Alhamdulillah berita melaporkan index kualiti udara hari ini semakin baik. Mana taknya semalam hujan lebat ribut petir di KL ni. Anak-anak sibuk tengok hujan di luar tingakap. Pemandangan kabur....Tak tahulah di tempat orang, kat apartmen aku ni masa hujan lebat tu, habis barang-barang orang yang tinggal di tingkat atas jatuh ke bawah. Apa lagi ting tong lah bunyi bising. Dekat jalan raya terutama di MRR2 Hulu Kelang menuju Ampang jalan sudah jam giler. Dekat Lebuhraya DUKE pula, ada sebuah kereta rosak. Jalan raya dekat bawah rumah kami ada pokok tumbang. Salah satu melintang di tengah jalan. Apa lagi, ada manusia bijak sikit 'konar' jalan sebelah melawan arus. Nasib baik pengguna bertoleransi faham makna berkongsi jalan ketika waktu susah.
Sekarang memandangkan musim orang demam, batuk dan selsema termasuk jangkitan H1N1. Malaysia sahaja semakin hari bertambah rekodnya. Kebetulan anak-anak pun demam, batuk dan selsema. Di kampung, satu rumah semua demam, batuk dan selsema sejak balik dari KL hari tu. Anak-anak, bermula dengan Luqman (batuk+selsema), kemudian Almustofa demam. Berikutnya Salahuddin demam dan selsema. Semalam time untuk monthly checkup dengan Dr. Wan. Apa lagi bawa semuanya turun padang ke Klinik Famili. Kami pergi awal dan dapat giliran pun awal. Selepas itu sempat hantar Luqman ke sekolah tadika.
Alhamdulillah semuanya demam, batuk dan selsema biasa. Tak serius dan selepas makan ubat hari ini sudah makin ok. Berbanding Luqman, dia masih batuk-batuk. Mungkin sebab dia bersekolah dan banyak menghirup udara luar berbanding adik-adik yang banyak menghabis waktu di dalam rumah. Pertemuan dengan Dr. Wan semalam mungkin yang terakhir sebab selepas ini aku akan chekup untuk trimester akhir dengan doktor lain pula. Dr. Wan menegur hubby yang makin kurus. Apalagi dia mengambil kesempatan menyuruh hubby buat pemeriksaan darah. Mana tahu kalau-kalau ada kencing manis katanya. Alhamdulillah normal. Mungkin faktor keletihan dan makan yang kadang-kadang tak tentu masa menyebabkan beratnya berkurang 7kg. Tidak pasti sejak bila, tetapi kali akhir tahun lepas timbang berat dia 65kg. Huhu..kalau lah aku yang kurus ceng gitu seronok sungguh...(mode: berangan :D )
Sebenarnya ramai sangat yang tegur dia semakin kurus. Jangan kata aku tak bagi makan cukup sudahlah. Hari-hari kalau tiada aral mesti buatkan bekal untuk dibawak ke pejabat. Teringat mak cik Rahimah (emak kawan baik aku, Sh.Laily yang juga pernah sama-sama bekerja dengan kami dahulu) mesti bangun awal pagi sebelum Subuh untuk menyiapkan sarapan untuk keluarga dia sebelum pergi pejabat. Kagum sungguh aku! Moga mak cik sehat selalu hendaknya. Minta maaf, tempoh hari lupa nak ucap selamat hari lahir ke-53 (kot) pada 14 Jun.
Semalam adik-adik aku sibuk sms bertanya sama ada jadi atau tidak balik Raub minggu ni. Insya Allah nak buat sedikit baca doa selamat untuk keselamatan adik aku Mamat. Alhamdulilllah, tadi telefon dia ternyata semakin ceria dan kembali macho suaranya. Walaupun belum pulih sepenuhnya, kami berasa kesyukuran kepada Allah yang amat sangat. Jadualnya malam ini mak dan abah nak hantar pulut kuning dan rendang ke masjid. Alaaa.. tak sempatlah nak balik hari ini. Insya Allah esoklah kami semua balik...Kepada Has yang hendak balik ke Seremban, berhati-hati di jalan raya ok. Nak sambut hari jadi anaknya Aniq Ilham yang genap berusia setahun pada 24 Jun lepas. Berhati-hati di jalan raya ok. Semoga selamat pergi dan balik Temerloh.
Luqman bawa balik rekod kemajuan prestasi aka buku report peperiksaan. Alhamdulillah dapat no.15/27 orang pelajar. Semua subjek dapat 'A' dengan peratusan 89.4%. Namun, penilaian keseluruhan sahsiah tidak berapa cemerlang. Bab ini aku memang faham sangat-sangat, sebab itu aku suka berleter dengan dia, tapi dia buat dek sahaja...Dahulu aku ingat Luqman ni ada masalah dyslexia sehingga aku terfikir untuk berjumpa pakar. Memandangkan dalam sebulan lepas (tempoh yang aku sendiri bagi untuk menilai kemajuan diri dia) banyak peningkatan dari segi pembelajaran, jadi, aku putuskan sendiri dia bukan seorang dyslexia. Masalah dia (yang aku risau sangat-sangat) itu mungkin berpunca dari kurangnya latihan dan fokus. Alhamdulillah dengan tumpuan lebih dan keyakinan diri dia mampu melakukannya! Ibu abah sentiasa mendoakan kejayaan buat anak-anak bukan sahaja di dunia, malah juga kejayaan di akhirat. Insya Allah, Amin.
Kini kita sudah berada di bulan Rejab yang mulia. Ramai yang mula berpuasa sunat Rejab. Alhamdulillah dan syabas atas ketaqwaan anda. Semoga Allah menerima puasa anda dan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda. Apa pun, yang lebih penting ialah jangan lupa mengganti puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan. Pagi tadi sempat menonton sedikit daripada rancangan 'Tanyalah Ustaz' di TV9 pukul 7am-8am setiap Jumaat-Ahad. Minggu ini kita berpeluang mendengar Ustaz Zahazan menjawab pelbagai soalan dan kemuskilan berkenaan tajuk "Bulan Rejab". Kepada sesiapa yang berminat jangan lupa menontonnya...Untuk santapan minda dan rohani berkenaan bulan Rejab, boleh rujuk di sini juga di sini.

1 comments:
Post a Comment