Salam sejahtera.
Kalau sudah puas ke spa kecantikkan untuk memanjakan diri, salon rambut dan merias kuku. Apa kata mencuba menenangkan hati dengan Doctor Fish. Masukkan kaki anda ke dalam air dan biarkan para doktor ikan yang comel merawat kaki anda dengan caranya tersendiri. Inilah spa ikan!
Perkhidmatan yang ini terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Suasana di sini agak nyaman dan selesa... Pengunjung dilarang memasukkan tangan untuk menyentuh ikan-ikan yang jinak tersebut.
Terdapat 2 bahagian. Satu kolam dengan ikan bersaiz kecil dan satu kolam lagi ikan bersaiz sederhana. Jangan risau kerana kata Dr.Fish, "I'am actually toothless"
Kolam ini ikan saiz ikan lebih besar.
Bila ditanya kepada seorang pengunjung tentang perasaannya mencuba spa ikan, "seronok dan ada rasa geli-geli bila ikan gigit kat kaki"
Gigit itu sebenarnya ikan sedang menjalankan rawatan dengan memakan sel-sel kulit mati di kaki kita. Haaa, baguskan?
Kalau berminat datang sahaja ke Pasar Seni di tengah ibukota. Bayaran dikenakan semurah 10 ringgit untuk selama 15 minit. Cukup lah 15 minit tu, kalau lebih nanti kecut pulak kaki. Hehehe...
0 comments:
Post a Comment