Sambal Hitam memang sedap, tapi...

Salam sejahtera...

Dari Pahang ke Kajang...ke seluruh Malaysia....cepat order...

Sebelum ini Kak Aina ada post tentang Sambal Hitam Pahang. Siapa nak order boleh Whatsapp ke nombor 01111260278. Sambal Hitam ini dibikin oleh Kak Ma (Nurul) yang tinggal di Taman Kantan Permai, Kajang. Bagi yang tinggal di area berdekatan boleh order dan ambil sendiri di rumah beliau atau discuss lah nak penghantaran yang macam mana. 

Sambal Hitam memang best. Tak lama lagi bulan Ramadhan nak tiba, boleh order untuk bekal masa bersahur atau masa berbuka. Bak kata kawan Kak Aina, "kalau aku makan sambal hitam dengan nasi panas, memang tak payah lauk lain dah!"

Kalau korang nak Sambal Hitam yang kurang pedas, lebih pedas, lebih garing atau basah boleh request masa order dibuat dan bincang elok-elok dengan Kak Ma(Nurul). Namun, Sambal Hitam yang basah tidak boleh disimpan terlalu lama dan dikhuatiri berkulat atau cepat rosak. 

Adik Kak Aina pernah makan sambal hitam yang masih elok walaupun telah 2 minggu tersimpan. Ini kerana mak Kak Aina memasak agak garing. Jadi, kalau sesiapa yang membuat pesanan Sambal Hitam yang agak lembab atau basah, kalau boleh jangan disimpan berhari-hari. Kalau nak buat stok, pastikan simpan dalam peti dan panaskan sebelum makan. Ini bagi menjamin kualiti sambal masih elok.

Untuk pengetahuan semua, untuk memasak Sambal Hitam yang sedap ia mengambil masa yang lama. Setiap ikan bilis akan ditumbuk manually di dalam lesung batu bagi menjaga kualiti rasanya. Jika ikan bilis dan bawang dikisar menggunakan pengisar ia menghasilkan rasa yang berlainan. Jika korang memang expert, mesti boleh detect perbezaan keduanya. 


Sambal Hitam juga menggunakan belimbing buluh yang telah direbus dalam tempoh yang lama sampai menjadi kecut dan bertukar warna hitam. Ia boleh disimpan setahun lamanya di luar atau dalam peti sejuk. Oleh itu, jika sambal anda mudah menjadi rosak dan tidak boleh disimpan lama, ia bukanlah disebabkan ia dimasak secara cincai. Selain itu, asingkan sambal yang hendak dimakan dan jangan guna tangan untuk mengambilnya. Bak kata orang Pahang, "jangan diracuk yerrr...".

Nak cuba? Whatsapp/hubungi ke nombor 01111260278. Sekarang musim kita berpuasa sunat atau ganti. Bolehlah try makan Sambal Hitam ni masa bersahur dan berbuka ye :)




0 comments: