"Bagai pinang dibelah dua"

Minggu lepas balik kampung hubby Jengka 14. Anak-anak seronok sangat sebab lama tak balik rumah aki dan nenek. Lebih-lebih lagi sekarang musim durian, rambutan dan manggis. Aku sempat menemankan MIL mengutip rambutan dan manggis yang pokoknya bersebelahan rumah sahaja. Kalau lah aku tak mengandung, sah sah pokok manggis itu aku panjat...

Nak menjadi tajuk cerita, sewaktu menikmati makan tengah hari (pukul 3 petang, sebab baru sampai) kami melihat MIL tiba-tiba memarahi anak kucing yang sedang menyusu ibunya di muka pintu dapur. Terkejut kucing itu kena rembat dengan penyapu lidi. Hubby menegur emaknya kenapa pula dimarahkan kucing itu. Macam tak patut pula marah anak kucing yang sedang menyusu ibunya sendiri.

MIL menerangkan kepada kami bahawa ibu kucing itu baru sahaja melahirkan 3 ekor anak yang lebih memerlukan susu ibu berbanding anaknya yang sudah agak besar sedikit (anak kucing sunti gitu). MIL merungut sebab ibu kucing itu sanggup membiarkan anak daranya menyusu sedangkan anak kecilnya kelaparan, dan jika dibiarkan dibimbangi anak kucing yang masih kecil itu akan kelaparan atau mendapat bekalan susu yang tidak mencukupi....MIL menambah lagi, antara anak kucing dara yang menyusu ibu itu, seekor darinya telah pun bunting. Huh..aku jadi gelak besar pula sebab dah mengandung pun masih nak menyusu ibunya....dan umur macam tu dah boleh bunting?? Ini mesti kes kena cabul....

Siti Mariam, adik ipar aku membawa satu kisah best. Katanya ada satu petang, dua ekor kucing dan salah satunya kucing betina anak kepada ibu kucing tersebut duduk bersantai di bawah pokok pinang di depan rumah. Bersama-samanya seekor kucing jantan..selamber MIL aku memberitahu Siti, " itu baru lah betul...bagai pinang dibelah dua.." ayat tersebut menjadi bahan ketawa Siti dan sekarang aku! Huh, pepatah yang amat tepat! Sekarang, orang muda kita sudah pandai menukar pepatah Melayu lama ini kepada, "bagai pisang dilenyek lori" dan seumpamanya untuk menggambarkan sepasang kekasih yang sama padan atau tak padan langsung! Apa yang terjadi seterusnya kepada pasangan kucing itu, tidak diceritakannya pula....

0 comments: