Rayuan Bantuan Perubatan Untuk Adik Muhammad Raiyan Miqael

Salam Ramadhan Almubarak,

Di kesempatan ini, saya ingin memanjangkan usaha ibu bapa kepada adik Muhammad Raiyan Miqael Bin Mohd Ridzuan yang menghidap cerebral palsy sejak lahir. Bantuan perubatan ini bagi menghantar dia menjalani rawatan stem cell di China.

Petikan status fesbuk ibu kepada adik Muhammad
Berikut ialah petikan penuh pada status fesbuk yang ditulis oleh Sofea Pauzi.
Assalamualaikum semua.......

Kepada kengkawan di facebook...saya melampirkan surat ini agar anda semua dapat menyumbang sesuatu bagi meringankan tanggungan kos perubatan anak kami iaitu Muhd Raiyan Miqael Di shanghai, China..... Insyaaalah dengan harapan kami mampu mengumpul wang sebanyak ini dlm masa yg terdekat untuk menyembuhkan penyakit anak kami......Kami juga telah berusaha menghantar surat ini di beberapa Badan Ngo dengan harapan ianya akan mendapat perhatian umum.....

PER : RAYUAN PENUBUHAN TABUNG BANTUAN UNTUK MENAMPUNG KOS PERUBATAN MUHD RAIYAN MIQAEL BIN MUHD RIDZUAN DI SHANGHAI ,CHINA

Merujuk perkara yang tersebut diatas , kami merayu supaya pihak tuan dapat menubuhkan satu tabung bantuan amal bagi mengumpul sejumlah wang untuk kos perubatan anak kami Muhd Raiyan Miqael Bin Muhd Ridzuan di Shanghai , China.
2. Untuk makluman pihak tuan , anak kami menghidapi penyakit Cerebral Palsy : Severe motor impairment with dystonic-spastic quadriplegia sejak lahir lagi. Sehingga kini kami masih belum menemui rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit anak kami. Muhd Raiyan Miqael hanya menjalani rawatan fisioterapi dan bergantung kepada ubat kejang yang dibekalkan oleh pihak hospital.
3. Namun begitu selepas berbincang dengan Dr. Malinee A Thambyayah iaitu doktor pakar nuerologi di Hospital Pantai Bangsar, Kami memutuskan untuk menjalani rawatan stem cell terapi yang dijalankan di Life Stem Cell Centre, Shanghai, China. Rawatan ini adalah satu-satunya alternatif terbaik dan memberi harapan besar agar anak kami pulih dari penyakitnya.
4. Untuk makluman pihak tuan , kos bagi menjalani rawatan stem cell adalah sebanyak USD$30,000 iaitu lebih kurang RM100,000.00 tidak termasuk kos-kos lain. Disini kami lampirkan sesalinan surat dan bukti anggaran kos rawatan yang telah kami terima daripada pihak hospital untuk rujukan pihak tuan.
5. Sungguhpun begitu , kami tidak mampu untuk mengumpul wang sebanyak itu dalam masa terdekat ini iaitu dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat tersebut dikeluarkan kepada kami. Oleh itu, kami amat berharap dengan penglibatan pihak tuan dalam menubuhkan tabung ini , dapat merealisasikan impian kami bagi memulihkan penyakit anak kami.

6. Kami percaya dengan permohonan ini pihak media memainkan peranan penting dalam menyebarkan isu-isu berkaitan dengan kebajikan rakyat 1 Malaysia. Hal ini terbukti dengan adanya individu-individu lain yang telah berjaya dibantu melalui sebaran media.
Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan menimbangkan permohonan ini, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Respon positif daripada pihak tuan sudah pasti akan membawa sinar harapan terhadap rawatan yang bakal dijalankan keatas anak kami.

Sekian.
Yang Benar,

................................................
1. Sofiah Binti Pauzi (Nric: 840717025232)
(Ibu Muhd Raiyan Miqael Bin Muhd Ridzuan)
No. Tel: 010-4010360
2. Muhd Ridzuan Bin Daud (Nric: 811125065887)
( Bapa Muhammad Raiyan Miqael Bin Muhd Ridzuan)
No. Tel: 010-4000360
Muhammad Raiyan semasa lahir
Muhammad ketika berusia setahun

Muhammad dan abahnya. Tahun ini Muhammad 2tahun.
 KAK AINA: Bagi pihak keluarga adik Muhammad, saya dahulukan ucapan terima kasih kepada sesiapa yang sudi share dan forward kisah mereka ini. Untuk pengetahuan adik Muhammad ialah anak kepada adik ipar saya, Ridzuan seorang juruteknik di Kementerian Penerangan cawangan Maran, Pahang. Isterinya Sofea sorang suri rumah. Segala maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi ibu bapa adik Muhammad di talian berikut:
Sofiah Binti Pauzi (Nric: 840717025232)
(Ibu Muhd Raiyan Miqael Bin Muhd Ridzuan)
No. Tel: 010-4010360
  Muhd Ridzuan Bin Daud (Nric: 811125065887)
(Bapa Muhammad Raiyan Miqael Bin Muhd Ridzuan)
No. Tel: 010-4000360
*** Mereka memang tidak menyenaraikan sebarang no akaun. Kepada yang sudi membantu, sila hubungi talian di atas.Boleh bertanya lanjut kepada ibu bapanya.


0 comments: