Hari ini checkup kat Naluri. 2 tahun lebih tak ke sana selepas melahirkan Addin. Dr. Zana aku tengok masih macam dulu, menten muda dan ceria. Itulah berkat profesyen kedoktoran kot..berbakti kepada orang lain serinya naik ke muka...Alhamdulillah semua ok. Dia menjangkakan aku akan melahirkan anak awal dari tarikh diberikan Dr. Wan. Kemungkinan awal September. Aku memang dah menjangka sebab hero-hero sebelumnya semua lahir 2 minggu awal. Cuma tarikh 090909 yang aku idamkan mungkin tidak akan tercapai lah kot..:D..atau tanggal 31 Ogos?
Hubby aku mula risau kerana Chau (bos dia) baru beritahu kemungkinan dia akan out station ke Papua New Guinea. Tarikh belum ditetapkan lagi dan jika projek di sana ditangguhkan lagi kemungkinan terkena pula waktu aku nak bersalin. Mengikut perancangan, dia akan berada di sana 3 minggu - sebulan. Aku pun terasa risau sebab selama ini hubby tidak pernah missed saat-saat menyambut kelahiran anak dan sentiasa berada di sisi aku memberikan semangat. Chau cuma pesan kalau dah dekat due boleh lah balik dan hantar orang lain ganti. Huh..dia cakap macam senang je....ingat dekat!! Mungkin aku bukan orang pertama beranak sendirian kalau lah ia terjadi, tetapi terkilan lah juga kalau dari mula kita mengandung dah berangan nak dia bersama di sisi tapi at last tak dapat...
Balik Naluri singgah Jusco Wangsa Maju pulak untuk membeli barangan baby. Stok baju memang lebih banyak pilihan berbanding Jusco AU2, tapi aku pula yang tidak berkenan. Mungkin disebabkan semuanya sama seperti tahun-tahun yang lepas.....Rambang juga mata memilih, dan akhirnya selesai juga misi aku...dan sempat juga aku tarik 3 helai t-shirt raya untuk hero bertiga. Yang tak best hubby komplen baju anak tak cantik. Ini yang aku tak suka kalau shopping dengan dia. Dah lah mengata aku memilih lama, dan akhirnya beli yang tak cantik. Bila aku suruh dia pula yang memilih, aku cakap tak lawa terus dia kata tak mengapalah dah lewat, jom bayar dan balik.. Hehe ....nak buat macam mana kan lain orang, lain citarasanya....Tempoh hari Siti pun menunjukkan reaksi yang tak berapa menerujakan bila kau tunjukkan baju-baju untuk anak-anak saudara. Hopefully anak-anak saudara tu menerima baju raya mak teh (pangkat untuk aku) beli seadanya..
Alhamdulillah semua nya hampir selesai...kini aku memikirkan apa lagi persiapan yang perlu aku sediakan...Dalam pada menyediakan keperluan fizikal, keperluan rohani dan mental juga aku perlu tingkatkan....Harapan semoga Allah akan mempermudahkan segalanya, memurahkan rezeki kami sekeluarga dan mengurniakan zuriat yang sihat dan soleh hendaknya...Amin

0 comments:
Post a Comment