Anak galak, ibu tak menggalak

Tahun ni Luqman dah 8 tahun dan Almustofa 6 tahun. Banding keduanya, nampak Almustofa matured sikit sebagai abang. Kalau tengok fizikal pun ada yang cakap Almustofa tu abang dan Luqman adik...

Diorang sekarang tengah 'galak' nak tolong ibu buat kerja rumah. Alhamdulillah memang ibu suka sesangat. Ada orang, walaupun anak semua hero tetapi semuanya pandai buat kerja perempuan. Memasak, basuh-basuh, menyapu, dan paling best menjahit. Kalau tak masakan ramai chef terkemuka dan fashion designer semuanya lelaki kan...

Cuma ibu je tak menggalakkan. Kalau basuh pinggan - air tempias ke lantai. Kalau basuh baju - lama duk di bilik air, kalau menyapu sampah - habis penyapu jadi pedang samurai. Alahai, dari sikit kerja ibu nanti jadi banyak kerja pula. Sorry ye anak-anak belum tiba masanya untuk korang buat semua kerja-kerja ibu tu....

Almustofa juga dah pandai mandikan adik dia. Bukan Alfatih tapi Salahuddin. Kekadang Addin tu sibuk panggilkan abangnya supaya mandikan dia. Apalagi, abangpun masuk bilik air mandikan adik, sabunkan badannya, lepas siap dia ambilkan tuala lap badan dan akhirnya pakaikan baju. Kalau terlebih rajin dia akan tolong bedak, minyak rambut dan sembur perfume pada Addin.

Tapi, jarang sekali Almustofa terlebih rajin macam tu. Kekadang mereka mandi manda berdua sambil 'buat kerja' dalam blik air. Sudahnya, membasuh baju dan bermain air sampai banjir kat luar pintu. Akhirnya ibu akan hanginnnn 1001 macam. Alahaiiii anak....Terbaru Almustofa tolong ibu basuh b*nt*t Addin lepas siap 'melepas'. Ayyoyo..terkesima kejap. Lepas dia explain aku rasa mcam boleh terima ja.....Tak sangka betul!

Faktor umur, soal kebersihan dan tak mahu menambah beban kerja menyebabkan ibu tak menggalakkan anak-anak membantu. Tunggu besar sikit je lagi ye, sikittt je lagi hero-hero semua ni boleh diharaplah, harapannya... Bukanlah nak suruh jadi macam chef Wan ke.. Rizalman ke..dll. Asal ringan sikit kerja ibu kat rumah ni pun jadilah. Lagi, kalau dah kawin esok bertuahlah menantu-menantu aku sebab ada laki yang boleh diharap. Dop gitu? Hehehe....

2 comments:

~ShErA~ said...

kak..booking sorang nk buat menantu...

Aina said...

shera,

bulih jaa..hang nak yg mana 1?

heheh:))