'Rezeki' jangan ditolak


Ibu Bapa Diberi Pilihan Terima Atau Tolak Bantuan RM100
GEORGE TOWN: Kementerian Pelajaran memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada untuk menerima atau menolak bantuan RM100 untuk pelajar seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat lepas. [baca selanjutnya di sini...]



Situasi 1:


Perbualan Ani dan Kiah pegawai kerajaan gaji atas RM 3000.


"kau nak ambil ke tak?" tanya Ani kepada Kiah.


"kenapa pulak tak nak ambil?" Kiah tanya Ani pulak.


"yelah kita kan bukannya tak mampu" cewah mentang-mentang gaji tinggi!


"haih...orang dah bagi takkan kita tak nak ambil kan.." jawab Kiah.


"emm yelah kan, rezeki jangan ditolak!" kata Ani.


Keputusan: Gaji tinggi tetap nak ambil sebab dah rezeki...

Situasi 2


Perbualan Qassim dan Tahir. Golongan pertengahan.


"Eh ko ambil ke tak ambil ye duit 100 kerajaan nak bagi tu?" tanya Tahir.


"huih takkan tak nak ambil! duit kita tu...." jawab Qassim.


"a'ah kan. Duit kita. Orang bagi kita ambik. Rezeki tak baik ditolak"


"haaa tau tak per! "


Keputusan: Nak ambil. Tak ambil rugi!


Situasi 3


Perbualan suami isteri di depan anak mereka. Status: keluarga susah.


"Alhamdulillah kerajaan bagi duit 100 untuk anak sekolah" kata suami.


"Alhamdulillah...syukur. Bolehlah anak kita beli beg baru tahun depan ye" kata isteri.


"Insha Allah boleh....." jawab suami. 


"mak, ayah, nanti belikan abang henfon ajelah. Bolehkan?"  - terkebil kebil mak dengan ayahnya!


"adik nak jugak..adik nak jugak!!" anak sorang lagi yang tetiba muncul..huhu


Kesimpulan: Dah susah tentulah ambil. 100 walaupun kecil jumlahnya, namun rahmat bagi mereka. Cuma lebih elok duit yang dapat tu digunakan untuk keperluan dan bukannya kehendak....


Situasi 4
Umpama memetik kelopak mawar....Suhaimi jurutera bergaji 5k anak 2 orang.


"nak ambil...tak nak ambil...nak ambil...tak nak ambil"


"tak payah pening kepala...ko ambil je. Lepas tu kalau tak nak bagi aku!" ucap Si Bujang Senang sambil ketawa berdekah dekah...


Keputusan: Akan ambil.


Situasi 5


Agus, budak darjah 6 bertanya pada ibunya tentang berita yang didengar dalam tv. 


"mak betul ke nanti budak sekolah dapat duit 100?" tanya Agus bersungguh-sungguh.


"a'ah kalau mak dengan ayah nak ambil la.." jawab emaknya.


"kenapa 'kalau' ? ambil jelah. Nanti masuk akaun SSPN saya ye mak" pinta Agus.


"bijak..bijak anak mak...."


Keputusan: Anak tolong buat keputusan untuk emaknya....Anak bijak:)


Situasi 6


Sang petani bertemu penoreh getah.


"Kau ambil ke tak ambil?" tanya petani.


"Huish duit rakyat tu, jangan tak ambil!kita bayar cukai" kata penoreh.


"kita bayar cukai?" petani blurrrr..


"cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan, cukai......"terang penoreh panjang lebar.


"ooooo mcam tu ker?"petani masih blur...


Keputusan: Ambil, kalau tak ambil nanti kena bebel dengan member.


*Psssttt: ada macam-macam lagi situasi. Lagi padang lain belalang, lain orang lainlah pulak pandangan masing-masing. Pilihan ditangan ibu bapa, tetapi yang berhak ialah anak-anak:)

1 comments:

Pak Pis said...

walaupon hanye 100...dapat gak beli sesuatu untuk kegunaan Harian ke ape ke...yang penting..x kire la nilainye berapa tapi bijak menggunakannye kan kak...