Saving untuk anak-anak bermula sekarang!

Dear blog,
Alhamdulillah, aku dah start warm-up menulis semula. Harap kau tak sepi lagi ...

Semalam aku sempat ke Tabung Haji. Biasalah bank, orang ramai sangat. Walaupun dapat nombor giliran tak lah jauh sangat dengan orang yang di depan, tetapi seorang tu je punya urusan lebih setengah jam. 

Ada seorang Cik Kak tu, lawa orangnya. Aku nengok je dari jauh apa di buat kat kaunter. Macam update buku akaun. Staf TH pulak sibuk kira duit dengan mesin. Wow, banyak juga duit singgit-singgit (RM1) dan lepas satu-satu buku dikemaskini di mesin. 

Akhirnya aku dapat giliran untuk berurusan di sebelah kaunter Cik Kak tu. Aku agak dia tengah bank-in duit raya anak-anak kot. Selalunya duit singgit banyak kita dapat dari sampul duit raya sahaja. Kemudian beberapa buku akaun di kaunter, mesti bukan dia seorang sahaja yang punya, kan? Itulah konklusi dari pemerhatian aku - mungkin betul, mungkin silap.

Di dalam entri ini,  'Bayarlah hutang di dunia' aku ada bagitau yang kita sebagai ibu bapa mesti buat saving untuk anak-anak dari sekarang. Mungkin ada yang bagi alasan tak cukup duit nak masuk dalam akaun anak-anak. Bagi saya itu semua alasan sahaja. Yang penting, buka akaun untuk anak setiap sorang 1 buku bank. Ikut sukalah nak bank yang mana satu pun.

Susah ke nak pergi bank atau tak tahu macam mana nak buat buku a.k.a buka akaun bank? Ikut langkah berikut:

  1. Pilih bank anda suka
  2. Pergi ke bank bersama mykad dan mykid/surat beranak. Tak perlu bawa anak sekali masuk bank.
  3. Bertanyalah kepada staf bank di situ
  4. Ikut je procedure/arahan yang diberitahu kepada anda. 

Kalau langkah di atas pun susah nak ikut, isilah borang nak buka akaun bank yang pihak sekolah beri. Mungkin tak semua sekolah ada kempen '1murid 1akaun'. Nilai permulaan serendah rm10 sahaja. Pasti ibu bapa mampu!

Mana nak gagau duit? Duit gaji mak/ayah cukup-cukup makan aje!
Jujurnya, aku dan hubby pun tak masukkan duit ke akaun anak setiap bulan. Tapi, duit raya, duit pemberian orang, duit bantuan kerajaan rm100 seorang semua dimasukkan ke dalam akaun. Senang bukan? Paling tidak setahun sekali takkan tak boleh. 

Galakkan anak-menabung. Buat aje tabung sendiri menggunakan tin atau botol plastik minuman. Zaman aku kecik-kecik buat tabung guna botol bedak. Kalau keluarkan syiling mesti wangi baunya. Heeeee.... Lepas tabung dah penuh, bawa buku bank dan tabung tu ke bank. Biarkan pihak bank kira. Tak payah susah-susah kira sebab di bank ada mesin yang mengira bagi pihak staf. Tak payah syak wasangka yang mereka akan menipu kita.

Ada seorang my fren baru melahirkan anak. Cute dan semangat betul baby dia. Untungnya, baby tu dah didaftarkan untuk menunaikan haji. Haaa, mak cik pun belum daftar haji nak oi...

FYI, nak daftar haji mudah sangat. Syaratnya ialah, ada buku dengan TH dan pastikan akaun terkini berjumlah minima RM1300. Sebab tu aku cakap baby tu murah rezeki. Kata maknya, duit pemberian orang dia bawa ke TH dan buat buku  akaun. Lepas tu, dia terus daftarkan haji untuk baby comel itu.  Bukan baby tu sahaja dapat manfaat, orang yang bersedekah itu juga dapat pahala sebab dek duit sedekah mereka, baby tu dapat daftar haji. Kalau kelak baby dah besar dan berjaya menunaikan haji, dabel pahala lah dapat ke orang yang bersedekah tu. Masyuk dapat saham akhirat!

Kalau nak kira susah, memang susah. Tapi, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Alhamdulillah selepas selesai urusan aku, terus aku daftarkan haji untuk anak-anak dan hubby. Insha ALLAH tahun 2072 giliran menurut sistem komputer.  Itu kata komputer, kita boleh buat rayuan untuk cepatkan tarikh sekiranya dah sampai seru.

Sebar-sebarkan apa yang baik dan boleh memanfaatkan orang lain.

Salam sayang,
Kak Aina.

0 comments: