Jatuh tergolek bagai nangka busuk

Selamat sejahtera atas semua...
 
Semalam telah berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Umpama kata orang selalu, jatuh bagai nangka busuk. Berdempek atas lantai keras. Terduduk elok, tapi berat badan yang sudah masuk kategori obes menyebabkan tarikan graviti lebih kuat. Duniaku fana seketika...
 
Akisah kejadianya selepas keluar bilik air, diri ini sewenangnya berlari ke dapur untuk menutup api dapur yang lupa dikecilkan. Sedangkan di atasnya berada kuali panas yang bersedia untuk menumis bawang untuk memasak kari ayam.
 
Bak kata orang juga, malang tidak berbau. Walaupun dalam berhati-hati, jika takdir sudah tertulis akan terjadi, maka jadilah. Kun fayakun! Selepas tergelincir dek kaki basah dan lantai licin maka bergetar urat kaki, tangan dan tulang belakang. Selamba aje bangun selepas itu tanpa rasa sakit.
 
Kesannya lambat. Pagi tadi bangun tidur dengan rasa urat sudah menegang sana sini...Tadi telefon mak untuk mengadu. "Kalau duduk kampung senang boleh cari tukang urut" kata aku.
 
Emak menyatakkan rasa simpati dan kesiannya. Bahagia sungguh aku ada emak lagi untuk bermanja dan mengadu. Tiba-tiba rindu pada emak. Sangat-sangat rindu... Seronoknya kalau boleh terbang atau mengghaibkan diri sekelip mata dan muncul di rumah mak untuk memeluknya. Sungguh kerdil kita, hanya mampu berangan suatu yang mustahil.
 
Pengajarannya, jangan buat kerja lebih satu kalau anda jenis pelupa dan mudah lalai. Kalau menasihatkan anak kemain lagi anak tekak ni menjerit, "jangan berlari keluar toilet nanti jatuh"..."lap kaki dulu!!!". Bila tiba diri sendiri, lebih teruk dari anak kecil. Huhu...
 
 

1 comments:

nonie said...

Salam kak aina... lama rasanya tak menjenguk ke sini... jatuh ke, sian dia... dah ok kot skrang...