"Tolonglah saya..." dan airmata pun bercucuran

Bukan cerita sedih, malah menjadi kelakar pula. Ada simpati dalam hati, tetapi penyampaian tak kena tempat tu saya merasa sia-sia airmata yang tumpah.
kalau comel cam ni menangis..huhu tak macho ler

Alkisah menonton program realiti tv. Sangat ramai nak jadi artis popular! Jadi, masing-masing sanggup datang dari jauh, meredah kesusahan dan membawa 1001 harapan di bahu untuk MENGUBAH hidup, nasib dan memBUKTIkan mereka boleh berjaya sebagai artis. Mungkin diorang fikir keje ni boleh bagi banyak duit kut?
"saya dapat 1 juta"

Alkisah di negara orang sana, kisah penderitaan hidup sebagai pencuci tandas, ibu tunggal, orang melarat dll turut menjadi rencah dalam program popular itu. Ada juga budak kampung yang jaga lembu (cowboy), dj radio, budak sekolah, amah, pelayan bar dan badut yang mencuba nasib. Serius atau sekadar suka-suka masing-masing menebalkan muka untuk masuk tv dan berjumpa juri yang juga artis faveret mereka. Sama juga halnya di tempat kita.
single mother

Di sana atau di sini, yang pergi ujibakat ini kebanyakkan overconfident dengan kemampuan diri. Kalau pitching lari kira ok lagi. Tapi, kalau sumbang terus suatu yang memalukan kalau masih nak ke depan. Bila kena gelak atau laser mulalah menangis, mencarut dan marah-marah. Emmm....Salah juri jugak ke?Kemudian siap merayu dan menangis. Itu yang keluar ayat "tolonglah saya ingin mengubah nasib keluarga saya" "tolonglah bagi peluang pada saya.."saya nak buktikan ..." dll Airmata menjadi sangat murah ketika itu. Seluruh negara juga menonton dan mungkin diulang-ulang dikaca tv dan di laman web.

Serius ke main-main??

Jadi artis bukan senang. Kena ada aura, nasib dan bakat semula jadi. Di sebalik semua itu, kena penyabar dan kental menghadapi cabaran. Kalau sikit 'kena' dah menangis, nanti dah jadi artis susahlah nak survive. Takkan habis program terus berkubur kan? Album pulak tak sempat nak keluar dah menghilang.... Oklah maaf sebab saya mengkritik sedangkan tak ada tauliah. Cuma saya pelik banyak dengan sikap orang kita. Bagus sangat ke jadi artis? Alhamdulillah bagi yang ada TUAH sebagai artis yang berjaya. Tapi bukan senang dan bukan semua bertuah.
Salah sorang yang ada 'tuah'

Dunia ni luas dan rezeki itu ada di mana-mana. Ada juga program di mana yang lebih-lebih ialah mak bapak. Aduhai, si anaknya baru sekolah rendah, sibuk nak jadi artis juga! Macam wujud unsur eksploitasi tapi bagi yang menyerlah dan berbakat besar itu baguslah. Tak salah maju ke depan, cuma kalau dah tau kemampuan setakat suam-suam kuku jer, janganlah malukan diri sendiri.
Cute, berbakat dan best. Mak cik suka..:)

Tak menang tapi popular...

Berbanding kat negara orang tu, muka lawa bukan tiket untuk jadi juara. Sejarah menunjukkan si montel, si hitam dan si lawak pun boleh berjaya. Apatah lagi yang punya pakej sebagai penghibur. Tak tahulah mana silapnya, sama ada masyarakat kita ini kolot atau menilai luaran itu lebih penting dari bakat sebaliknya. Bila difikir balik, tak juga. Di negara kita ada juga si montel, si hitam dan si lawak yang berjaya. Mungkin nasib tak menyebelahi kot....Sabar jelah!

Suara dia power!

Maaf sebab menulis tentang ini. Sekadar pendapat peribadi saya sahaja. Sekarang ni program-program realiti tv sudah memulakan musim baru. Ada yang baru habis sesi pemilihan, jadi itu yang teruja saya menulis mengenainya. Saya bukanlah pengikut setia, tetapi teruja juga melihat sesi uji bakat yang menarik dan penuh air mata suka duka. Selepas ini mungkin saya hanya akan menonton episod akhir atau tunggu tahun depan punya sesi baru pula.

Komentar Gayah Gebus

0 comments: