BoBoiBoy

Alkisahnya bermula, pada suatu hari,

Luqman: Bila nak Mac ibu?

Ibu: Selasa depan. hari Isnin Februari lagi..

Luqman: OOOOoo ye ke ibu

Almustofa: Alaa...lambatnya 13 Mac..

Ibu: Ada apa 13 Mac? (cuti sekolah la ni...mesti ingat nak balik kampung tu)

Almustofa: Ada BoboiBoy....

Luqman: Ye ibu ada BoBoiBoy

Ibu: (ceh kartun rupenya. pasal kartun semua tahu)

Hahahaha nasib baik ibu ada nampak promo kat tv3. Faham jugalah apa yang budak-budak ni maksudkan. Ermmmm...Info lanjut kat sini>>>

Dapat ke agaknya siri ni menyaingi Upin Ipin yang dah melekat di hati semua orang terlebih dahulu? Harap-harap yaa...Jujur, jauh kat dalam hati cakap ia sangat susah! Team ni kena kerja kuat 200% sebab fenomena Upin dan Ipin tu bukan setakat kat Malaysia, jiran kat seberang nun ramai yang minat Upin Ipin! Lagi, timing siaran aku tak berapa suka - 7pm setiap Ahad TV3. Kalau buat awal lagi kan bagus...:)

Apapun Malaysia boleh! Go go go BoBoiBoy...

2 comments:

Anonymous said...

betul tu...kita pon tak dapat jangka apa akan berlaku..fenomena upin dan ipin berlaku kerana beberapa faktor...adakah jalan cerita yang mendidik?? cerita yang menarik?? watak upin dan ipin itu sendiri yang comel?? susah kita nak jangka adakah cerita BoBoiBoy ini akan mendapat sambutan ataupun tidak..tapi apa yang aku tahu...pereka boboiboy ini..dari kalangan pencipta sebenar upinipin...adakah akan berlaku gelombang yang baru??? mungkin kita kena tunggu cerita tu keluar di tv...

Aina said...

cerita upin ipin sagt dekat dengan hati.banyak mesej dan pengajaran dalam cerita.ada unsur mencuit hati bukan hanya di kalangan anak-anak tp juga di kalangan dewasa.

anak-anak x sabar nak tunggu boboiboy kat tv.for the time being siri upin ipin yg diulang2 kat tv9 masih tak jemu2 diorang follow