*Salam Sejahtera*
Pagi tadi akak sempat menonton sedikit preview filem Libas di program TV9 Nasi Lemak Kopi O. Hero Malaya, Rosyam dan Bob pelakon filem Libas muncul mempromosikan filem tersebut yang sudah pun ditayangkan dipawagam seluruh negara. Jujurnya, itulah pertama kali menonton trailer Libas. Ermmm...nampak sangat akak ni jarang menonton tv dan tak sempat juga nak membaca preview Libas di Internet.
Di dalam program itu tadi, kemunculan Rosyam dan Bob sambil bermain sepak raga bersama-sama pengacara Fizzo, Wak AG dan sorang lagi tu tak kenal. Lama betul tak menonton Nasi Lemak Kopi O pada hari Ahad sebab selalunya anak-anak monopoli tv menonton kartun.
"kita hendak menggalakkan semua orang untuk bermain takraw" kata Rosyam.
Itulah intipati sebenarnya filem Libas yang mahu mengangkat sukan sepak raga atau nama glemernya sepak takraw. Sepak raga dan takraw sama ke lain?
Menurut ensiklopedia Wiki:
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.[1] Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan.
Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam bulatan.
Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.
Berbalik kepada cerita Libas. Filem yang penuh dengan aksi libasan maut sepak takraw hasil penggunaan efek CGI tu memang menarik dan menghiburkan. Bagi akak yang hanya menonton sekelumit scene dari trailer tak boleh nak merungkai persembahan keseluruhan filem tersebut. Namun dalam hati nampak citer tu ada ala-ala filem Shaolin Soccer yang mengangkat sukan bola sepak.
Kalau sesiapa yang pernah menonton Shaolin Soccer mesti takkan lupakan adegan Stephen Chow Sin Chi menendang bola sikit punya laju dengan efek CGI juga, scene tahan bola dengan perot, watak Zhao Wei main bola sebagai penjaga gol dan lain-lain scene luar dari kebiasaan sukan sebenar. Dalam Libas, Scha juga bermain takraw dan Scha ialah perempuan :D Watak Bob sebagai Kumok juga memiliki skills istimewa iaitu menahan bola takraw dengan perutnya...Ahaks:D
Kalau sesiapa yang pernah menonton Shaolin Soccer mesti takkan lupakan adegan Stephen Chow Sin Chi menendang bola sikit punya laju dengan efek CGI juga, scene tahan bola dengan perot, watak Zhao Wei main bola sebagai penjaga gol dan lain-lain scene luar dari kebiasaan sukan sebenar. Dalam Libas, Scha juga bermain takraw dan Scha ialah perempuan :D Watak Bob sebagai Kumok juga memiliki skills istimewa iaitu menahan bola takraw dengan perutnya...Ahaks:D
Ada sesiapa yang mempunyai detik hati macam akak ni tak?hehe...jangan marah yer. Sekadar pendapat peribadi jer. Jom nonton reramai ok. Hopefully filem ni lagi meletops dari filem Nasi Lemak dan Hantu Bonceng. Insha Allah kan? Janji semua support filem Malaysia.
Zaman muda dulu, akak ni peminat dan penyokong skuad takraw kebangsaan. Masih ingat lagi nama-nama Rehan Mat Din, Nordin Sabaruddin dan Abdul Malek Shamsuddin. Mereka tekong dan killer dari Malaysia yang pernah menjinakkan Thailand, musuh tradisi kita! Lately, sukan takraw memang sudah jauh ketinggalan di hati rakyat Malaysia. Hopefully, filem Libas berjaya dengan misinya! Tak lama lagi SEA Games-26 dah nak berlangsung di Indonesia pada 11-25 Nov. Hopefully juga, pasukan takraw kita dapat memberi kejutan membanggakan sebagaimana sahabat seperjuangan, Harimau Malaya!
2 comments:
sy lebih minat bola sepak bbanding sepak takraw..
eh, filem nie ade rosyam nor...? wah, mesti kena tgok nie..hehe..
haih
x dpt tgk lagi
bile nk tgk ni =.=
Post a Comment