Hari Isnin 3hb Januari 2011 akhirnya tiba! Berdebar-debar menanti sesuatu yang bakal terjadi hari ini. Harapanku semoga segalanya berjalan dengan lancar dan ujian 3bulan ini akan berakhir. Anak-anak juga kembali ke sekolah hari ini. Luqman di tahun 2 dan Almustofa di tadika (6tahun).
Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Melihat dan Mendengar! Bantulah aku dan suami yang kucintai. Engkau kuatkan semangat kami. Juga, teguhkan kesabaran kami! Permudahkan urusan kami. Amin
0 comments:
Post a Comment