Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

MH370: Takziah kepada keluarga penumpang dan krew

Salam...

Kata Prof. Muhaya, sabar dan redha itu dua perkara berbeza. Orang yang sabar, diluar nampak ok dan tenang tetapi di dalam hatinya menderita. Tapi, orang yang redha, mereka tenang di luar dan di dalam hati.

Beliau memberitahu lagi, setiap ujian yang mendatangi kita jangan tanya 'kenapa?'. Bahkan fikirkan apa hikmah disebalik kejadian sesuatu. Perkataan 'kalau lah....' juga kalau boleh jangan sebut. Ini boleh membuka ruang kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati kita dan membisikkan kata-kata yang negatif.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung beban. Pengumuman KP DCA kelmarin seumpama menguris luka lama, tetapi hikmahnya mungkin memberitahu kepada waris untuk meneruskan hidup. Ini tidak bermakna usaha mencari telah ditamatkan. Teruskan berdoa. ALLAH lebih tahu bila misteri MH370 ini akan dirungkai.

TAKZIAH. Alfatihah buat semua muslim yang terkorban. 

Surat Victor Lopez dari Paris untuk H2O

Telah diterjemahkan:

"Ke hadapan Encik Hishammuddin Hussein, saya berumur 15 tahun dan saya amat mengagumi Malaysia. Saya menulis surat kepada anda untuk menzahirkan kekaguman saya terhadap personaliti anda dan tindakan anda. 



"Saya pasti berasa amat gembira sekiranya anda sudi menurunkan tandatangan anda pada kad kecil yang saya hantar kepada anda. Saya ucapkan terima kasih, 

Yang ikhlas, 
Victor Lopez." 



"Ke hadapan Victor, 
saya harap ini akan sampai kepada anda dengan selamat. Terima kasih kerana menulis kepada saya dari Paris. Ingatan dan kata-kata semangat daripada individu seperti anda memberikan kekuatan kepada saya untuk terus menerajui usaha mencari MH370. 

"Terima kasih sekali lagi kepada anda dan diharapkan anda dapat melawat Malaysia 'Truly Asia' sekiranya ada peluang. Belajar rajin-rajin!," demikian isi kandungan surat itu. 

Tidak cukup dengan kata-kata yang bertaip rapi di dalam surat rasmi itu, Hishammuddin turut menitipkan kata-kata dengan tulisan tangannya iaitu: "Surat anda benar-benar menyentuh hati saya. Akan paparkan dalam Twitter, @HishammuddinH20." 


Sumber

Ya ALLAH, bantulah kami. Kurniakan kami hati yang tabah dan berani untuk menghadapi ujian-MU ini...

Dengan nama ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Alhamdulillah dah siap makan. Air milo campur dengan oat. Sambil-sambil tu mengadap laptop di meja. Berita-berita semasa tentang MH370 saya baca satu persatu. 

Saya sayu melihat gambar ini. Airmata bergenang dan terasa sebak dalam hati. Saya terfikir...

"Makankah mereka bila hati sedang menanggung kesedihan?"


"Makankah mereka bila dunia sedang mengejar mereka?"

"Makankah mereka, bila beban di bahu amat berat dirasakan?"

Saya mendoakan mereka baik-baik sahaja. 

Saya mendoakan agar mereka tabah, sabar dan berani.

Saya mendoakan mereka sehat dan kuat semangat.


Kala dunia sedang memerhati kita, mereka sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua soalan dan tohmahan.

Kala keluarga mangsa bersedih, mereka juga berkongsi kesedihan...

Kala airmata mereka mengalir, kita sama merasai pedih yang sama. Walaupun kita tiada ikatan saudara, kisah sedih ini mengikat kita di dalam emosi yang sama.

Kepada H2O, AJ dan DA...
Rakyat Malaysia bersama anda!

Insha ALLAH, MH370 akan ditemui. Teruskan berdoa. Teruskan bersolat hajat. Teruskan bersatu hati!


Ameen...

Petunjuk baru ditemui. MH370 kah itu??

Hujan rahmat sudah membasahi bumi. Jerebu sudah mulai bersidang dan air mulai memenuhi empang-empang yang kekeringan sebelum ini. Moga dengan rahmat ALLAH berikan ini, akan disertai dengan berita gembira mengenai MH370..

Apapun juga, yang terjadi, sama-sama kita berdoa. Berat mata memandang, berat lagi hati-hati keluarga yang menanggung beban rindu di hati... Moga terus tabah dan cekal. 

 BERITA HARIAN ONLINE

Berdebar menunggu sidang media petang ini...Sekarang semua channel tv tengah cover laporan khas sambil menanti keputusan imej sebenar objek tersebut.

[UPDATED]
Pasukan SAR Malaysia, Australia dan negara lain sedang menuju ke lokasi dilaporkan objek tersebut berada...Pihak Australia sendiri pun belum melihat lagi apakah objek berkenaan. Ia hanya berdasarkan imej yang dicerap oleh satelit di Lautan Hindi.

Sama-sama kita nantikan. Elakkan spekulasi selagi tiada penemuan dan tiada pengesahan dari pihak berkenaan.

"Robbi Yassir wala tua'ssir, Robbi Tammim bilkhoir"