Ibu jadi hantu

*Salam Sejahtera*

Haih..lama benor akak tak makai mask kat muka ni. Bukan mask = topeng tu, tapi facial mask, iaitu masker untuk kulit muka diserviskan bagi jadi elok sikit.

Alkisahnya, tadi pakai la masker ni....
So, muka jadilah lebeh kurang cam ni rupanya...



Bila anak-anak jantan akak nengok terus jelah menjerit...."Haaaaa...ibu jadi hantu!!!!" jerit Addin. Hero bertiga yang lain pun memaling muka nengok ibu. Semua sekali habis pakat gelak....Haaiiihhh bukan senang nak nampak ibu pakai masker. Last pakai bulan lepas. Sebelum yang sebulan lepas tu, ialah berbulan-bulan sebelumnya...Nasib baru pakai, bolehlah nak gelak sekali dengan anak-anak. Masker bila dah mengering dan menegang, mana boleh gelak. Silap hari bulan bertambah kedut kat muka....:(


Jenis-jenis facial mask:


Ada banyak jenis masker ni. Kalau rajin boleh buat homemade punya. Kalau tak rajin boleh pergi beli kat mana-mana kedai atau pasar raya. Cuma kene hulur duit aje bila nak bawak balik. Tapi mask muka paling bagus ialah guna daun lidah buaya. Tak payah susah-susah nak buat atau beli. Petik aja daunnya sehelai, belah dan ambil lendirnya sapu ke muka. Bila dah kering bilas. Mudah je kan?

Jenis home made ni ada banyak jenis. Ada yang guna madu dan putih telur. Ada gunakan tomato, ada guna timun, dsb. Terpulang kepada mana 1 yang korang rajin nak buat dan barang tu ada dalam rumah saat nak memakainya...

Jadinya bila dah apply kat muka tu, presentation setiap mask berbeda sikitlah kan bergantung kepada jenis masker yang kita gunakan. Ada yang cenggini rupanya...

Jenis peel off. Biasanya jenis gel ini akan membantu tujuan membuang jeragat atau bintik hitam di muka. Selain tu ada juga keperluan untuk membuangkan rerambut pada muka. Huissshh....boleh ke?


Guna lumpur dan bahan semulajadi seperti tanah dll

Jenis firming mask ni lebih kurang macam krim muka atau gel. Bila kering takdelah jenis tegangkan muka kita. Boleh rileks dan tak payah risau nak gelak-gelak ketawa...:D

Radiance mask jenis bertopeng yang mengandungi vitamin untuk kulit dan membantu melembabkan kulit



Hydrating mask ni biasanya dari jenis home made. Contoh macam pic tu guna oats. Ada juga yang menggunakan yogurt atau madu. Biasanya kalau kulit selalu kerap terdedah dengan cuaca sejuk yang menyebabkan kulit kering dan kemerahan. Penggunaan oats dan yogurt akan mengembalikan kelembapan kulit.

Penggunaan facial mask bergantung juga kepada keperluan kulit dan jenis kulit pemakai. Pastikan jenis kulit anda sama ada jenis kering, berminyak, berjerawat atau kulit normal. Keperluan pula sama ada untuk membantu merawat kulit yang bermasalah jerawat, berjeragat, berkedut atau sebagainya. Kalau silap pakai atau tak ikut arahannya juga dikhuatiri kemujaraban dan kesan positifnya tidak diperolehi. Jangan lupa baca arahan dan cara guna. Biasanya mask digesa pakai sama ada 2/3 kali seminggu sahaja. Bukan 3 kali sehari setiap hari....haha macam makan ubat pulak. Mana tau kot nak cepat nampak kesan kan....:P

Mask ni bukan perempuan aja boleh pakai. Semua gender boleh pakai tau...

 
Sehati sejiwa...sama-sama nak cantik kan?

3 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

sy pun dah lama tak pakai mask..
sy suka pakai mask buat sendiri,guna beras dan kunyit / tomato

aamalinaazman said...

waaaa
dh lme nmpaknye sy x bermask
huhuhuhu
aiyoooo
best2
peel off mang best! =]
pakai dgn roomate
hihihi
lawok je

Aina said...

bagusnya awak....rajin buat sendiri:)