Jem atau jam? Bukan jem makan atau jam dinding yaaa...itu jalan yang jem lah!!! Bagi kita yang duduk KL, situasi begini seakan sudah biasa dilalui. Pada waktu prime time, masa nak ke ofis di waktu pagi dan balik kerja di waktu petang pastinya keadaan yang tidak dapat dielakkan. Jika
keadaan jadi sebaliknya, ia memang bagaikan sesuatu yang luar biasa atau ajaiblah! Namun, itu mungkin hanya di kala cuti panjang dan ramai balik kampung. Waktu hujan lebat dan banjir, keadaan jem paling teruk akan terjadi. Pernah sekali perjalanan 30 minit aku menjadi 3 jam.
keadaan jadi sebaliknya, ia memang bagaikan sesuatu yang luar biasa atau ajaiblah! Namun, itu mungkin hanya di kala cuti panjang dan ramai balik kampung. Waktu hujan lebat dan banjir, keadaan jem paling teruk akan terjadi. Pernah sekali perjalanan 30 minit aku menjadi 3 jam.
Biasa, tapi amat menekan jiwa raga dan menaikkan kemarahan bila terperangkap dalam jem dalam tempoh yang lama. Nak kata keluar lambat, rasanya dah cukup awal keluar rumah untuk mengelak bertembung dengan orang lain. Rupa-rupanya orang lain pun berfikiran sama juga. Kalau keluar lewat, lagi lah teruk padahnya. Merah punch card!
Pagi ni, pukul 7-8 jem memang biasa jem. Tapi, ini sudah masuk pukul 10. Apa hal pulak jem? Jalan pun ditutup?? Alahai kena konar ikut jalan lain pulak. Geram. Sebuah ambulans lalu dan membunyikan sirennya. Beberapa kereta memberikan laluan. Nampaknya hari ini para pemandu agak berhemah. Tiada yang mengambil kesempatan mengekori di belakang ambulans tersebut. Beberapa orang polis menjaga di lorong susur keluar. Teruk sangat jem hari ini. Teruk jugakah kemalangan yang mungkin telah terjadi??
Sebuah helikopter muncul! Hati aku bertambah tidak keruan. Jika betullah ada kemalangan, semoga mereka yang terlibat akan selamat semuanya. Ngeri memikirkan. Sejak dua menjak ni, aku memang makin fobia dengan kemalangan maut. Masa berlalu. Masih jem. Semua kereta bergerak perlahan. Kalau berlumba dengan kura-kura, pemenangnya masih tak dapat ditentukan kerana garisan penamat masih terlalu jauh. Aduh tension agaknya semua orang!
Tut tut tut...Muncul satu demi satu polis bermotor. Beberapa buah kenderaan membawa basikal pecut juga kelihatan. Diekori akhirnya dari belakang pasukan berbasikal menuju Jalan Ampang. Owwwhhhh...rupa-rupanya LTDL (Le Tour de Langkawi)!!! hahahaha sakan aku berfikir dan tidak keruan. Akhirnya terjawab segala persoalan. Selepas beberapa minit, kereta mula bergerak lancar, tetapi jalan di MRR2 masih di tutup. Alahai....lambatnya buka jalan! Kalau masuk susur keluar, jauh pula nak kena pusing.
Penat aku menunggu! Akhirnya jalan dibuka dan semua kereta bebas bergerak kembali. Lega hatiku, walaupun sekadar menjadi penonton dari tingkap rumah aku di tingkat 10 yang mengadap lebuhraya MRR2 DUKE ...hihihi sangat happening walaupun tengok dari jauh!
0 comments:
Post a Comment