Tatkala mengingat saat-saat melahirkan anak, kadang-kadang terfikir juga perkara-perkara negatif dan menakutkan. Alangkah agungnya kekuasaan Ilahi, manusia boleh keluar dari rahim perempuan sekelip mata setelah mengandung 9 bulan. Aduhai besarnya jasa ibu kita yang telah melalui kesukaran sepanjang 9 bulan dan kesakitan sehingga kita lahir ke dunia hari ini. Begitu juga jasa ayah yang membesarkan kita dengan kasih sayang dan penuh tanggungjawab. Moga Allah membalas jasa dan pengorbanan mak dan abah dengan ganjaran berlipat ganda di akhirat sana nanti...amin.
Memasuki bulan ketujuh ini juga, kaki aku mula nak membengkak. Kadang-kadang selalu krem waktu malam atau menjelang pagi. Adoi...kalau dulu boleh juga dibuat dek dia ok sendiri tapi sekarang kena sapu minyak panas baru elok. Jadi, sebelum tidur aku akan pastikan kaki disapu minyak panas dan botol minyak diletakkan di sebelah bantal supaya mudah diambil bila diperlukan. Aku cuba cari di Internet cara-cara untuk mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Berikut antara tips yang diberikan:
Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara berikut :
- Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
- Minum air secukupnya setiap hari
- Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
- Pakai seluar panjang sewaktu tidur
Bagi cara pencegahan pula :
- Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
- Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
- Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.
1. Elakkan dari berdiri terlalu lama
2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.
4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki
5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.
7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food
Kesemua tips bersumber dari :http://www.bengkungmoden.com/blog/Merancang persiapan kelahiran, aku rasa tak lama lagi bolehlah mula membeli belah keperluan baby dan sekaligus untuk hari raya. Alamak, kenalah aku sediakan checklist barang yang diperlukan sahaja. Untungnya adik, baju abang-abang masih elok dan agak banyak juga. Jadi tidak perlu membeli banyak sangat, tetapi jangan pula sampai tidak membeli langsung. Kesian dia, dia pun nak melawa juga dengan baju baru kan...hehe pandai lah aku!!
Selain keperluan anak, keperluan untuk diri sendiri yang aku terfikir sekarang ialah barut dan supplement semasa berpantang. Kalau ikut pengalaman terdahulu aku menggunakan barut yang tak cukup kain tu amatlah tidak selesa. Tapi, hanya itu yang ada, pakai juga lah. Bab ubat-ubatan pula, aku memang culas makan ubat. Kalau masa berpantang anak sulung aku mendapat 4 botol ubat dari MIL. Masa anak ke3 dia bagi makan 2 botol sahaja sebab dia tahu aku memang malas nak makan. Apatah lagi bab berpantang makan aku tak berapa ikut sangat. Mentang-mentang doktor cakap semua boleh makan, semua benda aku tibai walaupun sedikit. Berbanding emak, abah lah manusia paling kuat berleter bila aku melanggar pantang. Mungkin disebabkan itu lah agaknya aku banyak angin dalam badan dan selalu istihadah setiap kali period.
Sekarang aku dah berniat, kali ini aku nak berpantang secara telus dan kalau bleh nak mendapat kembali berat badan ideal...waaaahhhhh angan-angan memang tinggi neh! so, apa ya produk paling elok untuk aku amalkan? Sebenarnya dah survey dan gugel. Aku rasa semuanya bergantung kepada keserasian dan paling penting konsistensi pengguna itu sendiri. Kalau malas dan culas maknanya angan-angan hanya tinggal angan-angan sahaja....Kalau sesiapa terbaca posting aku ni boleh lah tinggalkan mesej atau komen tentang produk atau tips atau apa sahaja yang berguna kepada aku yang bakal berpantang tidak lama lagi. Nak promot barang anda pun boleh, tetapi semua bergantung kepada budget yang ada dalam poket ini. Kalau budget ada lebih sikit ingat nak buat kenduri akikah masa Syawal nanti....Insya Allah, terima kasih!
5 comments:
smoga kak ain slamat n mudah bersalin..saya pun berhajat nak tambah sorang lagi..tgulah 2/3 tahun lagi..skrg anaqee baru setahun setengah..
mekasih shera...
lepas no 3 dulu,kononnya lepas 4/5 thn baru nk tambah lagi satu...tapi bila tgk org lain ada baby mcm teringin lah pulak. kalau ikut yg lepas2 tu, setahun je terus peknen.yg kali ni terlambat sikit...lepas 2thn baru peknen lagi...Tak merancang pun, dah rezekinya begitu...Alhamdulillah. lagi pun umur akak pun dah berape kan..nak kejar usia 'pencen' hehe..
haha..terbabas yer..
erm..tu la..katanya la lagi 2/3 thn..tp tak tau la kan..sy ni mkn ubat pun idak..apa pun tak..hish..seriau jgk ni..ni pun dah ada rasa teringin2 jgk..kat skolah depa dok pakat2 nak pregnant..sorang dah berjaya tu..
saya pun ingat nak stop sblm umur 35 la..
hehe tak de lah terbabas..etceli bile dah teringin tu, terus berusahalah kan...Tak sangka masuk tahun baru terus melekat,Alhamdulillah.
Tu lah akak pun plan umur 35 pencen.Tapi x taulah kalau ade rezeki lepas2 tu kan.Yelah kita ni merancang sendiri2 je, x de ubat2, x de implan2..pandai2pandai lah ko :D
Post a Comment