Saya suka ungkapan di atas. Sebagai manusia sahajapun kita tak boleh menjadi 100% sempurna. Sebab itu kita hidup di dunia ini bukan bersendirian, berdua atau hanya sekeluarga sahaja. Allah jadikan manusia bertebaran di seluruh pelusuk dunia dengan macam-macam warna, rupa, bahasa dan bangsa mereka. Kemudian, dicipta pula seisi alam ini dengan langit yang terbentang luas dan lautan biru yang indah serta hutan hijau yang menakjubkan. Ada binatang, tumbuhan, siang dan malam, bulan dan matahari, dan macam-macam lagi...Saling membantu dan melengkapi keperluan satu sama lain.
Setiap kita mahu menjadi manusia yang terbaik dan cemerlang. Melakukan kesilapan dan dosa adalah tabiat biasa manusia. Sebagai Muslim, penting untuk kita bertaubat dan berubah menjadi lebih baik serta jangan mengulagi kesalahan tersebut lagi. Bukan setakat berniat atau merancang tapi berusaha dan berusaha hingga ke hujung nyawa. Menghadiri majlis ilmu, berkawan dengan orang yang berilmu dan banyak membaca akan membantu menaiktaraf kualiti diri kita sendiri. Jika kita tak pandai, maka diri kita akan dibimbing ke arah yang betul. Dalam proses ini, buang ego dan ketepikan perasaan malu kita.
Kekadang dalam berusaha kita sering kali juga gagal untuk berubah dan mencapai kejayaan. tanpa menunding jari kepada orang lain atau kelemahan yang wujud di sekeliling kita, pertama sekali cerminlah diri sendiri dan buatlah penilaian.
Syaitan sudah berjanji akan menyesatkan manusia. Itulah cabaran kepada orang Islam yang berhajat miliki syurga di akhirat kelak. Tiada jaminan bahawa jika kita seorang Islam dan mengaku Allah sebagai satu-satunya Tuhan dan Muhammad SAW sebagai Rasullullah (utusan Allah) kita tidak akan masuk neraka. Hidup di dunia yang penuh nikmat, keseronokan dan kemewahan selalu menjadikan manusia lalai dan lupa dengan janji-janji Allah untuk memberikan syurga dan neraka. Apatah lagi jika hidup dalam kemiskinan, menderita dan berpenyakit. Seharusnya dalam keadaan ini kita akan semakin patuh kepada perintah-perintah Allah dan semakin rapat pula kita dengan-NYA..
Ya, musuh utama kita adalah diri kita sendiri. Kenapa? Dalam diri manusia ada nafsu yang akan mendorong ke arah kebaikan atau melakukan maksiat (dosa). Akal akan memimpin nafsu untuk berfikir mana satu baik dan salah supaya hasilnya ialah perbuatan baik yang memberikan pahala atau perbuatan maksiat yang menambah berat pada timbangan dosa. Namun bukan senang melawan nafsu kerana ia sentiasa mendorong kita untuk tunduk padanya...
Hatilah paling kasihan! Bila mana nafsu menguasai diri, hatilah tempat pertama akan merasa kesannya. Sedih, gembira, marah (sakit hati), cemburu, hasad dll menandakan yang sang hati berada di dalam kegelapan. Hidup berasa tidak tenang dan kebahagiaan tidak dirasai. Seseorang akan mudah marah, cenderung mendapat kemurungan dan terlibat gejala sosial.
Andai 5 perkara ini diamalkan Insha Allah akan tunduklah nafsu dan mudah melakukan perkara yang wajib dan sunnah dan meninggalkan yang dilarang.
"Hati yang paling indah" tulisan Noraslina Jusin aka Mrs UZAR. Baca tau!
0 comments:
Post a Comment