Jatuh tergolek bagai nangka busuk

Selamat sejahtera atas semua...
 
Semalam telah berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Umpama kata orang selalu, jatuh bagai nangka busuk. Berdempek atas lantai keras. Terduduk elok, tapi berat badan yang sudah masuk kategori obes menyebabkan tarikan graviti lebih kuat. Duniaku fana seketika...
 
Akisah kejadianya selepas keluar bilik air, diri ini sewenangnya berlari ke dapur untuk menutup api dapur yang lupa dikecilkan. Sedangkan di atasnya berada kuali panas yang bersedia untuk menumis bawang untuk memasak kari ayam.
 
Bak kata orang juga, malang tidak berbau. Walaupun dalam berhati-hati, jika takdir sudah tertulis akan terjadi, maka jadilah. Kun fayakun! Selepas tergelincir dek kaki basah dan lantai licin maka bergetar urat kaki, tangan dan tulang belakang. Selamba aje bangun selepas itu tanpa rasa sakit.
 
Kesannya lambat. Pagi tadi bangun tidur dengan rasa urat sudah menegang sana sini...Tadi telefon mak untuk mengadu. "Kalau duduk kampung senang boleh cari tukang urut" kata aku.
 
Emak menyatakkan rasa simpati dan kesiannya. Bahagia sungguh aku ada emak lagi untuk bermanja dan mengadu. Tiba-tiba rindu pada emak. Sangat-sangat rindu... Seronoknya kalau boleh terbang atau mengghaibkan diri sekelip mata dan muncul di rumah mak untuk memeluknya. Sungguh kerdil kita, hanya mampu berangan suatu yang mustahil.
 
Pengajarannya, jangan buat kerja lebih satu kalau anda jenis pelupa dan mudah lalai. Kalau menasihatkan anak kemain lagi anak tekak ni menjerit, "jangan berlari keluar toilet nanti jatuh"..."lap kaki dulu!!!". Bila tiba diri sendiri, lebih teruk dari anak kecil. Huhu...
 
 

Anak-anak dan kemerdekaan negara

Salam sejahtera...

Baru-baru ini anak akak, Luqman(darjah 3) dalam diam menyanyi lagu Jalur Gemilang. Huh, siapa tak tahu lagu tu? Kemudian ada satu lagi lagu, lagu patriotik yang akak pun tak ingat tajuknya. Tapi kalau dinyanyikan, akak boleh follow tau...Ahaks:)

Ok, bukan nak cerita pasal lagu. Scene di atas hanya akan berlaku menjelang kemerdekaan. Sempena nak menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke... hah ade yang tak tahu? Tak ingat??? Ya, kemerdekaan kali ke 55. Untungnya emak kesayangan hamba lahir pada tahun 1957. Jadi, kalau nak ingat merdeka kali keberapa, akak just follow umur emak. Hehe...tak aci!

"Ibu, macam mana nak hafal lagu ni? Cikgu suruh hafal..." kata Aman (panggilan manja untuk Luqman).

Rupaya cikgu yang suruh hafal sebab nak sambut merdeka di sekolah. Baguslah tu. Cuma, kalau ditanya kenapa nak sambut merdeka? Apa merdeka? Merdeka dari apa? Apa tema merdeka? dll yang bersangkut paut dengan merdeka mesti dia tak tahu. Ok, boleh kata dia masih kecil. Tapi sejak kecil inilah kita patut tanam semangat patriotik kepada anak-anak. Bila dewasa mereka lebih menghargai perjuangan hero-hero kemerdekaan kita yang berjuang menentang penjajah. Bahkan mensyukuri keamanan yang kita nikmati hari ini dan berusaha untuk mengekalkan kesejahteraannya kelak.

Bukan hanya untuk anak-anakku, tetapi juga di kalangan semua generasi muda kita. Jika usia menjadi halangan untuk kita terapkan nilai patriotisme maka, pemikiran itu adalah salah. Merdeka bukan setakat nanyi lagu merdeka (Arwah Dato' Sudir), bukan setakat kibar jalur gemilang, dll bahkan lebih dari itu. Ceritalah dengan anak-anak kita supaya mereka tahu. Alangkan Ultraman pun mereka kenal sebagai hero sebab menewaskan raksasa yang jahat inikan pula kisah Leftenan Adnan yang mati ditangan musuh dalam mempertahankan negara. Jangan pula ada ibu bapa yang tak tahu dan tercengang bila ada anak bertanya  "mummy/daddy siapa bapa kemerdekaan?"

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!


Salam Syawal

Salam lebaran dan selamat menyambut eidil fitri buat semua.

Maaf zahir batin jika ada salah silap dan terkasar bahasa.

Moga kita semua berkesempatan menemui Ramadhan almubarak lagi di tahun hadapan.

Amin, wa Insha ALLAH :)
 
Ikhlas dari kami sekeluarga:
Kak Aina, Alfatih,En.Mat P,
Addin,Aman dan Almustofa

Nikmat Ramadhan

Alhamdulillah syukur lillah.

Salam Ramadhan almubarak buat semua.

Persiapan raya tahun ini sudah hampir lengkap semuanya. Cuma, nak settle beberapa barang aje lagi. Untuk kuih raya sempat juga order tart dan biskut badam dari Tina. Alhamdulillah sedap betul hasil air tangannya. Anak-anak dan hubby memang peminat tart. Sedap. Itu kata mereka. Tak menyesallah order tart gulung Tina tu. Thanks Tina sebab sudi terima order last minit.

Sambil order, dapat juga jumpa face-to-face empunya diri, Tina Othman. Hehe...sebab busy kejap aje jumpa dia semalam. Kami berjumpa di Cafu Wangsa Maju. Bukan apa, sambil nak cuci-cuci mata melihat baju-baju kat situ. Lepas kuih bertukar tangan, saya pun meronda sambil menolak Alfatih di dalam troli. Nak jadi cerita best, terserempak pula dengan sepupu yang lama tak berjumpa. 

Memang sudah lama tak berjumpaa. Setiap kali raya aje, time tak kena nak bertemu di rumah. Begtu juga masa kenduri kendara mesti ada aral melintang untuk kami bertemu. Macam adengan 'Jejak Kasih' di dalam tv, airmata ni tumpah mudah sangat sampai orang lalu lalang pun hairan. Terima kasih Allah atas pertemuan yang selalunya hanya di dalam mimpi, tiba-tiba menjadi realiti. 

Nasi ayam untuk menu sahur

Mengajak anak-anak kecil bersahur kekadang tidak mudah. Mereka juga baru belajar dan makan awal pagi memang payah jika tidak kena masakannya. So,kebanyakan hari-hari puasa kami dihadapkan dengan menu ayam. Kalau ada ayam mesti anak-anak suka dan nasi pun laju aje dihabiskan. Kalau menu ikan, sampai habis imsak pun masih menyuap.

Ada dua kali bersahur kami makan nasi ayam. Kali pertama tu nasi ayam biasa dan kali kedua tu modenkan sedikit dengan menggunakan ayam dari paket Ayamas Crispy dan acar nenas.



Nasi ayam moden. Guna ayamas crispy dan acar nenas
Resepi:

Untuk nasi, tanak macam biasa. Masukkan kiub ayam knorr, pewarna kuning atau serbuk kunyit serta daun pandan.

Goreng beberapa ketul ayam dari paket Ayamas Crispy. Potong sebelum dihidangkan.

Sambal - blender tomato dan bawang putih. Masakkan hingga pekat sekejap dengan campuran cuka, gula, garam dan cili sos/cili blend.

Biasa orang letak salad dan timun untuk ulaman. Saya tukarkan dengan acar nenas. Tumis bawang(putih+merah. Juga masukkan beberapa biji bawang kecil yang bulat), cengkih, pelaga dan serbuk kayu manis sampai naik bau.Masukkan biji sawi dan nenas yang dipotong kecil. Masukkan air sedikit dan biar pekat dan nenas layu. Masuk cuka, garam dan gula secukup rasa.

Cendol pulut yang menyegarkan

Salam

Sudah rancang menu berbuka puasa hari ini? Apa kata cuba cendol pulut? sangat best. Cuma tanak pulut macam biasa. Selepas masak, senduk pulut dalam mangkuk dan campurkan dengan cendol, jagung dalam tin dan lain-lain bahan yang anda suka. Contohnya, kacang merah, cincau, sagu dll. Ada juga yang suka ais, letak ais di dalamnya.Kalau tak suka ais hanya pastikan kuahnya sejuk di dalam peti ais sebelum dituang ke atas cendol pulut.

Untuk kuah boleh gunakan santan(+secubit garam). Untuk pemanis gunakan gula merah atau gula kabung yang dimasak terlebih dahulu hingga pekat.

Selamat mencuba!


Tahniah Pandalela, menyumbang gangsa untuk Malaysia!

Finally, she got a medal!

Biarpun sekadar gangsa, sumbangan beliau itu mengembirakan seluruh rakyat Malaysia yang mendambakan pingat selepas Datuk Lee Chong Wei yang menyumbang pingat perak.

Dengarlah ucapan kegembiraan Pandalela sebaik menerima pingat gangsa di atas kemenangan di tempat ke-3 di dalam acara akhir 10m platform wanita di Olimpik London 2012.

oppps tak boleh bukak? klik link tgk kat youtube ye:)



KAK AINA: Sesungguhnya kita semua bersyukur atas kejayaan beliau. Macam dikatakannya, beliau  gembira dan berbangga sebab dapat mengharumkan nama negara. Dalam pada mensyukuri kejayaan mendapat pingat gangsa tersebut, orang ramai sibuk bercerita tentang seorang lelaki yang mahu melakukan sesuatu di luar batasan jika Pandalela menang pingat. Malang sungguh kerana keterlanjuran mulutnya bercakap dan tangan menulis (di facebook), namanya menjadi isu hangat hari ini. Kenapa setiap kali Malaysia menang pingat/kalah ada sahaja kontroversi? Nanti Tuhan tak berkati rezeki kita dan mahalkan pingat kita lain tahun baru tahu...Lebih malang kita yang sama terlibat dan mengutuk mamat Johari Pain tu pulak. Sempena bulan mulia ini sama-sama maafkan dia. Doakan kita insaf dan lebih menyesali perbuatannya itu. Sudah-sudahlah mengutuk...jom zikir:)


Rayuan Bantuan Perubatan Untuk Adik Muhammad Raiyan Miqael

Salam Ramadhan Almubarak,

Di kesempatan ini, saya ingin memanjangkan usaha ibu bapa kepada adik Muhammad Raiyan Miqael Bin Mohd Ridzuan yang menghidap cerebral palsy sejak lahir. Bantuan perubatan ini bagi menghantar dia menjalani rawatan stem cell di China.

Petikan status fesbuk ibu kepada adik Muhammad
Berikut ialah petikan penuh pada status fesbuk yang ditulis oleh Sofea Pauzi.
Assalamualaikum semua.......

Kepada kengkawan di facebook...saya melampirkan surat ini agar anda semua dapat menyumbang sesuatu bagi meringankan tanggungan kos perubatan anak kami iaitu Muhd Raiyan Miqael Di shanghai, China..... Insyaaalah dengan harapan kami mampu mengumpul wang sebanyak ini dlm masa yg terdekat untuk menyembuhkan penyakit anak kami......Kami juga telah berusaha menghantar surat ini di beberapa Badan Ngo dengan harapan ianya akan mendapat perhatian umum.....

PER : RAYUAN PENUBUHAN TABUNG BANTUAN UNTUK MENAMPUNG KOS PERUBATAN MUHD RAIYAN MIQAEL BIN MUHD RIDZUAN DI SHANGHAI ,CHINA

Merujuk perkara yang tersebut diatas , kami merayu supaya pihak tuan dapat menubuhkan satu tabung bantuan amal bagi mengumpul sejumlah wang untuk kos perubatan anak kami Muhd Raiyan Miqael Bin Muhd Ridzuan di Shanghai , China.
2. Untuk makluman pihak tuan , anak kami menghidapi penyakit Cerebral Palsy : Severe motor impairment with dystonic-spastic quadriplegia sejak lahir lagi. Sehingga kini kami masih belum menemui rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit anak kami. Muhd Raiyan Miqael hanya menjalani rawatan fisioterapi dan bergantung kepada ubat kejang yang dibekalkan oleh pihak hospital.
3. Namun begitu selepas berbincang dengan Dr. Malinee A Thambyayah iaitu doktor pakar nuerologi di Hospital Pantai Bangsar, Kami memutuskan untuk menjalani rawatan stem cell terapi yang dijalankan di Life Stem Cell Centre, Shanghai, China. Rawatan ini adalah satu-satunya alternatif terbaik dan memberi harapan besar agar anak kami pulih dari penyakitnya.
4. Untuk makluman pihak tuan , kos bagi menjalani rawatan stem cell adalah sebanyak USD$30,000 iaitu lebih kurang RM100,000.00 tidak termasuk kos-kos lain. Disini kami lampirkan sesalinan surat dan bukti anggaran kos rawatan yang telah kami terima daripada pihak hospital untuk rujukan pihak tuan.
5. Sungguhpun begitu , kami tidak mampu untuk mengumpul wang sebanyak itu dalam masa terdekat ini iaitu dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat tersebut dikeluarkan kepada kami. Oleh itu, kami amat berharap dengan penglibatan pihak tuan dalam menubuhkan tabung ini , dapat merealisasikan impian kami bagi memulihkan penyakit anak kami.

6. Kami percaya dengan permohonan ini pihak media memainkan peranan penting dalam menyebarkan isu-isu berkaitan dengan kebajikan rakyat 1 Malaysia. Hal ini terbukti dengan adanya individu-individu lain yang telah berjaya dibantu melalui sebaran media.
Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan menimbangkan permohonan ini, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Respon positif daripada pihak tuan sudah pasti akan membawa sinar harapan terhadap rawatan yang bakal dijalankan keatas anak kami.

Sekian.
Yang Benar,

................................................
1. Sofiah Binti Pauzi (Nric: 840717025232)
(Ibu Muhd Raiyan Miqael Bin Muhd Ridzuan)
No. Tel: 010-4010360
2. Muhd Ridzuan Bin Daud (Nric: 811125065887)
( Bapa Muhammad Raiyan Miqael Bin Muhd Ridzuan)
No. Tel: 010-4000360
Muhammad Raiyan semasa lahir
Muhammad ketika berusia setahun

Muhammad dan abahnya. Tahun ini Muhammad 2tahun.
 KAK AINA: Bagi pihak keluarga adik Muhammad, saya dahulukan ucapan terima kasih kepada sesiapa yang sudi share dan forward kisah mereka ini. Untuk pengetahuan adik Muhammad ialah anak kepada adik ipar saya, Ridzuan seorang juruteknik di Kementerian Penerangan cawangan Maran, Pahang. Isterinya Sofea sorang suri rumah. Segala maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi ibu bapa adik Muhammad di talian berikut:
Sofiah Binti Pauzi (Nric: 840717025232)
(Ibu Muhd Raiyan Miqael Bin Muhd Ridzuan)
No. Tel: 010-4010360
  Muhd Ridzuan Bin Daud (Nric: 811125065887)
(Bapa Muhammad Raiyan Miqael Bin Muhd Ridzuan)
No. Tel: 010-4000360
*** Mereka memang tidak menyenaraikan sebarang no akaun. Kepada yang sudi membantu, sila hubungi talian di atas.Boleh bertanya lanjut kepada ibu bapanya.