Ooooohhh penat nye!! Berbaloi, penat penat pun, tapi misi mengemas rumah akhirnya dapat dilaksanakan juga. Biarpun belom selesai lagi, tapi tahap kemalasan aku yang setinggi gunung itu dah diruntuhkan beberapa hari ini. Hehehe seronoknya lah!
Biasalah kalau mengemas rumah setiap hari. Apa yang pelik sangat aku buat kerja yang orang lain buat hari-hari??? Ya memang betul, mengemas sikit-sikit tu memang lah buat hari-hari. Lebih-lebih lagi aku ni pengurus rumahtangga. Kebiasaan sebelum nak bersalin aku akan mengemas rumah keseluruhan, tukar susun atur perabot dan barang, buang mana-mana barang yang tak digunakan atau tidak diperlukan lagi, vakum sawang-sawang yang mulai berjuntai, keluarkan surat khabar lama dari rumah dan sebagainya. Nanti kalau aku balik kampung 2 bulan, tak de lah rumah teruk sangat nak dijaga. Almaklum hubby kerja perginya pagi dan balik malam, memang tak sempat nak 'usik' rumah. Hujung minggu kalau tiada aral dia balik kampung bertemu kami. Hehe mungkin bagi sesetengah orang itu alasan je bagi orang lelaki yang pemalas. Apa pun pandangan orang lain aku tak kisah, janji aku suka buat semuanya sendiri. Puas!
Aku ni memang jenis suka menukar-nukar susun atur dalam rumah. Kebetulan rumah aku ni tak banyak perabot dan barang, jadi paling koman pun 2-3 kali setahun aku mesti tukar susun atur supaya tak bosan mata memandang. Anak-anak juga mendapat ruang bermain yang agak luas biarpun berada di dalam rumah. Misi aku bermula di dalam bilik tidur, ke bilik solat dan ruang tamu. Semuanya aku buat ikut suka hati aku sendiri. Nasib baik hubby tak komplen. Itu yang aku suka! Kalau buat semasa dia ada memang lebih senang sebab ada bantuan, tetapi dari aku dapat banyak komplen baik aku settle down semua sendiri....lagi pun ini sebahagian excercise juga. Semoga senang aku nak beranak nanti. Insya Allah....
Surat khabar lama aku bagi dekat kakak indon-tukang sapu sampah dekat blok kami. Besi ampai kami yang dah patah pun dia minta sekali. Berkali-kali pula dia mengucapkan terima kasih sebab beri dia semua itu. Aku pun amat berterima kasih sebab tak perlu kami angkut ke tingkat bawah atau hantar kepada penjual akhbar lama. Mungkin dia beroleh rezeki dari jualan barang terbuang. Tidak kisah lah, aku gembira melihat dia teruja menerimanya sambil mengangkut surat khabar ke dalam lif....
Sambung minggu depan pula. Misi akan diteruskan mencuci dapur dan ruang belakang tempat mencuci baju. Lantai pun aku tengok dah berlumut. Oh pemalasnya aku! Insya Allah, moga aku tak pening kepala untuk meneruskan misi seterusnya ini...Kepada pembaca, harap anda semua tidak mual membaca entri kali ini. Posting ini sekadar luahan rasa aku seorang pengurus rumahtangga yang menyusuri hariannya dan detik waktu yang berlalu dengan ceritera tersendiri....

0 comments:
Post a Comment