Dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak, ibulah paling sibuk sekali! Hubby dah berpesan awal, supaya membeli mengikut citarasa anak-anak tetapi biarlah berpatutan. Baju dan kasut tiada masalah, cuma beg sekolah dan alat tulis Luqman sudah pandai memilih! Teringat seorang sahabat mengeluh anaknya mahukan beg barbie yang berharga hampir seratus ringgit Malaysia. Begitu hal dengan anak sulung saya itu! Nak beg Ben10 yang harganya buat saya terpaku seketika. Duit ada, tetapi pada hemat ibu beg lamanya macam boleh dipakai lagi! Cuma, terdapat sedikit koyak hasil heretan lantai dan guntingan, dan bagi setengah orang memang patut beli baru je!
Memandangkan prestasi baik pada peperiksaan akhir tahun 1 yang lalu, saya berjanji untuk belikannya beg baru sebagai hadiah dan galakan untuk berusaha lebih tekun pada masa akan datang. Memandangkan harga mahal di shopping mall, ibu berjanji untuk mencari beg Ben10 di tempat yang lain yang harganya lebih murah sedikit. Nasib Luqman tidak kesah. Dia cakap ok, dan mengajak saya pergi bermain di bahagian permainan. Bagi Almustofa, saya belikan beg baru gambar Spidey. Nasib hero seorang ini tidak cerewet. Tunjuk aje, terus setuju! Cepat-cepat saya membayar harganya sebelum dia berubah fikiran. Hik hik...:D
Di hari yang lain, pencarian beg Ben10 diteruskan di 'syurga' membeli belah Kuala Lumpur. Hehe di manakah letaknya yaa?? (cuba teka sendiri). Berjalan sendirian pada hari yang sibuk dengan orang ramai, melilau saya mencari sambil 'cuci mata' dengan pelbagai jenis barangan kesukaan kaum wanita! Hehe nasiblah bajet yang ada untuk anak-anak sahaja. Malangnya tiada beg Ben10 ori di sana. Akhirnya di sebuah pasar raya borong di tengah bandar itu, bertemu juga beg yang sesuai dan cantik rupanya(swan), tetapi jenis Space Hero dan Teen Titans (ori kot, sebab harganya murah sikit je dari Ben10). Harga berpatutan, tetapi mana satu agaknya yang Luqman suka yaa?? Saya mendial nombor rumah dan bercakap dengan Luqman. Saya terangkan padanya bahawa beg Ben10 tiada dan yang ada hanya 2 pilihan tersebut! Alhamdulillah dia menjawab, " Aman tak kisah warna apa pun. Aman nak Teen Titans, tak nak Space Hero...". Apalagi terus capai dan bayar! Tidak dilupakan Salahuddin! Walaupun dia belum bersekolah tahun ini, saya belikan beg paling murah untuknya. Haha...beg Ben10 berharga RM10. Kecil aje, sesuai untuknya lah. Kalau Luqman nak sekalipun, mana muat nak isi buku-buku sekolahnya yang banyak tu...
Balik rumah, Luqman teruja melihat beg barunya. Saya juga teruja, terus mengemas alat tulis dan di simpan di dalam beg masing-masing. Semua demi anak-anak. Tahun baru, persekolah sesi baru, harap mereka berusaha lebih gigih tahun ini demi peningkatan prestasi pelajaran masing-masing. Cabaran menantiku untuk mengajar Salahuddin yang saya rasa jauh ketinggalan berbanding abang-abangnya. Harap-harap sebelum masuk ke tadika tahun depan dia sudah boleh menguasai beberapa perkara bukan setakat tahu menyebut abjad dan mengira dimulut sahaja. Insha Allah. Moga Allah permudahkan urusan dan memberi padanya kebaikan dunia akhirat.
*Tidak salah bagi ibubapa menurut setiap kehendak anak-anak. Lebih-lebih lagi pada barang keperluan. Namun setiap anak juga harus diingatkan supaya menjaga barang tersebut dengan elok dan beritahu supaya bersyukur dengan nikmat yang diperolehi. Tidak semua orang berpeluang menukar keperluan baharu pada setiap tahun. Melibatkan anak-anak dalam membuat keputusan juga menunjukkan kita menghormati mereka dan menghargai mereka. Memberi ganjaran dapat menggalakkan mereka berusaha lebih gigih dan bersaing sesama sendiri atau di kalangan kawan-kawanya..
0 comments:
Post a Comment