Bayarlah hutang di dunia

Dear blog,

Dulu aku punya beberapa orang kawan suka berhutang. Sampai hari ni, hutang pada aku masih belum dibayar...Aku dah halalkan pun. Cuma nak cerita sebagai iktibar.

Kami sama-sama student masa tu. Sama-sama menjadi peminjam PTPTN. Cuma, dek keperluan dan kehendak msing-masing berbeda, duit PTPTN yang dapat sama banyak mungkin tidak mencukupi bagi sesetengah orang. 

Tak cukup? Nonsense!

Ada orang topup duit pinjaman untuk abangnya nak kawin. Adik yang baik.

Ada orang sampai guna duit PTPTN untuk bantu famili dekat kampung. Kalau dia duk hostel makan sedap tapi, famili makan ala kadar kat rumah mesti dia sedih. Jadi duit ada lebih sikit, dipinjamkan kat mak untuk beli lauk dan barang dapur. 

Alasan diterima.

Yang aku tak boleh terima....

Beli telefon dan show off bergayut dengan sape tah, cakap kuat-kuat dan gelak-gelak. Macam dia sorang ada hefon! Duit beli henfon ada ye kak? Duit nak bayar hutang ado?

Ok, zaman aku belajar, henfon mahal giler! Nokia Butterfly zaman tu 1k memang terbeliak mata kita melihatnya. Macam nengok alien! aku tak rasa dia pakai henfon rm1k, cuma hutang aku rm80 je, bukan 800 atau 8000... sikit tapi tak mampu bayar.

Zaman aku jugak, student beratur dekat public phone sampai nak bergaduh kalau ada orang potong queue. Sebabnya, kita dah menunggu lama sangat. Yelah, kalau telefon pakwe takkan 5 minit je kan. Kecuali telefon sebab mintak duit kat mak bapak ye sekejap. Masuk duit 2 kupang, terus jerit kat adik yang angkat henfon suruh pesan kat ayah supaya masuk duit kat akaun. Huhu, sampai macam tu sekali sebab duit syiling dah habis.

Masa meminjam kemain manis beranji nak bayar. Bukan pinjam duit jer, pinjam baju, kain tudung dll pun ader. Masa nak, berbatu jauh  datang hostel kita nak pinjam. Masa nak pulangkan, jaraknya macam nak mendaki Everest. Liat!

Ada seorang my fren yang cerdik dan sedikit berkemampuan. Duit PTPTN dia tak gunakan sampai kering kontang. Dia asingkan dan simpan sebagai simpanan untuk dibayar balik kepada PTPTN. Jadi masa kami mula bekerja, masa kita tengah sakit perut saat mendapat surat kena bayar balik pinjaman PTPTN dia gigih beratur di kaunter pejabat pos untuk bayar pinjaman dia. Kemudian, mendaki Jabatan Sumber Manusia untuk buat potongan gaji. Aku pandang je dia... Untungnya dia... Dia pandang aku jugak. Dia tanya aku tak mau bayar jugak kah??? Aku tak kata apa-apa...

Masa dapat  surat amaran dari PTPTN dan kena skedul semula bayaran balik, aku dah kena bayar lebih RM300 sebulan. Masa tu baru terbit rasa sesal sebab tak bayar awal. Masa zaman 'batu' service caj aje pun dah mahal. Nak bayar rm50 sebulan? Takde susut nilai hutang . Alhamdulillah dengan sistem ujrah sekarang, boleh tarik nafas sikitlah...tu pun, malas lagi ke nak bayar hutang dik dik semua???

Tapi aku taklah menyesal sangat pun sebab melambatkan bayaran balik pinjaman sebab duit gaji masa tu aku guna untuk balas jasa mak abah. Senang sikitlah abah masa tu, cuma ia taklah berpanjangan sebab tak lama kemudian anaknya menukar profesyen sebagai suri rumahtangga. Bertahun abah sedih sebelum akhirnya dia menerima hakikat.

Dear blog,
Aku happy nak bagi tahu...Baru-baru ni aku check baki hutang dah tinggal 2k lebih sikit. Ada orang cakap, yelah aku untung sebab hubby boleh tolong bayarkan. Ya, Alhamdulillah. 

Rezeki setiap orang berbeza-beza. Jangan beralasan untuk taknak bayar hutang.

Jangan mengelak untuk membayar hutang. Jika ade perkara  lain yang lebih memerlukan duit, pastikan ia adalah keperluan. Bukan kehendak! Kalau iya pun nak kawin, pastikan jangan membazir. Buat majlis grand, tapi hutang PTPTN tak mampu bayar. Maaf, ada kawan marah hakikat ini. Jumpalah konsultan PTPTN, berbincangah...pasti ada caranya.

Aku bersyukur, doa aku kepada Allah supaya bebas dari hutang akan tercapai beberapa bulan lagi.. Solat tu jangan hanya doa minta murah rezeki, cepat dapat jodoh dan naik gaji sahaja. Jangan lupa doa minta  supaya ALLAH bebaskan kita dari berhutang...

Kalau dah ada anak, start dari sekarang buat saving untuk mereka. Bila diorang dah besar, moga simpanan kita itu dapat mengelak mereka berhutang macam kita...Jangan cakap tak cukup nak buat saving. Ada banyak caranya. Yang penting usaha ke arah itu ada. Selebihnya alasan dan cakap kosong akan menyebabkan kita mewariskan anak-anak pengalaman berhutang yang sama.
http://www.todayifoundout.com/wp-content/uploads/2010/02/gold-dollar-sign.jpg 
Salam sayang,
Kak Aina.

0 comments: