejahtera.
Kalau sudah puas ke spa kecantikkan untuk memanjakan diri, salon rambut dan merias kuku. Apa kata mencuba menenangkan hati dengan Doctor Fish. Masukkan kaki anda ke dalam air dan biarkan para doktor ikan yang comel merawat kaki anda dengan caranya tersendiri. Inilah spa ikan!
Perkhidmatan yang ini terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Jom pergi ke gym nak?
Info lanjut kat sini
Apa khabar kawan-kawan blogger semua?
Salam sejahtera pagi Sabtu,
Moga kita ceria selalu...
Hehe, pantun dua kerat. Sila balas.
Lama tidak bersiaran di alam maya. Rindu hendak menulis dan memecah idea untuk mengarang entri yang bermanfaat dan santai untuk para pembaca. Semua orang ada kesibukkan masing-masing. Itu bukanlah alasan untuk menghadkan penglibatan diri dalam sesuatu yang merupakan minat dan hobi. Harus ada usaha dan semangat untuk mengorak langkah.
Ini entri pertama pada 2014. Sudah 2 bulan tahun baru ini berlalu. Cepat tanpa kita sedari. Sedar tapi macam baru semalam kita berumur muda. Tpi, hari ini sudah genap atau hampir senja usia kita. Namun, Alhamdulillah syukur pada-NYA kerana kita masih di sini. Di dunia fana untuk meneruskan sisa hidup. Di manakah landasan kita hari ini? Ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat? Atau kecemerlangan dunia sahaja?
Saya berdoa semoga entri seterusnya akan menyusul. Kasihan blog merah jambu saya. Sunyi dan sepi tanpa entri terkini. Moga kawan-kawan terus menyokong saya untuk terus bersama anda di persada maya. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)