Alkisah bermula aku beli Yong Tau Fu kat pasar malam 3 bulan lepas sampai puluhan ringgit. Ingatkan sikit,takut juga kalau tak cukup nanti. Lalu aku pilih, dan pilih dan pilih.....bila nak bayar, huhuhu....amik kau!! Dah sampai rumah, makan dan makan dan makan sampai tak terhabis. Simpan untuk makan pagi esoknya...Sejak itu, bila beli mesti aku kurangkan pilihan. Ambil mana yang disukai dan harga? Biasalah mana ada murah sekarang. 1 barang pun paling murah 40 sen. Kebiasaannya 50 sen ke atas. Oleh itu jarang sangatlah nak bayar harga bawah RM10. Memandangkan kebelakangan ini selalu membeli kerana telah menjadi kegemaran seisi keluarga. Aku bagitahu Hubby, nampak gayanya aku kena belajar cara nak buat Yong Tau Fu. Dia menggalakkan. Bila agaknya nak mulakan belajarnya tu??? Sebagai permulaan, aku gugel dulu resepi dan simpan kat blog. Tapi mana satu idaman hati??? Macam nak pilih barang pulak kan.
Sos Hitam
Bahan-bahan:
200 g taucu hitam (dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
2. Masukkan air, kacau seketika & biarkan mendidih
3. Masukkan kicap dan kacau
4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi.
Sos Pedas
Bahan-bahan:
20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
1 cawan air
2 sudu makan bijan
2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
garam, gula & cuka secukup rasa
2 sudu makan sos plum
Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.
Sup Yong Tau Foo
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 kiub ayam
Bebola/fishcake (bahan-bahan yong tau foo)
Garam & gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Didihkan air.
2. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut.
3. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul.
4. Keluarkan bebola/fishcake.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa.
Resepi 2 -
Bahan-bahan ( sekeluarga (5,6 org) )
10 tangkai cili kering (yg kerinting tau kalau yg lurus berkilat tu pedas sgt)
gula kabung 3 keping (ketuk bg hancur skit supaya senang larut)
5cm belacan bakar
800ml air
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 100ml air)
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar otak udang
3 sudu besar sos cili
garam, gula, ajinomoto secukup rasa
kacang tanah yg digoreng dan dikisar kasar untuk hiasan
Cara-cara:
- goreng cili dgn minyak hingga garing
- kisar belacan dan cili goreng tadi dengan separuh air sejuk
- renih gula kabung dgn baki lagi separuh air tadi hingga gula larut dan masukkan cili kisar biar mendidih
- masukkan kicap, sos cili dan otak udang biar mendidih sebentar kemudian masukkan gula,garam dan ajinomoto mengikut rasa anda
- setelah puas hati dengan garam gulanya bolehlah masukkan bancuhan tepung tadi untuk memekatkan kuah dan kacau
- siap untuk dimakan dan taburkan kacang tanah sewaktu menghidang
#kredit - paschabau.net & myresepi.com
0 comments:
Post a Comment