TAKZIAH blogger Mak Dara a.k.a Adza Irdawati

Salam Sejahtera,
Pagi ini terkejut membaca berita di Sinar Harian, bahawa Martias Ali meninggal dunia. Beliau adalah suami kepada Blogger Mak Dara.

Di sini saya merakam ucapan takziah kepada Adza dan anak-anak serta seluruh keluarga mereka. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan dijanjikan syurga.

Ameen...

Rupanya arwah sudah beberapa minggu dirawat di Hospital Ampang. Hanya saya tak tahu  sebab sudah lama tak follow blog. Moga Adza yang lebih mesra dengan panggilan Mak Dara ini akan sentiasa tabah dan sabar bersama anak-anak dalam menghadapi ujian ALLAH ini.

Berita Sinar Harian Online:
  • Martias AliMartias Ali
 1 / 1 
PENULIS skrip, Martias Mohd Ali, 46, meninggal dunia akibat kanser darah, malam tadi.

Berita itu disampaikan Persatuan Seniman melalui lamn sosial Facebook kira-kira jam 12.30 malam.

"Martias Mohd Ali, penulis skrip dan juga Bendahari Persatuan Creative Content Industry Guild (CCIG) meninggal dunia sebentar tadi akibat kanser darah.

"Kita doakan semoga rohnya tergolong dalam orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," tulis Persatuan Seniman.

Antara skripnya dramanya yang popular ialah Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan, Zaharul VS Zarina, Drama bersiri Idris Beca, Sitkom Suasana, Air Mata Papa, Aidilfitri Dibulan Syaban, Manaf Astro, Nek Nak, Fobia, Merdeka Ajit Merdeka Ajis, Merahnya Biru, Buku Lama Diari Baru dan banyak lagi.

Dramanya yang berjudul Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan berjaya memenangi Anugerah Drama Terbaik Anugerah Seri Angkasa dan juga calon finalis Anugerah Skrin TV3.

Al-fatihah.

0 comments: