Kebelakangan ini aku terlebih sibuk. Lebih sibuk dari biasa. Banyak betul kerja perlu diuruskan dan nasib baik ada adik aku, Cah yang banyak membantu. Aku cakap padanya, "hutang budi dibawa mati ye..". Dia buat mimik muka faham. Sudah sebulan lebih dia berhenti kerja. Tak lama lagi nak kembali dengan rutin sebelumnya. Semoga dia berjaya.....
Mungkin kerana banyak urusan terpaksa aku buat sendiri. Ke hulu dan ke hilir tapi tak kurus-kurus juga badan ni...keluh aku pada Hubby. Dia diam. Manakan tidak, makan juga tak berhenti. Mulut asyik nak mengunyah sahaja. Namun, apa yang penting ialah, hati gembira dan hidup pun bahagia. Aku bagitahu Hubby lagi, kalau hati 'bunga-bunga', badan takkan berasa penat. Tetapi kalau hati itu sendiri yang penat (susah hati) memang semua kerja takkan menjadi lancar.
Tertengok program 'Tanyalah Ustazah' di kaca Tv9. Ustazah beritahu, lagi besar ujian yang kita terima, lagi besarlah pahala yang akan kita perolehi. Namun, bukan senang nak mencapainya. Bukan semudah yang diucapkan dimulut....
0 comments:
Post a Comment