Salam sejahtera...
Semoga sahabat semua sihat dan diberkati Yang Maha Kuasa sentiasa hendaknya. Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengupdetkan diri di laman ini. Keterbatasan masa menghambat saya ketepi dunia blogger untuk seketika. Blog walking juga sudah lama tidak dibuat...
Pilihan raya umum Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya bila bakal berlangsungnya. Namun, pilihan raya universiti sudah pun bermula. Beberapa universiti telah pun selesai mengira undi dan beberapa IPT lagi akan menjalankannya pada minggu depan (selasa, 25 Sept).
Teringat zaman masa belajar dahulu. Macam-macam cerita apabila tiba musim pilihan raya dan gelagat para penyokong serta calon-calon yang bertanding. Syukur, dalam tempoh itu tidak pernah terjadi apa-apa yang buruk dan kontroversi. Saya sempat mengikuti 2 kali pilihan raya semasa di kolej dan 2 kali juga masa di universiti. Semua pilihan raya tersebut saya mengundi. Kononnya malas nak pergi membuang undi tetapi ada rumors yang mengatakan kalau tidak mengundi akan dikenakan tindakan oleh HEP. Pilihanraya pertama kali, masa tu masih junior. Sebab takut, maka pergilah juga... Pilihanraya kali ke-2 masa sudah jadi senior. Masa itu sudah berani 'melawan' dan ramai kengkawan yang tidak pergi mengundi. Alasan, kelas penuh. Malangnya saya, masa dalam perjalanan ke kelas, termakan pujuk pula dengan penyokong parti dan akhirnya pergi jugalah mengundi.
Dalam banyak-banyak pilihanraya, PR di kolej paling happening. Calon-calon siap mencuri masa ketika di bilik kuliah untuk memberikan speech mereka. Adoi, pasang telinga luas-luas! Kemudian masa dekat di asrama, ada penyokong bertindak memadamkan lampu seketika dan bila dihidupkan semula, terdapat kertas-kertas yang terselit di bawah pintu bilik. Gimmick? Itu belum lagi ada yang ketuk pintu dan mohon kita mendengar ceramah mereka. Masa itu memang rasa sangat-sangat 'terganggu', namun bila sudah berada di 'depan' seperti hari ini, saat-saat tersebut menjadi suatu momen yang sangat bermakna untuk dikenangkan...
KAK AINA: Ada kawan yang berkecil hati bila poster gambarnya yang digunakannya untuk promosi akhirnya digunakan oleh kawan yang lain sebagai alas baju di dalam locker. Hahaha...lawak pun ada. Dari dibazirkan, ada lebih faedah ia menjadi alas kan? Lebih baik dari dipijak orang di jalanan...
PETALING JAYA: Pilihan raya kampus yang berlangsung pada Khamis di lima buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kemenangan -- menewaskan Pro M.Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus pada Khamis adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).mStar Online diberitahu, pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kampus ini telah pun dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh Jawatankuasa Pemilih Perwakilan Pelajar.Aspirasi Mahasiswa yang pro-establishment telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).Sementara di UTHM, mStar Online dimaklumkan Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan.UiTM mencatat sejarah sebagai satu-satunya universiti awam di negara ini yang belum pernah menyaksikan kumpulan pro pembangkang mencapai kemenangan.Proses pilihan raya kampus di lima universiti ini yang berlangsung sejak awal pagi ditutup pada jam 4 petang.Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan (25 Sept).Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
0 comments:
Post a Comment