Akhirnya...

Alhamdulillah selepas beberapa lama mengidam nak masak Yong Tau Foo (home made) akhirnya berjaya! Biasalah, percubaan pertama mana boleh perfect. Tapi, bila melihat masing-masing makan bertambah (mungkin sebab lapar kot) dalam hati, terasa kepuasannya. Lama juga aku ambil masa nak pusing-pusing dalam Giant mencari bahan-bahan. Banyak yang tak ada. Jadi aku cekau jelah mana yang ada. Nak puaskan hati sampai petang pun takkan dapat!

Maaflah tiada gambar nak dikongsikan kerana kamera Olympus kesayangan rosak. Apapun bolehah anda mencuba mengikut resepi dalam entri sebelum ini kerana ia memang sedap. Terpulang kepada tekak masing-masing. Air tangan setiap orang berbeza walaupun main campak bahan-bahan yang sama ke dalam periuk. Nak sedap macam kat pasar malam tu, nampaknya kita kena mintak 'air tangan' brader yang jual tu baru sedap kot. Hehe...Ada berani???

0 comments: