Hampir seminggu ikan sungai yang mak bawa tersimpan di dalam peti. Dalam kemalasan nak masak beriya-iya, aku keluarkan ikan-ikan tu dari peti. Teringat petang ni Aini nak datang tidur di rumah. Apa lagi ramai sikit geng yang boleh tolong perabihkan ikan tu. Bukan apa, ikan sungai ni banyak tulang. Kalau silap makan bulih tercekik tulangnya.
Inilah ikan sungai yang mak bagi. Aku pun tak kenal. Nasib mak cakap namanya lampam. Tapi pic kat atas aku gugel kat web.
Haritu Cah cakap sedap kalau masak gulai tempoyak. Memandangkan patin dah ada dalam stok untuk masak tempoyak, aku tukar lah plan nak masak dengan taucu. Dalam perjalanan menyiapkan bahan-bahan teringat lah pulak asam pedas Papa aka FIL Mamat, ayah si Lily dari Muar. Pergh..Pak Cik ni, memang pandai masak. Kebetulan masa Mamat balik Muar, Lily bekalkan asam pedas untuk dimakan dalam perjalanan. Tapi, sebab dia singgah rumah aku, bekal tersebut dimakan beramai-ramai lah tengah hari tu.
Bahan dah ada+teringat kat asam pedas papa, aku gabungkan bahan-bahan je! Hehe masuk bakul angkat sendiri hari ni..."memang best!" hehe aku puji diri sendiri depan Cah. Kalau sesiapa biasa dengan asam rom aka buah perah buah getah, guna taucu dalam gulai 50% seakan-akan sama rupenyer...tapi sebelum masuk dalam gulai, jangan lupa tenyeh dulu taucu tu dalam lesung batu.
Bagi sesiapa nak try buat, ini resepinya:
Bahan:minyak masakcili kering kisar/ cili bohbawang (putih+merah) blenderlengkuas (ketuk atau hiris)kunyit hidup/serbuk(option)daun kesum, daun kunyit (option)taucu hancurasam jawaikan sungaigula, garamCara:
- panaskan kuali, tumis bawang
- masukkan lada, kunyit, asam jawa
- masuk taucu, lengkuas dan air
- masuk ikan
- masuk daun-daun
- rasa cukup masam, masin, manis angkat
Siap untuk dihidang! Sama macam masak asam pedas, bezanya masukkan taucu. Untuk versi tanpa minyak, berikut resepi gulai masam taucu:
Bahan:lada kecik (wajib)taucuasam kepinggaram, guladaun kunyitkunyit hidupcara:
- jerang air, masuk lada, kunyit dengan taucu hancur (ikut suka nak hancur/tak)
- masukkan ikan dengan asam keping
- masuk daun kunyit
- garam dan gula secukup rasa
Siap! yang ni lebih kurang gulai masam tempoyak, bezanya letak taucu dan asam keping. Selamat mencuba ye...kalau orang belah Pahang biasalah kut dengan masakan ni:)
Kat atas ni gambar gulai asam rom. Tapi gulai asam pedas taucu yang aku masak tadi lebih kurang cam ni gak ler rupanya. Pic kredit untuk Forum Komuniti Pahang.
0 comments:
Post a Comment