Tak jadi Monday blues, enjoy katak lagi

*Salam sejahtera*


Termasuk hari ini sudah 12 hari Almustofa kena chicken pox. Memang suffer lah dia 4 hari yang pertama tu sebab tak tahan gatal merenyam + demam panas. Selepas tu dia dah ok, enjoy dia punya MC dari doktor walapaupun 1 badan penuh bintik dan bintil berair tu. Duk lari-lari dan main dengan adik abangnya macam orang sehat...

Malam tadi plan dengan hubby untuk let go dia sekolah sebab dah lama sangat bercuti. Since muka pun dah nampak macam ok kan...Pagi ni bila fikir-fikir balik cakap mak mertua ai, "nanti cikgu sekolah marah pulak..."kata dia, semasa saya bertanya pendapatnya kelmarin. Kenapa cikgu nak marah pulak? 

Kata orang penyembuhan chicken pox dalam 1-2 minggu, dan oklah tu Almustofa dah pun 12 hari. Akak try gugle internet cari tempoh kuarantin tapi tak jumpa. Kata orang jugak, bila chicken pox tu dah nak hujung hujung ler baru dia menjangkit kat orang..Ye ke? entahlah tak sure jawapan ni sebab lupa nak tanya soalan ni pada doktor hari tu. Cuma pesannya jangan kena hujan.

Akhirnya sendiri fikirkan jawapan......kalau lihat pada muka dan tahap aktif Almustofa memang dah macam orang sihat. Di sebalik itu semua, dia masih menggaru-garu badan bila kegatalan melanda. Ada ketikanya tak tahan sangat sampai merengek-rengek. Jadi, kalau dia buat menggaru-garu di sekolah, apa pula kata cikgu kan...anak belum sembuh sepenuhnya sudah dibenarkan ke sekolah. Hurmm...nampaknya enjoy katak lagilah anakku ye.

Kepada yang tahu, berapa hari lagi agak-agak Almustofa dah boleh ke sekolah? kena tunggu sampai gatal-gatal tu hilang sepenuhnya atau selepas 2-3 hari atau seminggu lagi dah boleh ke sekolah? Please share...

*Ppsstt: Akak, kena chicken pox masa kat kolej dulu. Betul-betul masa sem akhir dan nak buat presentation final project. Lecturer suruh balik kampung dan datang kemudian. Huhu dah ler kolej tu dengan rumah jauh..."jangan datang present nanti jangkit kat saya" kata Puan Fadhilah. Nasib baik, my partner pun kena chicken pox juga. Jadi tak de hard feeling dalam hati masing-masing...

2 comments:

Anonymous said...

emir kena masa kecik, takde lama sangat cuma dia berulang, 2kali rasa dia kena

jadi tina pun tak tau brp lama nak kena kuarantin, ala cukupkan 14 hari okey lah kot

Aina said...

ye ke tina emir kena 2 kali?kesiannya kecik2 kena tak meragam teruk ke?masa ain kena dulu sikit je.tp almustofa ni kena penuh 1 badan..muka tu nasib tak penuh rapat2.tp banyak gak la...