Kad ucapan ringkas buat abah

Bismillah...

Pada hari jadi abah, saya minta anak saya tuliskan ucapan selamat untuk atok mereka. Bersama-sama sebotol Jus Anona untuk sakit lututnya saya selit sepucuk surat ucapan yang ditulis cucunya.




Saat abah membaca, meleret ke telinga senyumannya. Aduh, bahagia rasanya melihat senyuman itu. Moga Allah memberkati dia dan merahmati hidupnya dengan kemurahan rezeki, kesihatan yang baik serta hati yang tenang dan sentiasa mengingati Allah robbul'alamiin.

Mereka bukan orang penting pun

Dear blog...

Aku feeling annoyed. Sangat-sangat.

Susulan kejadian helikopter terhempas.

Jasad mangsa semua masih di rumah mayat. Rakyat marhaen dah ada yang sibuk bercerita tentang pilihan raya kecil. Bukan ke terhadap musuh sekalipun kita disuruh hormat dan memaafkan?


Tak sedikit juga mempertikai siapa mereka ini yang perlu diberi liputan meluas di kaca tv. Penting sangat ke? Kalau sesiapa yang menonton perlawanan bolasepak malam tadi  diganggu beberapa kali dengam laporan berita terkini tentang nahas. Aku pun terkejut. Lebih-lebih bila terlepas gol pertama Lions ke gawang Pahang. Sebaik-baiknya, kalau tak kenal lebih baik diam dan mengelak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama keluarga mangsa. 

Esok kita mati entah-entah masuk tv juga. Masa hidup ni bolehlah cakap macam-macam. Mati itu pasti tapi bukan kita menentukan bila dan cara bagaimana kita hendak mati. Kita pun bukan maksum dari berbuat dosa. Perasan diri bagus sangat, itu maknanya riak dan sombong.


Takziah juga buat keluarga DSAI di atas pemergian ke rahmatullah ayahanda beliau Ibrahim Abdul Rahman. Moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin. Ameen.

Moga pengebumian jenazah dimudahkan hari ini...

KAK AINA: Syukur Pahang menang malam tadi. Rasanya macam dah lama sangat tak menang-menang...

Nahas helikopter di Semenyih

Salam takziah..

Sebagai orang Pahang, saya turut berasa dukacita atas tragedi helikopter yang mengorbankan 6 orang termasuk 3 VVIP yang baru balik dari majlis resepsi anak Perdana Menteri di Pekan. Lebih lebih lagi salah seorang ialah ahli Parlimen Rompin iaitu Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis yang lebih dikenali sebagai JJ. Moga roh beliau dan mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat serta ditempat di kalangan orang beriman. Ameen.

Takziah.
Takziah buat seluruh ahli keluarga.
Takziah buat seluruh warga Rompin.


Hebohnya GST !!!

Salam

Semalam, 1 April bermulalah GST di Malaysia. Kedatangan GST 'disambut' begitu meriah sehingga pelbagai ucapan selamat dan muatnaik resit belian menghiasi di media sosial. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga pandai bermain kata tentang GST. Masakan tidak, begitulah hebat pengaruh iklan/drama GST yang dilakonkan di tv. Anak-anak saya juga boleh menghafal sesetengah dialog pelakon-pelakon drama GST tersebut.

Saya sendiri sebelum GST memang turun padang membeli stok barang dapur dan peti. Kononnya nanti barangan akan lebih mahal selepas GST. Memang betul ada barang yang takkan naik dan menten harga asal. Ia ditandakan dengan S (kena GST) dan Z (tiada GST) dalam resit.

resit by PM sewktu membeli belah sambi observed pelaksanaan GST semalam
Credit FB DS Najib Razak


Jangan lupa semak resit. Ada peniaga yang tidak mendaftar perniagaan untuk GST tidak layak mengenakan GST kepada pengguna. Tapi, ada peniaga yang mengenakan GST juga! Pengguna pula nak tak nak terpaksa membayar walaupun terfikir diri sudah dianiaya. Begitulah nasib seorang yang saya temui di laman muka buku yang memberitahu resit yang dikeluarkan tiada id GST atau GST no. Laporan salah laku begini boleh dilaporkan kepada KPDNKK di talian 03-88826245. Syaratnya, segala resit pembelian jangan dibuang untuk menjadi bahan bukti. Pengguna harus berani dan peniaga juga seharusnya takut untuk menipu! Jangan hendak mengejar untung beberapa sen atau ringgit, kelak didenda beratus ribu. Tak berbaloi!


Kawan saya bercerita anaknya mahu duit belanja lebih sempena GST. Hahaha...bijak punya anak kecil tu. Anak saya juga eksited bercerita sempena hari pertama GST.

"Ibu nasi lemak tadi masih seringgit. Tak kena GST pun" begitulah ceritanya ketika balik sekolah agama pagi semalam. Cuma ada satu kedai mak cik tu, biasanya menjual kuih muih RM1 bagi 3 ketul kuih sudah menaikkan menjadi 40 sen seketul kuih. Memang di mana-mana juga peniaga sudah meletakkan harga kuih 40 sen seketul. 

Tak tahulah berapa lama cerita tentang GST akan berlangsung. Selagi ada GST, selagi itulah orang akan bercerita kerana semua pihak pasti akan mencari kelemahan dan ketirisan sepanjang pelaksanaannya. 

Tinggalkan gula tebu, pilihlah 'gula' yang lebih menyihatkan

Salam
Jom lihat situasi ini...

A - Si Kurus yang sihat walafiat
B - Si Obes yang menjaga kesihatannya. Juga seorang yang sihat
C - Si Sederhana yang menghidap kencing manis

Suka tak makanan yang manis?
A: Suka... terutama kuih tradisional dan semua jenis bubur.
B: Suka... tapi kena pedas juga. Ayam masak merah, Sambal Sotong, Sambal petai udang dll.
C: Suka juga tapi sebab saya diabetic, saya berpantang dan tak makan makanan manis-manis sejak itu.

Suka tak minuman yang manis?
A: Suka, terutamanya teh o limau ais.
B: Tak suka sangat. Manis buah sudah cukup.
C: Sama ada air masak atau teh o kosong tanpa gula. Tawar..

Bagaimana kamu berdiet?
A: Saya sudah tidak makan nasi atau makan nasi dalam portion yang sedikit. Still minum dan makan manis-manis.
B: Saya memang tak makan manis. Tak makan makann berlemak dan berminyak. Saya memang jaga pemakanan saya. Biarlah orang kata masakan saya tidak sedap asalkan ia sihat lagi menyihatkan.
C: Terpaksalah berpantang. Makan yang tawar-tawar sahaja. Nak buat macam mana kan. Dah nasib badan.

Nak tak saya perkenalkan dengan 'gula' sihat?
A: Yang mana satu? Gula tebu hitam kan? setahu saya ia kurang kalori berbanding gula pasir putih.
B: Saya rasa tidak perlukannya kerana saya boleh mengawal pengambilan gula dalam makanan dan tidak mengambil air bergula dan berkarbonat. Kalau nakkan manis saya boleh guna gula perang. Gula perang mengandungi molases. Molases yang ada pada gula coklat mengandungi beberapa mineral penting termasuk kalsium, kalium, magnesium dan besi.
C: Ada ke gula yang sihat?


Ada. Gunalah daun stevia. Ia sejenis daun yang manis dan bersifat unik. Unik kerana manisnya semulajdi dan tiada kalori. Sifar.
A: Mana nak cari pokok stevia.
B: Ada jual ke daun stevia di pasar atau pasaraya?
C: Nak kena masukkan daun stevia ke dalam air dan masakanlah ye?

Kini ada yang lebih mudah. Saiz kecil, ringan dan mudah dibawa kemana-mana.



Hanya RM 50 sebotol dan jika beli 3 botol dapat harga RM 40 sebotol bersamaan RM120. Ditambah dengan percuma keahlian seumur hidup.

A: Ni nak suruh makan ke bisness?
B: Nak jual barang lah tu.
C: Oklah saya nak cuba sebotol.

Hasil carian imej untuk emoticon smile but sweating

Makan boleh, berniaga pun boleh. Apa salahnya, badan sihat, untung juga dapat. Tapi, no. 1 tentulah kesihatan. Bertukarlah dari gula tebu kepada pemanis stevia. Penghidap kencing manis atau diabetic juga boleh melalui hidup lebih ceria kerana sudah boleh minum manis dan makan manis manisan. Syaratnya titiskan stevia dalam kuih muih, bubur, sambal merah anda dan minuman. Tanpa was was, tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah seorang diabetic itu meningkat naik.

Insha Allah, kita merancang. Sebaik-baik perancang Allah jua.


Nak tahu maklumat lanjut boleh whatsapp atau SMS sahaja 0196151952. Harga tersebut di atas hanya valid sehingga 31 Mac 2015.

Terima kasih.

Bila anak bongsu mula bertindak seperti seorang abang

Dear blog,

Alfatih sudah besar nampaknya. Anak bongsuku yang sudah pun berusia 6 tahun. Semakin tinggi, semakin manis roman wajahnya dan semakin berkurang juga sikap suka merajuknya.

Baru ini kami hendak ke kolam. Dia menyarung baju mandi kesayangannya. Bila selesai, aku lihat sudah agak ketat dan sendat ditubuhnya. Aku saran dia menanggalkan kembali baju itu dan menyarung baju abangnya. Kataku hendak memujuk, bahawa dia sudah besar dan tidak cantik memaki baju yang ketat sehingga menampakkan susuk anunya. Pakai sahaja baju abang kerana abang juga sudah besar. Dia gembira mendengar kata-kata ibu dan memberitahu bahawa baju miliknya itu kelak hendak diberikan pula kepada adik baby. Baby manapun aku tak tahu. 

Menjadi tradisi jika baju lama yang masih elok sudah tidak padan akan diwarisi oleh adik di bawahnya. Aku tidak mengambil berat kata-kata Alfatih secara serius. Mungkin itu kata-kata seorang budak yang sukakan anak kecil, terutama bayi.

Baru ini sepupunya datang ke rumah. Dia sangat suka melayan Sumayyah Hazirah yang baru berusia 8 bulan. Memang sudah layak beradik gayanya. Kata benakku. Bila Sumayyah balik, dia dan abangnya mengikut sama balik ke kampung. Cuti sekolah, kan.

Malam tadi adik iparku, ummi kepada Sumayyah menelefon. Dia memberitahu Alfatih ada menyelitkan baju mandi dalam beg baju Sumayyah. Katanya, dia sudah tidak padan dan mahu berikan baju tersebut kepada Sumayyah pula. Ummi Sumayyah bertanya sama ada aku yang menyuruhnya. Aku menidakkan. Kami tergelak dengan keletahnya. 

Sudah besar Alfatih. Kelak boleh jadi abang yang baik, Insha ALLAH. Kalau tiada rezeki adik kandung, adik sepupu pun boleh juga kan. Ibu bangga dengan Alfatih. 

Setahun lepas....baju inilah yang diberikan kepada Sumayyah :D 
Haih... Kalau untuk gegirl, mestilah cari yang beropol-ropol baru sesuai, kan...?

Wordless Wednesday: Cekodok Pisang Stevia




Hasil carian imej untuk thumbs up


GST dah dekat tapi ramai masih tidak faham?

Assalamualaikum dan salam sejaahtera.

Entri sebelum ini mengenai pengalaman akak membeli barang di kedai runcit. Akak dan tauke kedai bergelak tawa tentang harga barang yang mungkin naik selepas GST dilaksanakan.

Selepas menyemak semula senarai harga barang yang tidak dikenakn GST, Kalau berdasarkan apa yang akak beli tempoh hari, cara kiraan yang akak buat tu salah. Ini kerana beras, ayam dan bendi termasuk dalam senarai barang yang tidak dikenakan GST. Bagaimanapun tempe akan dikenakan GST sebab ia bukan makanan keperluan. Jadi, berasa sen sahaja kena cukai jika tempe berharga sekeping seringgit?

Ok, noted :D


Sebagai pengguna, penting untuk kita memahami GST dan tahu harga barang mana yang patut dicukai atau tidak dicukai. Nanti selamat kita dari ditipu penjual dan kita pun tidak sewenangnya nak marah orang lain sebab tension kena bayar lebih. Paling hikmah, pengguna boleh berkira-kira untuk berbelanja secara berhemah bagi mengelak berbelanja lebih terhadap barangan bukan keperluan.

Dear blog,
Aku cuba positive thinking ya :)

Sebelum GST kita ketawa bersama-sama. Selepas GST...?

Dear blog,
Hari ini aku pergi ke kedai runcit dengan berbekal duit RM30. Apa aku nak beli? Plannya:
1- Beras 5kg sahaja (RM 13.00)
2- Ayam seekor (RM 8.00 / kg)

Sampai kedai teringat nak buat asam pedas ikan kerisi, lalu aku capai bendi sebungkus. Lepas tu nampak pulak tempe. Terbayang kalau buat sambal tempe dengan kentang dan bilis...adeh, meleleh air liur basi. Akupun capai 2 bungkus.

Pergi kaunter nak bayar. Dalam hati kalau tak cukup duit, kena lepaskan tempe. Huhuhu...

"Dik, kira ayam dulu ya, nak kira cukup tak duit 30 ringgit akak bawak ni", kata aku.

Tauke kedai runcit bernama Zam mengira. Aku pun mengira juga. Kalau tempe tak jadi beli, lain harilah baru buat sambal tempe yang diidamkan. Tidak, tidak, aku bukan mengidam.

"RM29.80, kak. Cukup duitnya. Ada baki lagi kak." Beritahu Zam.

"Ow ada baki ya.",aku lega sebab duit cukup.

"Aah, ada baki..." Zam sambil pulang baki 20 sen.

"Lepas ni, kalau dah campur GST cukup?" Aku bertanya soalan yang dah tahu jawapannya.

"Ada GST kena tambah lagi lah. Hahaha..." Zam ketawa. Akupun ketawa sambil beredar.

Dalam hati merintih..."sekarang kita ketawa bersama-sama Zam. Lepas GST, tak tergamak akak nak ketawa dengan ko..."

Hasil carian imej untuk cry emoticon

Kalau selepas GST berapa akak kena bayar ye? Tolong  jawab soalan matemtik  ni...

RM29.80 harga belian + 6% GST
= ?

--->> 6/100 X 29.80 = 1.788
--->> 1.788 + 29.80
--->> 31.588

# Jumlah kena bayar, RM 31.60

Ada yang lebih sadis. 2 orang budak sekolah singgah di kedai Runcit Zam untuk membeli. Seorang nak beli ais krim Mat Kool yang berharga seringgit. Seorang lagi nak beli gula-gula getah yang harganya seposen 2 biji. Dia nak beli 4 biji sahaja. Selepas GST berapa yang perlu mereka bayar? 

Zam kata kasihan budak-budak tu. Zam cuma berkata-kata.

Kita pula kata apa?

"Wahai anak-anak, inilah masa terbaik untuk engkorang berhenti membeli jajan!"

"Baik mak, bapak. Bapak pun berhenti hisap rokok ya!" - Bertuahlah kalau ibu bapa yang mendapat jawapan macam ni.

MH370: Takziah kepada keluarga penumpang dan krew

Salam...

Kata Prof. Muhaya, sabar dan redha itu dua perkara berbeza. Orang yang sabar, diluar nampak ok dan tenang tetapi di dalam hatinya menderita. Tapi, orang yang redha, mereka tenang di luar dan di dalam hati.

Beliau memberitahu lagi, setiap ujian yang mendatangi kita jangan tanya 'kenapa?'. Bahkan fikirkan apa hikmah disebalik kejadian sesuatu. Perkataan 'kalau lah....' juga kalau boleh jangan sebut. Ini boleh membuka ruang kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati kita dan membisikkan kata-kata yang negatif.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung beban. Pengumuman KP DCA kelmarin seumpama menguris luka lama, tetapi hikmahnya mungkin memberitahu kepada waris untuk meneruskan hidup. Ini tidak bermakna usaha mencari telah ditamatkan. Teruskan berdoa. ALLAH lebih tahu bila misteri MH370 ini akan dirungkai.

TAKZIAH. Alfatihah buat semua muslim yang terkorban.